Terinspirasi dengan gaya hidup pewaris Naza Group, Nur Nadia SM Nasimuddin. Mana tidaknya, dalam kesibukan mengurus legasi perniagaan Allahyarham bapa dan keluarga, dia kekal berpenampilan menarik, anggun dan ramping.

IKLAN

Apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata yang masih kecil. Pastinya ia bukanlah satu tugas mudah namun melihat susuk tubuh Nadia Nasimuddin mesti ada yang beranggapan jelitawan ini berstatus anak dara. Realitinya, Nadia sudah pun mempunyai empat orang anak!

Allahyarham bapa Nadia merupakan salah seorang tokoh usahawan dan billionaire disegani di Malaysia.

Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin ialah pengasas Naza Group yang bermula sebagai sebuah syarikat perusahaan motor dan kemudian berkembang menjadi satu organisasi perniagaan yang terbahagi kepada cabang automotif, pembangunan hartanah, kejuruteraan dan pembinaan, telekomunikasi dan pelaburan serta food and beverages (F&B).

Arwah Bapa Billionaire Ternama, Nadia Nasimuddin Optimis Berniaga & Bahagia Jadi Ibu 4 Anak!
Kredit Instagram @nadianasimuddin

Nadia ialah anak perempuan bongsu kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin dan Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail yang kini Pengarah syarikat konglomerat Naza Group of Companies.

Memandangkan fokus Nadia ialah dalam bidang F&B, dia bertanggungjawab menerajui bahagian tersebut dikenali Lyfestyl Projects di samping kakak tersayang, Nur Diana SM Nasimuddin.

Antara cawangan franchais yang pernah dikendalikan Nadia di bawah NZ Diners Sdn Bhd termasuklah Bubba Gump Shrimp Co, Tutti Fruitti dan Morelli.

Arwah Bapa Billionaire Ternama, Nadia Nasimuddin Optimis Berniaga & Bahagia Jadi Ibu 4 Anak!
Kredit Instagram @nadianasimuddin
Arwah Bapa Billionaire Ternama, Nadia Nasimuddin Optimis Berniaga & Bahagia Jadi Ibu 4 Anak!
Kredit Instagram @nadianasimuddin
Arwah Bapa Billionaire Ternama, Nadia Nasimuddin Optimis Berniaga & Bahagia Jadi Ibu 4 Anak!
Kredit Instagram @nadianasimuddin
Arwah Bapa Billionaire Ternama, Nadia Nasimuddin Optimis Berniaga & Bahagia Jadi Ibu 4 Anak!
Kredit Instagram @nadianasimuddin

Ibu empat anak ini seterusnya membuka dua restoran baharu di bawah Lyfestyl Projects iaitu Dotty’s and BLVD House. Sehingga kini, dia masih meneruskan perniagaan Dotty yang cukup popular dalam kalangan penggemar makanan khususnya pastri.

IKLAN

Selain mengurus bahagian F&B milik Naza Group, Nadia juga mengusahakan dua lagi bisnes peribadi iaitu Portluxe yang menjual barangan berjenama mewah dan Pop Neutral iaitu produk penjagaan sebelum dan selepas bersalin.

Difahamkan Nadia mula bekerja dalam perusahaan milik keluarga sebaik selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah pada usia 22 tahun. Katanya dia menceburi bidang F&B kerana minatnya mengembara dan menikmati makanan.

IKLAN

Kini, Nadia mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam dunia berkenaan.

Arwah Bapa Billionaire Ternama, Nadia Nasimuddin Optimis Berniaga & Bahagia Jadi Ibu 4 Anak!
Kredit Instagram @nadianasimuddin
Arwah Bapa Billionaire Ternama, Nadia Nasimuddin Optimis Berniaga & Bahagia Jadi Ibu 4 Anak!
Kredit Instagram nadianasimuddin

Mengintai sisi kehidupan berkeluarga Nadia pula, dia yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik mendirikan rumah tangga dengan anak peneraju industri perhotelan, Hamzah Alang Tan Sri Azman Shah pada Julai 2010.

Hasil perkongsian hidup selama 13 tahun, pasangan romantis ini dikurniakan empat anak iaitu Aidan, Tahlia, Taraa Camila dan Tia Inara.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/comelnya-arianna-kyla-cucu-jutawan-puteri-sulung-chryseis-tan-ini-injak-usia-3-tahun/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI