Walaupun sudah tujuh bulan arwah Siti Sarah Raisuddin meninggalkan kita namun namanya masih disebut-sebut sehingga kini. Kemurnian hati Allahyarham dan sifat dermawan yang ada dalam dirinya sejak dahulu wajar diikuti.
Baru-baru ini melalui hantaran laman sosial Instagram milik suami Allahyarham yang merupakan pelawak dan ahli perniagaan, Shuib berkongsi tentang manfaat amalan sedekah yang dilakukan oleh isterinya.
Foto: Instagram @sitisarahraissuddin
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37 tahun telah membuat lawatan ke sebuah rumah anak yatim di Pelabuhan Klang. Menurut Shuib, arwah Siti Sarah pernah menghulurkan sumbangan bagi pembinaan ruang solat dan dewan serbaguna di rumah anak yatim tersebut sekitar Julai tahun lalu.
Bersempena dengan sumbangan yang telah dihulurkan oleh selebriti ini, sebuah ruang solat dan dewan Rumah Anak Yatim Baitul Sakinah As-Shariff ini telah diabadikan nama Allahyarham.
Ads
Foto: Instagram @sitisarahraissuddin
“Arwah nak sangat menyumbang sebab mahu lihat ruang solat dan dewan ini untuk kegunaan anak yatim serta orang kampung berhampiran tetapi hari ini, bila semuanya sudah siap, arwah sudah pergi selama-lamanya.
Tetapi rezeki arwah, dia diberi penghormatan apabila nama ruang solat dan dewan ini meletakkan nama Sarah serta digabungkan dengan dua nama lain iaitu Musolla dan Dewan Serbaguna Sarah Muslim al-Attas,” jelas Shuib sambil menyatakan hasrat arwah untuk melihat ruang solat dan dewan tersebut tidak kesampaian selepas dijemput Ilahi akibat COVID-19 pada 9 Ogos tahun lalu.
Menerusi perkongsian itu, Shuib dilihat hadir ke rumah anak yatim tersebut ditemani tiga anaknya dan ibu bapa mentuanya, Raisuddin Hamzah dan Siti Fatimah Suberi.
Dalam pada itu, Shuib turut berterima kasih kepada arwah isterinya kerana mengajarnya tentang manfaat dan kebaikan aktiviti bersedekah.
Ads
Foto: Instagram @sitisarahraissuddin
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kerana mengajar saya tentang sedekah dan yakin dengannya. Semoga pahala terus mengalir untuk awak.
Foto: Instagram @sitisarahraissuddin
Insya-Allah akan selalu bawa anak-anak ke sini. Ini lokasi terakhir kita ‘dating‘ sayang. Semoga ada pengajaran yang boleh kita ambil,” ujar bapa kepada empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11 tahun, Dzahira Talita Zahra, 9 tahun, dan Ariq Matin, 7 tahun dan Ayash, 7 bulan ini.
Sejak kebelakangan ini, platform perniagaan produk muslim semakin berkembang pesat dengan menghasilkan pelbagai produk untuk kegunaan harian muslim di seluruh dunia. Antara platform perniagaan produk muslim yang semakin dikenali ialah Markaz Tijaari yang diasaskan oleh Neelofa dan Ustaz Haris Ismail.
Misi Markaz Tijaari adalah untuk membimbing 100,000 usahawan menjelang 2024 dengan permulaan sebagai dropship sahaja.
Sempena program “Love, Let’s Launching” yang diadakan minggu lalu, usahawan yang berdaftar dibawah Markaz Tijaari telah dibimbing oleh AILYQAIRY tentang cara bisnes online dengan betul hingga bergelar jutawan walaupun hanya bermula sebagai dropship.
Ilmu adalah antara elemen penting yang diterapkan dalam Markaz Tijaari, bermula dari peringkat beginner, dropship diajar tentang asas bisnes seperti Magic Number, Formula Pecah Telur dan Perbezaan Dropship dan Affiliate yang ditawarkan dalam Markaz Tijaari.
Melihat kepada perkembangan bisnes online yang semakin rancak di platform TikTok, siri kelas berkaitan TikTok dan TikTok Shop turut diajar kepada para dropship. Lebih istimewa, Neelofa dan Ustaz Haris turut berkongsi momen membuat sesi ‘ unboxing’ produk terbaharu Markaz Tijaari untuk diguna pakai oleh lebih 100 dropship yang terpilih menghadiri majlis eksklusif tersebut.
Markaz Tijaari sendiri telah mengumpul jualan sebanyak RM4,711,539 pada tahun 2021 dan pada tahun 2022 (sehingga Julai) sebanyak RM2,637,218. Jumlah jualan ini akan meningkat mendadak dengan adanya pelancaran produk terbaharu iaitu Set Umrah dan Pakej Umrah Markaz Tijaari.
Produk Markaz Tijaari telah dipasarkan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Majlis pelancaran produk terbaharu telah disempurnakan oleh Ustaz Haris dan Neelofa dalam majlis yang sederhana tetapi meriah.
Sejak awal penubuhan Markaz Tijaari, banyak produk yang telah dilancarkan antaranya Buku Kaya Jiwa, Jubah NunHa, Kurta NunHa, Baju Melayu NunHa, Minuman Botani, Facemask NunHa dan banyak lagi produk lain. Dan kali ini Markaz Tijaari mengetengahkan konsep umrah dengan penghasilan produk keperluan asas jemaah wanita dan pakej umrah bersama syarikat travel yang dilantik.
Untuk pakej umrah Markaz Tijaari, penerbangan pertama dijadualkan pada 11 November 2022 ini bersama 160 orang jemaah dan diiringi oleh Ustaz Haris sendiri. Terdapat 3 pakej yang ditawarkan untuk Umrah Bersama Markaz Tijaari ini iaitu bermula RM9,990 sehingga RM10,990.
Untuk perancangan akan datang, Markaz Tijaari akan mengeluarkan lebih banyak produk baru dan pakej pakej yang menarik untuk semua rakyat Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama fesyen Naelofar, mengekalkan momentum Go Far mereka dengan pelancaran rasmi butik ketujuh mereka di IOI City Mall Fasa 2, Putrajaya baru-baru ini. Butik terbaharu itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai mulai 1 September 2022 yang lalu.
Keterujaan para peminat jelas terserlah dengan kehadiran Neelofa ke majlis perasmian yang diadakan secara santai itu di mana Neelofa memberi peluang untuk para peminat bergambar dengannya sepanjang majlis pembukaan rasmi tersebut. Para peminat Neelofa sanggup beratur dan sabar menunggu giliran untuk berselfie bersama selebriti kesayangan mereka itu.
Meraikan pelanggan mereka, pembukaan kedai dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan hadiah percuma daripada permainan dan penyertaan aktiviti, cabutan bertuah, di samping sesi temu mesra eksklusif di mana pengunjung dan peminat dapat bertemu dan berinteraksi bersama pengasas Noor Neelofa Mohd Noor, Datin Noor Kartini, Athisha Khan dan Noor Nabila.
Pelanggan juga kini boleh masuk dan mengukir parap mereka pada beg Naelofar kegemaran mereka dan kotak selendang di kaunter personalisasi pertama dalam butik Naelofar yang menawarkan pemparapan dengan hanya RM10.
Kedai ketujuh ini menampilkan kesinambungan konsep minima jenama yang boleh dikenali dengan mudah di seluruh kedai sedia ada mereka, mempamerkan tekstur sederhana dalam gandingan kontemporari.
.Ruang seluas 2,010 kaki persegi dipenuhi dengan produk terbaik Naelofar, koleksi terbaru, bilik persalinan, kaunter personalisasi dan banyak tempat yang sesuai untuk dimuat naik ke Instagram, menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk #NaelofarBabes.
Di Naelofar, untuk dapat melebarkan sayap kami ke seluruh Malaysia adalah satu impian yang ingin dikecapi dan kami sangat gembira dapat membuka cawangan baru kedua kami pada tahun, ” ujar Noor Neelofa, pengasas Naelofar.
Bulan September ini juga merupakan bulan ulang tahun Naelofar dan pembukaan butik baru dapat membantu menjadi pilihan pertama setiap wanita untuk tampil bergaya dengan sederhana adalah satu permulaan yang baik untuk meraikan tahun ke-8 Naelofar dalam industri di samping membuka lebih banyak cawangan dalam masa akan datang.
“Pelbagai aktiviti dan pelancaran menarik yang akan kami lakukan pada masa akan datang untuk meraikan pelanggan dan #NaelofarBabes kami. Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan mereka,” ujar Neelofa mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya ramai sudah mengetahui pelakon dan bekas model, Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad telah selamat melahirkan anak keenamnya pada jam 8.30 pagi menerusi pembedahan, di sebuah hospital swasta pada 12 Mei lalu.
Selepas genap lapan hari cahaya mata keenam selamat dilahirkan, Rebecca menerusi hantaran di Instagram mengumumkan nama penuh bayi lelakinya iaitu Nor Ammar Al-Rizky.
“Di pagi Jumaat yang barokah ini, saya memperkenalkan kepada anda semua nama bidadari kecil saya, iaitu Nor Ammar Al-Rizky.
Alhamdulillah hari ini Jumaat, hari kelapan buat baby Ammar yang dan mummy yang baru melahirkan. Semoga Baby Ammar membesar dengan sihat, Bijak pandai, menjadi anak yang soleh, dan di jaga Allah SWT di setiap langkahNya, Ameen”-tulis Rebecca di Instagram.
Namun, Rebecca menjelaskan dia masih belum boleh mendedahkan wajah anak keenam beliau dan bakal menunjukkan wajah penuh anaknya itu setelah dirinya selesai menjalani tempoh berpantang.
“Hari ni baru hari 8. InsyaAllah habis berpantang nanti Mummy share pic baby Ammar terang-terang ya 😅. Sebab ada yang ramai bertanya nak tengok 😅. Sabar ya, soon InsyaAllah 🙏🏻.”-jelas Rebecca
Untuk informasi, Rebecca telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Alif Al-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4, dan Nor Aurora Riana, 4.
Nona mendaokan semoga Baby Ammar membesar dengan sihat serta menjadi anak soleh. Tak sabar rasanya nak tengok wajah comelnya nanti.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.