Suasana nyaman menyambut keberangkatan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di One World Hotel, Damansara. Tampil elegan dalam persalinan kurung kuning bertabur bunga biru menyerlahkan aura kecantikannya, memukau sungguh Permaisuri kesayangan rakyat Selangor ni!
Keberangkatan DYMM Tengku Permaisuri Selangor ke Majlis Pelancaran Program Aspirasi Asnaf sempena Ulang Tahun ke-5 Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP) diiringi isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad.
Program Aspirasi Asnaf bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka yang bercita-cita tinggi, ingin berdikari dan menjadikan impian atau aspirasi mereka satu realiti.
“Pelancaran Program Aspirasi Asnaf 2023 merupakan satu anjakan paradigma untuk menyediakan satu platform bimbingan asnaf yang berpotensi bagi membangunkan kapasiti mereka dalam bidang yang diceburi.
Program ini akan dilaksanakan dengan lebih terancang melalui kerjasama strategik bersama tokoh perniagaan dan tokoh yang berpengaruh (influencer) yang telah membuktikan kejayaan mereka.” Presiden PWIP, Puan Mashita Abdul Rahim
Program Aspirasi Asnaf dilancarkan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Tonton video eksklusif ini bersama baginda…
Ads
Rakan strategik PWIP di dalam program in adalah Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman, Pengasas dan Presiden AUF MBZ; Datuk Noor Azman Nordin, Pengarah Urusan Reka Makmur; dan Ustaz Don Daniyal.
Masing-rasing mempunyai kepakaran tersendiri dan peranan mereka dalam menjayakan Aspirasi Asnaf ini amat dihargai.
Ads
PWIP
Dalam majlis makan tengah hari yang diadakan, PWIP telah menampilkan tiga (3) orang ibu tunggal yang terpilih memasuki Program Aspirasi Asnaf iaitu Puan Zuhaida Ahmad, Puan Siti Jantan dan Puan Nurfarhana G Lidadun. Seramai 24 orang akan dipilih memasuki program ini.
Ads
Turut disampaikan sumbangan ikhlas terhadap 25 penerima terdiri dari pelbagai kategori.
Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP) merupakan satu badan sukarela yang di anggotai oleh sekumpulan wanita yang prihatin tentang pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat tempatan yang memerlukan bantuan.
Visi kami adalah untuk menyumbang ke arah pembangunan sosial ekonomi dan akhlak ibu tunggal, mualaf, anak-anak yatim, mangsa bencana ala, fakir miskin, orang tua, orang sakit dan kurang upaya miskin dengan menyalurkan bantuan fizikal, kewangan, tenaga dan kepakaran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bidang solekan hari ini bukan hanya dimonopoli kaum wanita semata-mata. Bahkan turut menarik penglibatan golongan lelaki. Bagi merealisasikan impian menjadi make-up artist terkemuka dan menjadi pilihan selebriti serta VVIP kelak, Nu Ideaktiv menerusi Majalah Nona dengan kerjasama label kosmetik ternama, FCC Malaysia menganjurkan program realiti digital pertama negara bagi pencarian make-up artist!
Sebagai permulaan ke arah merealisasikan kerjaya dambaan ramai berkenaan, Nona menjemput semua pencinta solekan, kosmetik, kecantikan dan jurusolek tidak kira profesional mahupun amatur… hadir memeriahkan majlis pelancaran program realiti digital ‘Fabulous MUA Nona x FCC’.
Majlis bakal berlangsung pada hari Jumaat, 9 Ogos 2019 bermula pukul 3 hingga 5.30 petang di Sogo i-City Shah Alam. Bagi anda yang ingin menjadi salah seorang tetamu pada majlis ini… jom beramai-ramai mengenakan persalinan putih dan merah jambu. Jumpa di sana!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan sikap penduduk negeri Melaka yang patuh terhadap Perintah Kawalan Pergerakan seperti diarahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Jika segelintir masyarakat seakan memandang remeh dengan situasi penularan Covid-19 hingga ada dalam kalangan mereka yang berpusu-pusu pulang ke kampung, beriadah di taman dan makan di tempat awam tanpa rasa bersalah… berbeza pula keadaannya di Bandaraya Bersejarah ini.
Terkenal sebagai destinasi pelancongan popular dan sentiasa sibuk dengan kehadiran pelancong dari dalam serta luar negara, Bandaraya Melaka sejak Perintah Kawalan Pergerakan dua hari lalu kini bertukar sepi dan lengang.
Menerusi perkongsian penduduk Melaka sendiri yang juga pemilik akaun Facebook, Mohamed Amiruddin Bulat, gambar di beberapa tempat tumpuan pelancong di Bandar Hilir ini diambil dua hari lepas iaitu sebaik Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Dia yang tinggal di Melaka Tengah ketika dihubungi Nona turut melahirkan kebimbangan untuk berada di luar rumah dalam tempoh yang lama memandangkan jumlah jangkitan kes Covid-19 semakin meningkat.
Melihat suasana yang jarang sekali berlaku itu, dia terpanggil untuk berkongsi ‘pemandangan’ tersebut di media sosial. Katanya, “Sekejap je saya ambil gambar, lepas tu saya terus balik. Tak ada gambar terbaru pun sebab dah risau nak keluar lagi sekarang.”
Berdasarkan gambar-gambar tersebut jelas kelihatan tempat tumpuan seperti Stadthuys, Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan perkarangan Menara Taming Sari sepi daripada kehadiran pengunjung dan sebarang aktiviti. Tiada kelibat penarik beca dan deretan beca pelbagai hias yang membanjiri tempat tumpuan ini seperti kebiasaan. Malah, restoran dan kedai menjual cenderamata juga ditutup.
Setakat semalam, 19 Mac 2020 sebanyak 900 jumlah jangkitan kes dilaporkan dengan 110 daripadanya ialah kes baharu. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi di Malaysia dengan 223, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 123, Sabah 112 dan Johor 101. Sementara Melaka pula mencatatkan 20 kes. Kawasan terendah dijangkiti pula ialah di Wilayah Persekutuan Labuan dengan hanya 5 kes.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam diam dah 16 tahun rupanya usia perkahwinan Zarul dan isteri tercinta, Intan Nur Fathihah. Agak jarang berkongsi gambar keluarga kerana menghormati privasi mereka, selebriti yang juga pelakon dan penyanyi ini mengetepikan seketika prinsip berkenaan pada hari-hari tertentu khususnya ketika ulang tahun perkahwinan atau kelahiran isterinya.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, ramai yang tidak mengenali wajah wanita di sebalik kejayaan Zarul. Pastinya apabila penyanyi ini memuat naik gambar isteri tercinta, ia mengundang pelbagai reaksi peminat.
Intan Nur Fathihah Suri Hati Zarul
Rata-rata daripada mereka teruja dan memuji isteri Zarul yang bukan sekadar cantik tapi juga sopan dan anggun.
Zarul atau nama penuhnya Zairulkefli Husin yang lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella tidak terkecuali menunjukkan sisi romantik pada hari-hari istimewa dan berkongsi momen tersebut bersama peminat di media sosial.
25 April lalu genap 16 tahun usia perkahwinan pasangan ini. Titip bekas pramugara tersebut, “16 tahun bersama, penuh ujian dan rahmat. Moga Allah terus limpahkan Rahmah dalam rumah tangga kita. Aamiin.
Happy 16th anniversary, cinta hati dunia akhirat.”
Zarul mendirikan rumah tangga bersama Intan pada 25 April 2009. Ini merupakan perkahwinan kedua selebriti berkenaan. Terdahulu, Zarul pernah berkahwin dengan wanita bernama Ayu dan dikurniakan seorang anak perempuan sebelum berpisah pada tahun 2005.
Januari 2024, Nur Intan Fathihah menerima pengurniaan pingat daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Istiadat pengurniaan pingat kebesaran berlangsung di Istana Negara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.