Pemergian suami kepada penyanyi lagu Surat Terkakhir, Salamiah Hassan baru-baru ini mengejutkan seluruh negara. Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga selama 2 bulan itu berpisah selamanya apabila Allahyarham Gerry Hughes meninggal dunia saat Salamiah dalam perjalanan ke Tasmania, Australia.

IKLAN

“Arwah Pergi Sambil Pegang Baju Ibu Tanda Rindu”- ATILIA Kongsi Momen Terakhir Ayah Tirinya

Menurut Atilia Haron yang ditemubual dalam sebuah majlis di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya, hari ini, dia amat terkejut saat menerima berita tentang kematian bapa tirinya itu kerana arwah tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum pergi.

“Berita itu benar-benar mengejutkan kerana arwah tidak menunjukkan sebarang tanda. Kami tahu dia dalam keadaan yang tidak sihat namun tidak sangka bahawa dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” ujar Atilia.

“Arwah Pergi Sambil Pegang Baju Ibu Tanda Rindu”- ATILIA Kongsi Momen Terakhir Ayah Tirinya

Tambahnya lagi, pemergiaan arwah begitu senang dan tenang kerana arwah meninggal sewaktu sedang tidur. Namum, apa yang menyedihkan ialah apabila arwah tidak dapat berjumpa dengan ibunya pada saat akhir hidupnya.

“Saya rasa sedikit ralat kerana arwah tidak sempat berjumpa dengan ibu. Namun, saat detik akhir hidupnyam, arwah dilihat memegang baju ibu tanda terlalu rindukannya. Jadi itu yang menyedihkan kami,” kongsi Atilia.

Kini, dia dan ahli keluarga lain sedang dalam proses untuk memberikan semula kekuatan dan motivasi kepada ibunya kerana kehilangan arwah merupakan sebuah cabaran yang besar buat ibunya, Salamiah Hassan. Dalam masa yang sama, Atilia juga sentiasa mendoakan ibunya agar sentiasa kuat dalam menghadapi dugaan ini.

IKLAN

“Arwah Pergi Sambil Pegang Baju Ibu Tanda Rindu”- ATILIA Kongsi Momen Terakhir Ayah Tirinya

“Sungguh, ini merupakan cabaran besar buat ibu saya. Perkahwinan mereka baru sahaja 2 bulan dan kini mereka tidak dapat menikmati hari-hari akhir bersama. Tetapi, jauh di sudut hati saya, ibu merupakan seorang yang kuat dan dia akan sentiasa mencuba yang terbaik untuk dirinya dan keluarga,” tambahnya lagi.

IKLAN

Berbicara mengenai arwah ayah tirinya itu, Atilia menyifatkan bahawa Gerry merupakan seorang yang baik dan penyayang. Mereka juga seringkali membuat panggilan video dan bertanyakan khabar.

“Saya baru sahaja membuat panggilan video dengan arwah dan juga ibu saya sebelum dia meninggalkan kami. Arwah juga sempat meluahkan rasa sayangnya kepada saya,” kongsi Atilia.

Sedikit info mengenai perkahwinan Salamiah Hassan dan Gerry Hughes, mereka diijabkabulkan pada 1 September 2022 di Burnie, Tasmania selepas 15 tahun berkenalan. 

Sumber gambar: Instagram Atilia & Salamiah Hassan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI