Luar biasa semangat Umirah Mohd Taib atau lebih dikenali sebagai Bonda Umirah Taib. Bukan sekadar bergelar isteri dan ibu kepada tujuh cahaya mata bahkan dia juga sukses sebagai usahawan yang menceburi pelbagai bidang.

Dalam kesibukan mengurus keluarga dan melaksanakan tanggungjawab terhadap suami serta anak-anak, Bonda Umirah bijak membahagikan masa dalam bidang perniagaan. Memang wajar dijadikan ikon!

Terbaharu, satu lagi pencapaian membanggakan berjaya dilakar wanita ini apabila dia akhirnya menggenggam Ijazah Sarjana dalam bidang Terapi Keluarga dan Perkahwinan. Difahamkan Bonda Umirah menyertai Mastership Program Counselling and Guidance di Management and Science University (MSU).

Umirah Taib Ibu 7 Anak Lakar Kejayaan Membanggakan

Ibu 7 Anak Genggam Master, Kejayaan Luar Biasa Umirah Taib Yang Juga Pengusaha Villa, Penulis & Pengasas Baju Tidur! Ibu 7 Anak Genggam Master, Kejayaan Luar Biasa Umirah Taib Yang Juga Pengusaha Villa, Penulis & Pengasas Baju Tidur! Ibu 7 Anak Genggam Master, Kejayaan Luar Biasa Umirah Taib Yang Juga Pengusaha Villa, Penulis & Pengasas Baju Tidur! Ibu 7 Anak Genggam Master, Kejayaan Luar Biasa Umirah Taib Yang Juga Pengusaha Villa, Penulis & Pengasas Baju Tidur! Ibu 7 Anak Genggam Master, Kejayaan Luar Biasa Umirah Taib Yang Juga Pengusaha Villa, Penulis & Pengasas Baju Tidur!

Perkongsian ibu muda berjiwa kental ini ketika Majlis Konvokesyen MSU Ke-35 pada 17 Mei lepas mendapat pujian warga maya. Hebat!

“Di balik jubah ini ada tangisan, peluh dan pelukan kecil yang menguatkan. Buckle up kids, ini hanya permulaan.

Ads

Buat suami yang ada di saat jatuh dan bangun, yang percaya di saat orang lain meragukan, yang terima di saat diri tiada apa-apa, yang meraikan walaupun sekecil pencapaian. Terima kasih untuk segalanya.”

Ibu 7 Anak Genggam Master, Kejayaan Luar Biasa Umirah Taib Yang Juga Pengusaha Villa, Penulis & Pengasas Baju Tidur! Ibu 7 Anak Genggam Master, Kejayaan Luar Biasa Umirah Taib Yang Juga Pengusaha Villa, Penulis & Pengasas Baju Tidur!

Kisah kehidupan Bonda Umirah Taib yang mendirikan rumah tangga seawal usia 19 tahun ketika sedang mengikuti pengajian di UNIKL Royal College of Medicine Perak (RCMP) Ipoh sarat dengan pengalaman dan pengajaran hidup.

Ads

Artikel https://www.nona.my/cantik-berpendidikan-anak-bongsu-pelakon-abon-genggam-ijazah-bapa-sifatkan-hadiah-birthday-berharga/

Kehidupan Bonda Umirah Taib

Dia juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan di RCMP dan pernah berkhidmat sebagai doktor di Hospital Sungai Buloh.

Namun demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan anak-anak tersayang, dia nekad melepaskan kerjaya berkenaan.

Kini, Bonda Umirah mengusahakan syarikat ByBonda, pemilik Le Maream iaitu perniagaan baju tidur, pengusaha Villa Bonda dan terapi kekeluargaan.

Ads

Ibu 7 Anak Genggam Master, Kejayaan Luar Biasa Umirah Taib Yang Juga Pengusaha Villa, Penulis & Pengasas Baju Tidur! Ibu 7 Anak Genggam Master, Kejayaan Luar Biasa Umirah Taib Yang Juga Pengusaha Villa, Penulis & Pengasas Baju Tidur! Ibu 7 Anak Genggam Master, Kejayaan Luar Biasa Umirah Taib Yang Juga Pengusaha Villa, Penulis & Pengasas Baju Tidur! Ibu 7 Anak Genggam Master, Kejayaan Luar Biasa Umirah Taib Yang Juga Pengusaha Villa, Penulis & Pengasas Baju Tidur!

Bukan itu saja, Bonda Umirah juga penulis buku ‘Ibu Penat, Tapi Ibu Sayang’ yang mencatatkan jualan mencecah ribuan naskhah.

Bonda Umirah Taib berkahwin dengan suami tercinta iaitu Shakib yang juga usahawan pada 4 Disember 2010. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tujuh orang cahaya mata iaitu Muhammad Mujahid, Maryam Lathifa, Maryam Azizah, Maryam Khadija, Maryam Fatimah, Muhammad Musthafa dan Maryam Sumayyah.

Semoga usaha murni yang diimpikan Umirah Taib berjaya direalisasikan dan kejayaan yang dikecapi saat ini memberi suntikan semangat serta inspirasi kepada masyarakat.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI