Kelas muzik swasta di antara lapangan pendidikan yang terjejas sejak berkuat kuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lepas.

Seperti di sekolah, masih banyak silibus dan kemahiran yang belum dikuasai oleh pelajar memandangkan sesi pembelajaran yang baru bermula.

IKLAN

Keadaan ini diakui oleh Pengarah Urusan United Piano, Evelyn Tan Hwee Yong di Sunway Giza, Damansara.

Anjur Pertandingan Online, Guru Muzik Ini Dedah Penyertaan Peserta Dram Cilik Yang Berbakat Besar!

Meskipun kelas-kelas muzik beransur penuh sejak fasa pemulihan PKP, namun tenaga pengajar perlu lebih dinamik bagi memastikan semua ilmu disampaikan secara efisien.

Menariknya, inisiatif United Piano menganjurkan pertandingan dram secara online berjaya mencungkil bakat serta menyemarakkan semangat pelajar sewaktu PKP tempoh hari. Tengoklah video-video penyertaan yang dihantar, bersungguh-sungguh nampaknya!

IT’S MY LIFE Drum Cover

6 years 7 month Drummer Ayden keeping the #MusicAlive during this trying times. #DudukRumahDiamDiam#StayAtHomeChallenge#StayCalmAndKeepOnDrumming#StayHomeStaySafeUp GizaTeacher: Mazlan Ismail Category A – 4 to 7 years old

Posted by Drummer Ayden on Monday, April 6, 2020

LET THERE BE COUNTRY Drum Cover

Drummer Ethan’s drum cover of Laine Hardy’s much anticipated new release – Let There Be CountryPlease excuse the broken crash cymbals. We cant replace them right now as we are under a strict movement control and social distancing order. #LaineHardy#LetThereBeCountry#DrumCover#MalaysianDrummerBoy

Posted by Drummer Ethan on Sunday, April 12, 2020

“Para pelajar ni memang bersemangat di kelas. Cuma bila PKP, kemahiran tu tak dapat digilap buat sementara waktu. Sebenarnya pembelajaran dram memang agak sulit melalui online.

Kehadiran guru yang memberi galakan dan bimbingan amat berbeza daripada sekadar bersua secara virtual. Lagipun guru-guru di United Piano selalu memberi ilham kepada pelajar.

IKLAN

Pertandingan yang masih berlangsung di Facebook ini diadakan demi membantu pelajar melepaskan kerinduan mereka terhadap latihan dram. Selain itu, tujuannya juga untuk menghiburkan kebosanan dan melepaskan perasaan mereka melalui muzik sepanjang PKP.

Sambutan amat menggalakkan dan penyertaan pelajar boleh dikatakan bagus kerana kami juga mengadakan pertandingan lain seperti piano,” jelas Evelyn Tan yang berkelulusan Master of Human Science in English (UIAM) dan Master of Theology (SAAT).

PENJURIAN

IKLAN

Anjur Pertandingan Online, Guru Muzik Ini Dedah Penyertaan Peserta Dram Cilik Yang Berbakat Besar!

Bertanya lebih lanjut kepada guru muzik yang juga juri pertandingan dram, Azuan Ariff Abdul Aziz, beliau menjelaskan bahawa pemenang dipilih berdasarkan 40% online views dan 60% daripada guru-guru.

“Kanak-kanak yang bermain dram mampu mengawal perhatian mereka dan fokus dalam sesuatu aktiviti. Kemahiran ini sangat baik dikuasai bagi membantu mereka cemerlang di sekolah, terutamanya dalam subjek Matematik dan Sains.

Bayangkan seawal gred pertama, mereka diajar tentang sains bunyi iaitu setiap material dram (wood, metal dan drum heads) mempunyai tahap getaran tersendiri. Semakin mahir belajar, mereka semakin faham sains di sebalik instrumen ini. Begitu juga instrumen muzik lain seperti piano.

Bermain dram juga merangsang perkembangan otak kiri dan kanan untuk bekerja secara serentak. Pelajar saya perlu menggunakan bahagian otak yang berbeza-beza; sebahagian untuk mendengar muzik di sekeliling mereka, sebahagian untuk pergerakan tubuh memukul dram dan sebahagian lagi untuk menghasilkan rentak yang harmoni dengan lagu yang dimainkan.

Memang banyak faedah bermain dram sebenarnya. Tapi saya lebih suka menekankan kesannya terhadap kesihatan. Drumming bukan saja meningkatkan degupan jantung dan melancarkan pengaliran darah tapi boleh meningkatkan kemahiran jari-jemari, tangan, lengan, siku, bahu dan kaki mereka. Pernafasan pun penting juga!” akhiri Azuan Ariff yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang muzik.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI