Kalau dulu, Adira Suhaimi enggan terlalu mendedahkan kehidupan kepada umum tetapi sekarang dia lebih terbuka berkongsi rutin harian bersama peminat. Menjadikan media sosial miliknya sebagai platform untuk mendekati kenalan baru dan menyebarkan aura positif, video-video terkini penyanyi Ombak Rindu ini nyata berjaya mencuit hati warga maya kebelakangan ini.

Apatah lagi, apabila Adira memuat naik video berunsurkan komedi dan hiburan bersama madunya, Datin Red baru-baru ini. Ramai memuji hubungan baik anak seni kelahiran Sabah tersebut yang menghormati isteri pertama dan mampu bergurau senda.

Hinggakan video Adira dan Datin Red berkenaan meraih lebih 2 juta tontonan di TikTok!

Mengulas pendekatan wanita cantik tersebut yang menggunakan media sosial untuk bermesra dengan masyarakat, Adira nyata tidak menyangka dia mampu menghiburkan peminat dengan content yang kreatif dan santai. Lebih-lebih lagi apabila bersama anak sulungnya, Anggrek.

“Dekat Media Sosial Itu Adalah Diri Saya Sendiri,” Buat Content Dengan Anak, Video Adira Suhaimi Jadi Tarikan!
Kredit Instagram @adira.suhaimi
“Dekat Media Sosial Itu Adalah Diri Saya Sendiri,” Buat Content Dengan Anak, Video Adira Suhaimi Jadi Tarikan!
Kredit Instagram @adira.suhaimi
“Dekat Media Sosial Itu Adalah Diri Saya Sendiri,” Buat Content Dengan Anak, Video Adira Suhaimi Jadi Tarikan!
Kredit Instagram @adira.suhaimi

“Sebenarnya, Adira cuba cabang lain untuk content di media social lebih mesra dan dekat dengan fan club. Lagi satu, Adira dapat kumpul new friends daripada content menghiburkan. Jadi Adira happy sebab mereka happy.

Apa yang saya cuba tonjolkan di media sosial tu sebenarnya semua yang boleh menghiburkan, tak nak ada negative vibes.

Memang apa yang Adira tonjolkan dekat media sosial, alhamdulillah saya happy sebab itu adalah diri sendiri. Mungkin sebelum ini, kurang aktif di media sosial.

Sekarang, lepas kahwin dan beranak-pinak dengan permintaan terhadap media sosial, saya kena ikut peredaran masa.”

Suka ada anak ramai https://www.nona.my/beranaklah-ramai-seronok-ada-anak-ni-adira-tak-risau-hilang-awet-muda-sebab-ramai-anak/

 

Menjawab persepsi wanita anak ramai akan ‘hilang’ awet muda kerana tekanan, ini jawapan jujurnya.

“Tak semestinya anak seorang, dia akan nampak awet muda dan tak semestinya juga anak ramai, akan nampak lebih tua.

Saya rasa yang penting, mental kita kena jaga dan emosi serta rutin harian kita. Begitu juga apa yang kita makan. Kadang-kadang orang muda tapi tak ada anak pun dah nampak tua. Mungkin dengan masalah tempat kerja atau sebagainya.

Jadi saya rasa wanita khususnya ibu kena sihat mental dan fizikal. Diikuti rutin apa yang dia buat dan pemakanan. Kalau tanya saya sebenarnya, beranaklah ramai-ramai. Seronok ada anak ni sebab bagi saya, bila bujang dulu lain dia punya vibes.

“Dekat Media Sosial Itu Adalah Diri Saya Sendiri,” Buat Content Dengan Anak, Video Adira Suhaimi Jadi Tarikan!
Kredit Instagram @adira.suhaimi
“Dekat Media Sosial Itu Adalah Diri Saya Sendiri,” Buat Content Dengan Anak, Video Adira Suhaimi Jadi Tarikan!
Kredit Instagram @adira.suhaimi / Di samping madu, Datin Red
“Dekat Media Sosial Itu Adalah Diri Saya Sendiri,” Buat Content Dengan Anak, Video Adira Suhaimi Jadi Tarikan!
Kredit Instagram @adira.suhaimi

Bila dah jadi seorang ibu ni, lain lagi yang mana saya rasa ia sangat bagus untuk diri saya. Bila ada anak-anak, saya banyak belajar dari segi jadi matang seorang ibu dan jadi multitasking. Saya seronok buat semua tu.

Jangan takut untuk kahwin dan beranak. Beranak ramai sebab anak itu adalah rezeki,” ujar ibu cantik ini yang bakal lancarkan single terbaharu.

Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Anggrek berusia 6 tahun, Asan; 5 tahun, Anggun umur 4 tahun dan Ayub yang lahir pada September tahun lalu.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI