Jenama tudung terkenal Ariani menyerahkan sumbangan tabung bencana RM30,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pada program Ariani Hijab Run yang diadakan di hadapan House of Ariani, di sini, semalam.

Ads

Pengarah Pemasaran Ariani Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip berkata, sumbangan itu sebahagian daripada usaha pihaknya dalam memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan.

ARIANI Sumbang Rm30,000 Kepada Tabung Bencana Bulan Sabit Merah Malaysia Bersempena HIJAB RUN 2023

“Ini sebagai tanggungjawab sosial korporat Ariani. Memahami betapa runcingnya bencana yang sering melanda negara terutama pada hujung tahun, sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan serta menyokong usaha penuh BSMM yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa bencana dan misi bantuan kemanusiaan.

“Saya bersyukur atas kejayaan program ini dan mengucapkan terima kasih kepada komuniti serta pelanggan setia kami. Saya berharap agar acara larian seperti ini dapat menjadi tradisi bagi Ariani dalam mendorong gaya hidup sihat dalam kalangan wanita di negara kita,” katanya.

Sumbangan itu diserahkan kepada Setiausaha Kehormat Kebangsaan BSMM, Hakim Hamzah oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Faroz Mohamed Jakel.

Mengenai Ariani Hijab Run 2023, ia adalah penganjuran kali kedua selepas tujuh tahun sejak edisi pertamanya pada 2016. Acara itu mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 3,200 peserta, yang majoritinya adalah wanita dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

Menariknya, larian ‘Fun Run’ sejauh 3.5 kilometer (km) dan 6km itu turut disertai tiga selebriti yang juga duta Ariani iaitu Datin Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad. Bella berkata, acara kali ini tidak hanya tertumpu pada larian semata-mata.

Ads

ARIANI Sumbang Rm30,000 Kepada Tabung Bencana Bulan Sabit Merah Malaysia Bersempena HIJAB RUN 2023

“Ariani Hijab Run juga diserikan dengan karnival mini yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan permainan khusus untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga, seperti menangkap ikan, yang menjadi daya tarikan bagi ibu bapa membawa anak-anak mereka.

Ads

“Suasana di perkarangan House of Ariani meriah dengan siri aktiviti yang dijalankan, termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, serta pelbagai gerai jualan makanan dan minuman, menambahkan lagi keceriaan acara,” katanya.

ARIANI Sumbang Rm30,000 Kepada Tabung Bencana Bulan Sabit Merah Malaysia Bersempena HIJAB RUN 2023

Pada masa sama, Ariani turut memperkenalkan koleksi pakaian sukan dan tudung terbaharu di bawah label Ariani Fit, khusus untuk wanita moden Muslimah yang dilancarkan pada 3 Disember lalu.

Ariani Hijab Run 2023 turut mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada pelbagai jenama ternama termasuk Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), KPJ Ampang Puteri, POKKA, Daia, Habib, Gleneagles Hospital, Move Fitness, Good Virtues Co, Chomel, Bonda Haven, Kina Cosmetics, dan Fazs Faozi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI