Bukan mudah membesarkan anak-anak pada zaman dunia tanpa sempadan ini. Ibarat melentur buluh dari rebungnya, selebriti dan usahawan Betty Rahmad berkongsi petua keibubapaan seperti yang diterapkan pada si cilik Ardy Wira, anakandanya yang kini berusia 4 tahun.

Memahami lumrah anak-anak kecil yang mudah mempelajari sesuatu apabila ia menjadi kebiasaan, Betty yang kini telah mencecah 40-an cukup disiplin tentang jadual harian anaknya.

IKLAN

Meskipun Wira dibesarkan dalam suasana serba moden, senang dan selesa, namun ilmu agama tidak pernah diabaikan.

Ardy Wira Keletah & Pandai Mengaji, Betty Rahmad Tegas Didik Anak Ikut Petua Ini

 

Ardy Wira Keletah & Pandai Mengaji, Betty Rahmad Tegas Didik Anak Ikut Petua Ini

 

Ardy Wira Keletah & Pandai Mengaji, Betty Rahmad Tegas Didik Anak Ikut Petua Ini
Keluarga kecil Betty dan Ardy

 

Kongsi beliau, sejak bayi lagi Wira dididik agar mengikut rutin harian.

“Dari baby dia memang makan, mandi, tidur, bangun, main semua ikut time. I memang strict bab ni. Sampai dia dah hafal timetable.

Apapun disiplin paling penting kalau nak senang jaga anak. Kena strict. Kena ada waktu tetap untuk tidur, main, makan, nap semua. Emosi dorang pun akan happy!

Doakan Wira membesar dengan sihat & kekalkan rutin ni sampai bila-bila even bila Mummy & Daddy dah takde. Aamiin.” Betty Rahmad

Ardy Wira Keletah & Pandai Mengaji, Betty Rahmad Tegas Didik Anak Ikut Petua Ini

 

Ardy Wira Keletah & Pandai Mengaji, Betty Rahmad Tegas Didik Anak Ikut Petua Ini

IKLAN

 

Ardy Wira Keletah & Pandai Mengaji, Betty Rahmad Tegas Didik Anak Ikut Petua Ini

 

Adik kepada selebriti popular, Datin Seri Umie Aida dan pengarah Erma Fatima itu kini menjalankan bisnes sambal melalui jenama Betty’s Kitchen. Betty melangsungkan perkahwinan dengan usahawan berjaya Ardy Damis pada tahun 2018 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Paling mencuit hati bila melihat keletah dan kepetahan Wira bercakap. Meskipun dibesarkan dalam suasana moden, Betty sentiasa menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan si kecil ini.

IKLAN

Dalam satu video terbaru yang dikongsikan oleh Betty, menunjukkan Wira membaca beberapa surah Al-Quran dengan lancar. Kagum sungguh dengan didikan Betty dan suami pada putera kesayangan mereka.

Comel betul Ardy Wira mengaji, tonton video si comel anakanda Betty Rahmad di bawah ni…

 

Ardy Wira Keletah & Pandai Mengaji, Betty Rahmad Tegas Didik Anak Ikut Petua Ini

 

Dengan gelagat siap berkopiah, Wira membaca surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Ikhlas dan An-Nas. Menurut Betty, ia sudah menjadi kebiasaan Wira untuk membaca surah-surah tersebut sebelum tidur.

“Ini versi dia berangan baca konon-konon tengok Al-Quran dan taranum. MasyaAllah semoga terang hati, jadi pencinta Al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah SWT.” Betty Rahmad

MasyaAllah, sejuk perut ibu mengandung. Semoga Wira menjadi asbab ibu bapanya ke syurga. Petua mendidik anak kecil yang dikongsi Betty ini juga boleh menjadi amalan kepada ibu bapa lain yang sama-sama sibuk dengan pelbagai tugas.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI