Pejam celik dah lepas fasa trimester 1, Nina Ismail Sabri kini teruja bakal timang anak pertama bersama Hafiz Osman.
Musim perayaan tahun ini dibanjiri pelbagai khabar khususnya di kalangan usahawan selebriti. Antara yang menggembirakan adalah kejutan daripada anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua.
“Tahun lepas raya berdua, tahun ni kita bertiga. Doakan tahun depan berempat pula,” tulis Nina disamping suami, Hafiz Osman dan anak kesayangannya, Jeanelle Nika Mandagie.
Paling comel bila Nina memuat naik sebuah trend video menjelang Aidilfitri lepas. Dalam video pendek tersebut, Nina memberi botol susu bayi dan foto imbasan ultrasound kandungannya kepada Hafiz.
Ads
Menurut Nina, kandungannya kini sudah melepasi trimester pertama dan teruja menanti bayi yang diberi nama sementara HN itu.
“Berehat dari posting Raya untuk memberi laluan kepada manusia kecil ini yang kita semua sangat teruja untuk menyambut tahun ini.
Alhamdulillah kami baru sahaja melepasi trimester pertama, mohon doakan untuk lil bun kami dalam oven saya.
Ads
Abah, Kakak dan Mommy teruja sangat nak jumpa bayi HN,” coret Nina. Nina sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang dikenali Hafiz Osman pada 24 November tahun lalu.
Makin terserlah seri ibu hamil dalam potret raya keluarga Nina dan Hafiz ni. Dah nampak ‘baby bump’, mesti tak sabar-sabar Kakak Jeanelle nak dapat adik baru, kan!
Untuk rekod, Nina pernah mendirikan rumah tangga bersama pereke fesyen terkenal, Datukj Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013, namun berpisah cara baik pada Ogos tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tujuh tahun. Semoga dipermudahkan segala urusan pasangan ini dan selamat menjalani fasa kehamilan buat Nina serta pasangan!
Lama tak dengar khabar Hanez Suraya. Sejak mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan kira-kira lapan tahun lalu namanya seakan menyepi daripada industri seni. Pun begitu, bakat dan pesona Hanez masih diingati peminat setia yang ternanti-nantikan kemunculannya di kaca televisyen.
Meninjau media sosial Hanez, dia yang meniti usia 37 tahun aktif dengan gaya hidup sihat seperti berbasikal. Meski usia bakal menghampiri 40 tahun namun stamina aktres cantik ini kuat!
Tidak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh ideal persis anak dara walau dah berstatus isteri dan ibu.
Melihat penampilan Hanez menyambut Syawal baru-baru ini, macam tak berubah bintang drama Love You Mr Arrogant tersebut. Bahkan kulit putih bersih dan mulusnya sering menarik perhatian followers.
Menerusi temu bual bersama Melodi pada Januari lalu, Hanez mengakui memperlahan karier lakonan demi memberi lebih tumpuan kepada keluarga tersayang dan memenuhi kemahuan suami tercinta.
“Of course, rindu (berlakon) sebab itu minat saya dari dulu. Tapi terpaksa berkorban, bukan husband tak bagi cuma dia takut saya tak dapat beri komitmen dekat family.
Buat masa ini tak terfikir untuk kembali. Tak kata bersara atau menghilangkan diri cuma tak nak fikir lagi,” jelasnya yang tidak menolak jika ada rezeki untuk kembali berlakon.
“Ada yang bertanya tapi tak berani bagi jawapan sebab takut tak boleh commit. Rindu sangat, kadang buka cerita-cerita lama (lakonan), ya Allah rindunya.”
Hanez Suraya menceburi bidang seni pada tahun 2004 menerusi filem Bicara Hati.
Bercerita mengenai aktiviti kegemarannya iaitu berbasikal, personaliti ini memberitahu, “Memang itu aktiviti yang bukanlah setiap hari. Tapi dalam seminggu, dua ke tiga kali memang wajiblah. Mesti kayuh.”
Hanez mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin Adilha Abdul Rais pada 25 Mac 2015.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Solekan yang cantik pastinya menjadi dambaan setiap wanita. Tidak kiralah samada mahu pergi ke kerja menghadiri majlis-majlis tertentu, membeli-belah mahupun duduk di rumah. Namun, untuk mendapatan hasil solekan yang sempurna dan menawan, beberapa perkara perlu dilakukan sebelum anda mulakan mekap.
Mungkin ramai yang terlepas pandang betapa pentingnya perkara asas yang perlu dilakukan sebelum bersolej. Kaedah sebelum bersolek ini penting bagi memastikan wajah anda terhindar dari kotoran yang boleh menyebabkan jerawat, jeragat, bintik hitam dan pelbagai lagi yang tidak diingini.
Malahan juga, solekan anda kekal cantik di wajah sepanjang hari.Jom kita lihat perkara yang perlu dilakukan sebelum bersolek!
1. Pertama sekali, cuci wajah menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit.
2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.
3. Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.
4. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.
5. Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya Mawar Karim ketika rai ulang tahun kelahiran di samping anak tersayang baru-baru ini. Tanggal 5 Jun lalu genap 35 tahun usia figura ini. Makin meningkat usia, Mawar kelihatan makin matang dan jelita.
Lima tahun menjadi ibu tunggal, status tersebut bagaimana pun bukan halangan buat pemilik nama Mawar Abdul Karim ini untuk terus mengejar impian dan berjaya dalam bidang perniagaan.
Menerusi posting terkini di Instagram miliknya, Mawar berkongsi momen sambutan ulang tahun hari kelahirannya sambil ditemani anak tersayang iaitu Wan Maryam.
Dalam gambar yang dikongsikan itu, Mawar Karim yang rai ulang tahun kelahiran tampil dalam persalinan corak abstrak dan bertudung pastel.
Manakala Maryam pula comel memakai busana putih. Terserlah wajah bahagia dua beranak ini!
Bagaimana pun kejutan yang dibuat Mawar untuk anak tersayang terpaksa dibatalkan kerana Maryam mengalami cacar air atau chickenpox.
Ujarnya, “Happy birthday to me. Actually dah book birthday trip nak bawa Maryam surprise tapi apakan daya hanya mampu rancang cancel.
Maryam balik rumah mummy yang kena surprise tengok-tengok kena chickenpox. Maryam kena bagi cepat-cepat baik ya. Kesian tengok Maryam.”
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat Mawar tidak ketinggalan mengucapkan hari lahir jelitawan ini.
Mawar yang sebelum ini cukup sinonim dengan jenama tudung eksklusif Fareeda, anak kelahiran Pulau Pinang berkenaan turut menceburi perusahaan emas yang dinamakan Mawar Jewelry.
Idea berniaga emas tercetus ketika pandemic Covid-19. Demi memastikan dia ada pengetahuan luas dalam bidang emas, Mawar turut mengikuti pengajian Jewellery di University of the Arts London.
Mawar sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar namun perkahwinan mereka hampir enam tahun terputus di tengah jalan. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan Wan Maryam yang berusia enam tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.