Laksana dunia berbeza, kunjungan Nona ke pop-up booth raya Swarovski di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur menitip pengalaman indah. Sebelum majlis bermula, sempat kaki melangkah mengunjungi setiap booth Swarovski yang dibina khas.
Turun saja dari tangga utama, emblem ikonik angsa putih Swarovski megah menanti. Tersergam di dalam set panel iluminasi kristal, usah lepaskan peluang mengabadikan nostalgia anda di sini.
Swarovski menjelmakan ciptaan indahnya melalui 4 reruai utama. Selesai bergambar, langkah diteruskan ke kawasan Swarovski Creators Lab Collection dan Bawal Exclusive Collection.
Lihat sendiri pelbagai himpunan unik yang serba mewah dan menakjubkan. Antaranya pameran dress Rizalman Couture bertatahkan 83,900 butir Swarovski, skarf bawal bertaburan kristal mewah, Aura Sandal AQUAZZURA, kasut Phileo 005 Crystal Derby, beg PIPATCHARA x SWAROVSKI ‘The Mini AMU’ serta peralatan makan porselin SWAROVSKI x Rosenthal Koleksi Signum, selain mahkota Swarovski sempena Vienna Opera Ball pada Januari lepas, yang bertatahkan 233 butir kristal yang ditukang teliti dalam pelbagai potongan dari batuan kecil hingga besar.
Seperti bidadari, persalinan dress mewah buatan tangan bernilai RM250,000 ini telah direka khas untuk Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berinspirasikan karakter drama Turki, Magnificient Century. Terpegun dibuatnya, so regal and majestic!
Dress mewah Haliza Maysuri
Koleksi Bawal Exclusive
Mahkota Swarovski sempena Vienna Opera Ball 2024
Ads
Aura Sandal AQUAZZURA
Peralatan makan porselin SWAROVSKI x Rosenthal Koleksi Signum
Beg PIPATCHARA x SWAROVSKI ‘The Mini AMU’
Kasut Phileo 005 Crystal Derby
Terus melangkah ke reruai merchandise, terokai pelbagai himpunan barangan kemas, jam tangan, figurines dan aksesori Swarovski yang menjadi idaman ramai. Masih mengekalkan vibe ruang jualan sensorial, anda bebas bereksplorasi, menyentuh dan mencuba sendiri barangan Swarovski yang disukai.
Paling menarik di pop-up booth raya Swarovski, tentunya koleksi barangan kemas sempena kempen Raya Swarovski 2024. Cantik-cantik belaka, rambang mata dibuatnya.
Koleksi ini mengetengahkan keindahan kristal dan batu-batu Swarovski dalam keluarga Constella, Luna, Una, Matrix, Millenia dan Imber. Nuansa hijau, pink dan kristal jernih yang memancar menyerikan sambutan raya penuh tradisi sambil membias ketenangan dan kemakmuran.
Ads
Tak ketinggalan, himpunan jam tangan Swarovski pun sesuai buat yang tersayang. Barulah sempurna buat mereka gembira, sambil kita pun bersiap sakan dengan perhiasan barangan kemas Swarovski yang berkerlipan ni.
Dah jumpa yang berkenan? Akhiri kunjungan anda di kaunter pembayaran dengan aktiviti Crystallisation. Sempena kempen yang berlangsung dari 11 Mac – 14 April 2024 ini, anda boleh customize tote bag Swarovski dengan kristal bagi pembelian bernilai RM700 ke atas atau skarf Bawal Exclusive dengan kristal bagi pembelian bernilai RM1,200 ke atas.
Ads
Majlis pelancaran ‘Radiant Raya’ kolaborasi Pavilion, Swarovski dan Maybank akhirnya bermula sekitar jam 6.00 petang. Dimulakan dengan persembahan tarian tradisional Melayu, membangkitkan vibe Aidilfitri yang menjelang tiba.
Usai penyampaian ucapan Pengarah Urusan Swarovski (Asia Tenggara & India), Mr Lars Schmidt, semua penganjur dan selebriti jemputan dijemput naik ke pentas sebagai simbolik pelancaran kempen. Antara wajah-wajah glamor yang hadir adalah pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Sharifah Rose, Nadhir Nasar, Zhen Ning, Jack Gohr, Rubini Sambanthan dan Misha Omar.
Tambah menarik, Misha Omar turut dijemput membuat persembahan menghiburkan tetamu. Cukup mengasyikkan!
Misha Omar
(Dari kiri) Zhen Ning, Sharifah Rose, Scha Alyahya, Awal Ashaari, B. Ravintharan, Patrick Liau, Lars Schmidt, Rubini Sambanthan, Jack Gohr, Nadhir Nasar, Misha Omar
Kalau singgah ke Kuala Lumpur, jom terokai dunia ciptaan indah Swarovski di Centre Court, Pavilion KL bermula 11 Mac hingga 14 April 2024 ini, dari 10 pagi hingga 10 malam.
Setiap wanita itu cantik dengan cara tersendiri. Tanpa mengira saiz badan atau ketinggian yang dianugerahkan, anda boleh kelihatan menyerlah dengan pemakaian pakaian dalam yang tepat bagi menyerlahkan keyakinan diri. Sambil memberi sokongan payudara, ia seharusnya cantik, selesa dan semula jadi, selain membangunkan kelestarian alam.
Nona tertarik dengan koleksi Triumph The Signature Sheer baharu. Meskipun direka mengikut keselesaan badan, namun ia cukup bergaya dengan aplikasi fabrik sheer yang memberikan sokongan penuh. Lebih menarik, koleksi ini juga menampilkan corak renda monogram signature Triumph ‘T’ yang stailo.
Paling penting, koleksi ini dilihat menyempurnakan kehidupan harian wanita yang mementingkan kualiti termasuk pemilihan pakaian dalam. Bila dalaman hebat, pasti luaran juga meyakinkan!
FASA KEHIDUPAN
Sepanjang kehidupan wanita, banyak fasa yang dilalui termasuk perubahan bentuk badan. Tabiat gaya hidup juga mempengaruhi saiz dan berat seseorang, menjadikan setiap individu itu unik serta berbeza antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, setiap perbezaan itu mengukir pengalaman berharga. Raikan bentuk badan ini dengan pemilihan fesyen yang bersesuaian termasuk pakaian dalam yang selesa serta menyerlahkan keunikan siluet tubuh wanita.
Tanpa pemakaian bra yang sesuai juga, penampilan boleh menjadi kurang menarik. Sepasang bra yang baik seharusnya memberi keselesaan dan membetulkan postur badan wanita. Hasilnya, payudara akan kelihatan lebih natural, lebih terletak dan menyerlahkan siluet yang lebih kemas.
KOLEKSI THE SIGNATURE SHEER
Mula menjengah pasaran secara rasminya pada 28 September, koleksi ini boleh didapati secara offline dan online. Ia menjadi buruan wanita kerana rekaannya yang moden, selesa serta sesuai untuk kegunaan harian. Bagi wanita bekerja, kenakan koleksi ini di sebalik pakaian kerja bagi menyuntik perasaan lebih yakin dan bersemangat.
1. Wired Padded Bra: Direka dengan sokongan signature Triumph iaitu Wire Light untuk keselesaan maksimum. Ia diperbuat daripada material kitar semula yang mesra alam. Struktur bahagian tulang tepi bra juga mencipta siluet payudara yang terletak cantik.
2. Wired Bra: Direka secara visual menyerlahkan bentuk payudara semula jadi. Ia turut dicipta dengan pad nipple discretion bagi memberi lebih keyakinan, walaupun ketika anda mengenakan top mengikut bentuk badan.
3. Non-Wired Deep V Bra: Direka dengan garis leher infiniti yang menawan. Potongan cup di bahagian tengah bagus untuk mengampu payudara bagi mencipta lurah yang lebih penuh dan natural.
Ketiga-tiga koleksi The Signature Sheer didatangkan dalam rona Toasted Almond, Decadent Chocolate dan Classic Black. Kenakan bersama set seluar dalam sedondon dengan garis tepi tidak kelihatan. Dapatkan Maxi untuk efek perut kempis atau Smooth Hipster untuk potongan di bahagian tengah perut yang selesa dan bentuk kaki triangular.
Lebih unik, koleksi eksklusif ini juga tampil bersama dua helaian tambahan iaitu The Corsage dan Long-sleeved Top. Helaian tersebut boleh didapati secara offline di Triumph Boutique IOI City Putrajaya, Triumph Boutique Sunway Pyramid, Triumph Boutique Pavilion KL dan Parkson Pavilion KL.
The Corsage:Top korset yang direka dengan jahitan bertulang bagi menyerlahkan ilusi bentuk badan jam pasir. Anda boleh menanggalkan tali strap bahu untuk mencipta gaya top berbeza. Ia direka tanpa wayar untuk keselesaan namun dilengkapi padded liner untuk sokongan ekstra.
Long-sleeved Top:Top sheer lengan panjang direka dengan corak renda moden asimetri. Didatangkan dalam warna Classic Black untuk tampilan sofistikated dan stailo.
Kerana itu, raikanlah setiap perubahan bentuk badan yang berlaku dengan rasa bangga. Demi keselesaan dan keyakinan diri, jangan lupa untuk memilih bra yang baik pada setiap masa kerana bra kita adalah penyokong kita.
Dapatkan koleksi The Signature Sheer di butik-butik Triumph atau layari website (klik di sini) untuk lebih pilihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seiring dengan era digital masakini, segala peralatan peranti juga dilihat semakin canggih dengan kemudahan teknologi serta kepakaran yang sangat hebat. Revolusinya sangat pantas sekaligus menjadi satu keperluan dalam gaya hidup masyarakat hari ini.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup moden dan pantas pastinya tak pernah lekang dengan gajet seperti telefon pintar. Bukan sekadar CEO malah usahawan, golongan berpendapatan tinggi, berkerjaya profesional, pencinta seni fotografi serta mereka yang mahu memiliki telefon pintar dengan teknologi terbaik.
Kesimpulannya, teknologi ini memudahkan kerjaya dan segala urusan yang kita lakukan. Maka, manfaatkan terknologi tersebut dengan sebaiknya.
HUAWEI Mate40 Pro adalah rekaan terkini paling ‘berkuasa’ dalam sejarah HUAWEI. Diperincikan dengan ciri-ciri revolusi yang berinovasi mengagumkan sama ada dari segi fotografi, ciri-ciri berkaitan kerjaya mahupun jenis fungsi yang anda harapkan dalam kehidupan moden. Menariknya lagi, HUAWEI Mate40 Pro baru-baru ini dinobatkan sebagai ‘Telefon Pintar Serba Boleh 2020’. Wow hebatnya!
Jom kita terokai sejauh mana kehebatan HUAWEI Mate40 Pro yang membolehkan anda maju selangkah termasuklah dalam rutin kecergasan berbanding jenama-jenama lain di pasaran.
Memudahkan Aktiviti Trekking
Memandangkan perjalanan trekking adalah panjang, mampukah bateri telefon anda bertahan pada kadar 20%? Ditambah pula dengan keadaan telefon anda yang tidak berkapasiti penuh maka inilah masanya untuk mendapatkan gear trekking terbaik!
HUAWEI Supercharged Wired 66W memudahkan anda walau hanya sekadar duduk sambil menikmati secawan kopi panas. Mengecas sambil duduk bersantai sudah cukup untuk memastikan telefon pintar anda kekal berfungsi sepanjang hari.
Ketika trekking anda juga bebas untuk merakam setiap detik perjalanan sehingga sampai ke puncak dengan pelbagai gaya pose yang menarik. Dengan mod Sport Anti Shake Shooting pada HUAWEI Mate40 Pro anda boleh menangkap pelbagai gambar yang indah-indah. Selain itu, anda juga boleh menggunakan Petal Maps bagi memudahkan segala pencarian termasuk navigasi peta.
Memudahkan Aktiviti Senaman
Dengan inovasi terkini AI Smart Gesture yang diintegrasikan kepada HUAWEI Mate40 Pro, anda boleh unlock dengan interaksi tanpa sentuhan. Cukup sekadar mengimbaskan tangan ke kiri dan ke kanan, atau ke atas dan ke bawah bagi melihat koleksi foto termasuk mengambil screenshot rekod kesihatan anda tanpa perlu menyentuh skrin dengan tangan berpeluh.
Hanya perlu sambungkannya dengan WATCH GT2 PRO dan gunakan aplikasi HUAWEI Health bagi mengesan rekod latihan anda.
Merakam Video Senaman
Kadangkala pentingnya untuk kita melihat progres serta hasil latihan yang dilakukan. Rakam video latihan anda dengan mudah menerusi HUAWEI Mate40 Pro seterusnya kongsikan bersama rakan. Anda juga boleh membandingkan rekod terkini dengan rekod terdahulu bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.
Dengan lensa ultra-wide angle anda boleh merakam video dan gambar sudut lebar dari kamera arah hadapan mahupun belakang. Rakam video berkualiti tinggi dengan Steady Shot. Penggunaan Story Creator memberi efek sinematik yang sebenar.
Bimbang jika anda terlepas pandang dengan pesanan mesej penting ketika bersenam? Pasangkan saja WATCH GT2 PRO dengan HUAWEI Mate40 Pro, mudah bukan?
Merakam Pelan Kecergasan Anda
Dengan Multi Screen yang dinaik taraf termasuk sokongan 3 aplikasi untuk dibuka serentak, anda kini boleh merancang senaman harian dan melihat progresnya dengan mudah. Anda boleh membandingkan tahap dari Blogilates, Yoga with Adriene, Pamela Reif atau sebarang video kegemaran anda.
Juga, anda boleh membuka aplikasi fitness tracking, video kecergasan YouTube dan Whatsapp dalam masa serentak bagi mendapatkan tahap kecergasan anda dan pada masa sama masih kekal berhubung dengan rakan-rakan. Catat informasi anda di HUAWEI Mate40 Pro. Kemudian seret dan simpan segala nota anda di HUAWEI Cloud yang akan memudahkan anda mengaksesnya di telefon pintar atau komputer riba.
HMS
HMS meningkat dengan pesat sepanjang tahun lalu dan telah membantu meningkatkan kehidupan pengguna melalui aplikasi pintar. Apa jua yang dimiliki oleh Google, HUAWEI juga memilikinya. Dalam situasi tertentu, HUAWEI dapat melakukan yang lebih baik dengan menawarkan pengalaman dan ganjaran lebih bagus kepada pengguna.
HUAWEI melancarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih baharu, HUAWEI Pay. Pengguna kini boleh melakukan transaksi yang selamat dan terjamin dengan satu klik di telefon pintar HUAWEI. Anda hanya perlu memasukkan nombor kad kredit ICBC Union Pay, kad kredit dari bank utama, kad prabayar dan e-wallet. Ia akan tersedia di HUAWEI Pay.
Selain HUAWEI AppGallery dan HUAWEI Pay terdapat juga aplikasi baharu seperti Petal Maps dan HUAWEI Docs! Bagi pengguna Mate 40 Pro, mereka akan mendapat Penstoran Mudah Alih (Mobile Cloud Storage) HUAWEI 50GB percuma selama 12 bulan, akses VIP Video HUAWEI selama 3 bulan, baucar RM40 untuk HUAWEI Books dan banyak lagi.
HUAWEI Mate40 Pro, telefon pintar serba boleh ditawarkan pada harga RM4,299 dengan FREEBIES bernilai sehingga RM3,300 termasuk HUAWEI Sound X bernilai RM1,299 (terhad kepada 1,000 unit terawal sahaja), Astro, Godiva, Puma, Touch and Go serta banyak lagi tawaran freebies. HUAWEI Mate Pro boleh didapati di laman web rasmi HUAWEI-shop.HUAWEI.com/my, dan telekomunikasi terpilih.
Pemegang kad Hong Leong Bank boleh membeli melalui EPP untuk menikmati faedah 0% dengan pembayaran minimum RM500 bagi pelan ansuran 6 bulan dan RM1,000 bagi pelan ansuran 1 tahun. Untuk maklumat lanjut klik https://bit.ly/3gIVCTa
Langkah-langkah untuk menebus HUAWEI Sound X baharu:
Beli satu (1) unit HUAWEI Mate40 Pro dari kedai jenama HUAWEI, stor pengendali HUAWEI atau kedai atas talian HUAWEI (https://shop.HUAWEI.com/my) di Malaysia;
Muat turun aplikasi mudah alih HUAWEI Member Center dari HUAWEI AppGallery ke HUAWEI Mate40 Pro yang dibeli;
Lengkapkan borang pendaftaran di halaman Kempen di huawei Member Center bersama butiran yang diperlukan dalam tempoh 18 Disember 2020 dan 20 Disember 2020.
Seribu (1,000) peserta pertama yang menyelesaikan semua langkah yang dinyatakan di atas bakal memenangi satu (1) unit HUAWEI Sound X bernilai RM1,299. Selain HUAWEI Sound X, pengguna juga dapat menikmati ganjaran lain di HUAWEI Member Center.
Ekosistem HUAWEI
Selain HUAWEI Mate40 Pro, HUAWEI turut menawarkan siri produk hebat yang lain seperti HUAWEI Y7a, HUAWEI x Gentle Monster Eyewear II, HUAWEI Freebuds Pro, HUAWEI WATCH GT2 Pro, HUAWEI MateBook 14 dan HUAWEI MatePad T10s.
Dapatkan maklumat lengkap tentang produk HUAWEI di sini:
HUAWEI juga kini sedang rancak menjalankan kempen tahunan ‘Better Together’. Mulai sekarang sehingga 3 Januari 2021 pelanggan HUAWEI yang bertuah berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM300,000. Seorang pemenang bertuah berpeluang membawa pulang Proton X50 atau Proton X70 baharu!
Pelan ansuran HUAWEI ‘Better Together’ serendah RM4.65 / hari dan anda boleh memilih pakej berdasarkan personaliti ATAU melakukan penyesuaian sendiri. Dapatkan maklumat lebih lanjut dari pautan di bawah:
Sepasang kasut yang mempunyai rekaan moden tidak selalu direka dengan keselesaan dan kedudukan anatomi yang betul. Walaupun sepasang kasut baharu anda mungkin kelihatan hebat pada kaki, ia mungkin bukan perkara terbaik untuk kaki anda dalam jangka masa panjang, dan di situlah insole berperanan penting.
Secara umumnya, antara kebaikan pemakaian insole yang bersesuaian dengan kaki kita adalah seperti mengurangkan keletihan otot, memperbaiki postur badan serta menyelaraskan semula kaki, jika overpronate (roll in) atau supinate (roll out).
Selesa di setiap langkah
LARRIE, sebuah jenama kasut tempatan sejak 1978 kini menawarkan penjagaan tapak kaki untuk pembelinya dengan menyediakan insole yang selesa pada setiap kasut rekaan mereka. Melihat kepada berapa pentingnya insole kasut kepada pengguna, LARRIE telah mengeluarkan 2 jenis insole yang bersesuaian untuk pemakaian harian baik untuk lelaki mahupun wanita.
Wanita di era moden, perlu meningkatkan tahap kesedaran, bahawa pentingnya kesihatan kaki dalan setiap langkah. Walaupun meletakkan rekaan sebagai keutamaan untuk bergaya.
“Selain menitikberatkan rekaan yang berkualiti dan mengikut perkembangan fesyen, LARRIE juga sentiasa mementingkan keselesaan penjagaan kaki untuk setiap kasut yang direka,” kongsi Lenson Chong, selaku Ketua Pengarah Pemasaran Larrie Corporation (M) Sdn Bhd.
Tambahnya lagi, keselesaan pastinya menjadi faktor utama pembelian setiap kasut dan kerana itu juga setiap insole yang direka adalah melepasi ujian makmal yang ditetapkan.
Rekaan seimbang dengan teknologi
Terdapat pelbagai insole yang direka untuk melegakan kesakitan dan memberikan sokongan untuk pelbagai keadaan dan penyakit kaki. LARRIE tampil dengan rekaan untuk lelaki, memperkenalkan Rebound Foam Footbed yang direka dengan menggunakan kusyen yang lembut dan selesa serta tidak licin untuk memastikan pemakaian yang selesa dan berterusan.
Rebound Foam Foodbed untuk lelaki ini juga dapat membantu membentuk kaki anda serta mengagihkan berat badan secara rata untuk pengalaman berjalan yang selesa. Selain terdapat lapisan anti bakteria yang mana untuk menyokong pemakaian sepanjang hari, LARRIE Rebound Foam Footbed juga direka untuk mengurangkan tekanan semasa hentakan tumit dan mengurangkan keletihan kaki sewaktu berjalan.
Reka bentuk acuan tumit kasut yang berbentuk U juga mampu yang menstabilkan tumit dan mengurangkan ketegangan dan tekanan pada setiap langkah.
Untuk para wanita pula, LARRIE mereka LARRIE Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insoles. Selain ianya anti bakteria, setiap insole yang direka adalah free size dimana setiap pembeli boleh memotongnya mengikut saiz kaki sendiri dengan mudah.
Penggunaan insole ini juga mampu mengurangkan sakit kaki ketika melakukan aktiviti riadah atau melancong.
Selain itu sokong lengkung yang direka bersama insole ini juga dapat memberikan keseimbangan dan kestabilan pada kaki anda. Antara kelebihan lain adalah dapat memberi keseimbangan dan kekuatan kaki.
Menariknya lagi, kedua-kedua LARRIE insoles boleh dibeli secara berasingan atau berserta kasut di butik LARRIE atau secara atas talian di www.larrieshoes.com dengan harga bermula dari RM39.00 sehingga RM99.00.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.