Cantik semata-mata bukan lagi ukuran. Paling penting,perlu cantik dan bijak! Untuk para wanita yang nak tampil cantik tapi dengan kuasa magis, PERLU baca trik di bawah!
Krim Mata Bagus untuk Kutikel
Daripada menghabiskan duit untuk membeli krim kutikel, anda boleh menggunakan krim mata sebagai pelembap tambahan untuk menyembuhkan kutikel kering.
Elakkan Terlalu Pipi Merah Jambu
Sentuhan pemerah pipi merah jambu menyerlahkan kejelitaan semula jadi tapi janganlah berlebihan sampai nampak seperti clown! Caranya: Mulakan garis merah berjarak dua jari daripada bahagian hidung dan HANYA sapu pada buah pipi.
Kerinting Beralun
Jangan sesekali menyikat rambut kerinting dengan sikat. Gunakan jari pun boleh supaya tak hilang keaslian kerinting.
Ads
Serlahkan Tulang Pipi
Untuk membuat tulang pipi anda kelihatan lebih tinggi dan memberi struktur yang lebih, sapukan bronzer di bawah tulang pipi itu. Tambahan highlighter secara menipis di atas pembayang pipi untuk menyerlahkan lagi buah pipi anda.
Cipta Bibir Penuh
Bagi yang berbibir nipis, lukis garis bibir menggunakan penggaris bibir rona asli. Calit gincu dalam ruang garisan yang telah dilakar tanpa berlebihan.
Maskara
Ads
Salah satu sebab utama maskara akan berlapis ialah kerana sapuan yang tidak rata dan tidak ditutup rapat selepas digunakan. Pastikan maskara sentiasa tertutup rapat
Jerawat Kering
Percaya atau tidak, jerawat akan mula mengering apabila disapu dengan ubat gigi.
Singkir Minyak
Ads
Cara paling cepat untuk membersihkan kulit anda daripada kesan minyak ialah menggunakan kertas bedak minyak (blotting paper).
Bersih Kuku
Jika anda kehabisan nail polish remover, anda boleh menghilang retak atau kuku sumbing dengan sapuan clear top coat pada kuku dan dibersihkan dengan putik kapas.
Sembunyi Rambut Bercabang
Untuk menyembunyikan rambut bercabang untuk seketika, sapuan hair repair cream untuk mengunci lembapan sebelum dan selepas menggunakan flat iron atau penggering rambut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai wanita, gincu memainkan peranan penting dalam menatarias wajah. Secalit gincu mampu mengubah penampilan sekaligus menjadikan personaliti anda nampak meyakinkan. Hmm, warna apa yang menjadi pilihan anda? Warna lembut atau warna neutral? Lupakan rona-rona selamat ini dan apakata anda serlahkan bibir anda dengan pilihan warna menarik L’Oreal Paris x Balmain Paris.
Sudah semestinya apabila fashion meets beauty setiap aspek produk yang dihasilkan mengikut piawaian gaya rumah fesyen terbabit dan Balmain Paris antara jenama yang lantang dalam manifesto gayanya. Lihat sahaja kepada rekaan luar gincu ini yang menampilkan corak ala marmar yang mewah serta dikemaskan dengan bingkas rona emas bersepuh.
Di negara kita, Zalora telah menjadi hub rasmi penjualan produk hasil kolaborasi dua jenama besar ini. Pelancaran produk ini berlangsung meriah di Kyo, Mandarin Oriental KL dan dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan khas dan juga para media.
Rona yang ditawarkan cukup menarik dan ia dibahagikan kepada tiga koleksi warna iaitu Blue for Rock, Black for Couture dan Green for Glamazon. Menariknya tentang setiap gincu ini ia memiliki nama tersendiri yang diinspirasikan dari kekuatan wanita. Antara nama tersebut seperti Confidence, Power, Legend, Freedom dan Liberation.
Sebagai simbolik kepada 12 rona warna koleksi eksklusif ini 12 orang influencers dalam dunia fesyen dan kecantikan dijemput khas bagi memeriahkan lagi suasana. 12 personaliti tersebut ialah Tuti Noor, Kaka Azraff, Atikah Karim, Tunku Elana Khyra, Alicia Amin, Marisa Soraya, Rubini Sambanthan, Qalisha Ray, Johanis Sani, Aina Syahirah, Cherrie Mun dan Evangeline Yan. Masing-masing tampil ranggi dan menawan dengan calitan gincu ini seiring energi jenama Balmain.
Setiap batang gincu ini dijual dengan harga RM49.90 secara ekslusif di laman sesawang membeli belah Zalora.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin meningkat usia, makin nampak seiras wajah Arianna Aubrey dengan Datin Paduka Eina Azman. Menerusi gambar terkini ketika menyambut Syawal baru-baru ini, lagi terserlah kemiripan wajah anak perempuan aktres jelita tersebut.
Lebih-lebih lagi bila mengenakan persalinan sedondon dan gaya yang hampir sama. Dah macam kembar!
Memilih warna bold pada Aidilfitri tahun ini, Datin Paduka Eina dan Dato’ Paduka Kaiser tampil ceria di samping sepasang anak kembar tersayang.
Segak menyarung busana Melayu sepadan dengan Karl Kareef, Datin Paduka Eina juga kelihatan anggun memakai busana rekaan sama seperti anak perempuannya, Aubrey. Bahkan gaya rambut mereka pun hampir sama.
Selain bergambar kenangan di Hari Raya, jelitawan berusia 28 tahun tersebut turut tidak ketinggalan membuat video comel bersama suami tercinta. Sweet habis!
13 Mac lepas merupakan ulang tahun kelahiran Datin Eina yang ke-28. Sementara anak-anaknya pula menyambut hari lahir ke-7 pada 19 Februari lalu.
Bersandarkan status sebagai anak selebriti, Aubrey dan Karl meraih populariti serta pernah tercalon dalam Anugerah Meletop Era bagi kategori ‘Si Cilik Meletop’ bersama anak selebriti lain.
Baru-baru ini, NONA ada melaporkan personaliti media sosial dan pelakon Syifa Melvin sah bergelar isteri kepada pemain pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya 28 November lepas. Tahniah diucapkan!
Dalam pada itu, selain dari majlis penyatuan kedua-dua pasangan sama cantik sama sama padan ini turut mendapat perhatian adalah busana pengantin yang disarung Syifa pada hari bahagianya. Syifa kelihatan manis dan anggun menyarung persalinan khas hasil sentuhan magis pereka fesyen terkenal AMAZÉ. Untuk pengetahuan, AMAZE pernah mereka busana pengantin buat selebriti tanah air yang lain seperti Adam Lee dan Sweet Qismina serta Syamel dan Ernie Zakrie.
Menerusi perkongsian di Instagram, AMAZÉ berkongsi tentang rekaan gaun moden yang direkanya iitu. Digayakan dengan cape, persalinan yang tampak mewah namun masih mengekalkan ciri sopan dan berlitup itu ini sememangnya menarik perhatian para wanita kerana ia turut diserikan lagi dengan lingkaran permata daripada Swarovski.
“Memukau pandangan dalam rona perang ‘sand’, dalam balutan renda sarat manikam abstrak juga lingkaran permata Swarovski. Layah penuh biasan permata melengkapi gaya mempelai ini,” kongsinya lagi.
Wakil AMAZÉ turut menambah, pihaknya juga amat teruja apabila dapat bekerjasama dengan barisan ‘glam team’ berpengalaman yang bertungkus lumus menjadikan penampilan Syifa pada malam tersebut sangat luar biasa. “Glam team’nya juga bukan biasa-biasa. Rias wajah ala Timur Tengah kombinasi sentuhan @bellahudd dan @iansham, dan begaan hijab berseni oleh @_ekajamaludin.
Terdahulu, dalam majlis berkenaan, Safawi atau nama sebenarnya Muhammad Safawi Rasid juga menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan. NONA mendoakan semoga ikatan dibina kekal ke Jannah.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.