Pemergian Ustazah Shadiya Abbas ke rahmatullah pada 5 April lalu benar-benar memberi kesan kepada masyarakat khususnya mereka yang sering mengikuti ceramah beliau. Arwah Ustazah Shadiya disahkan meninggal dunia pada jam 5.05 pagi kerana sesak nafas akibat penyakit asma. Bagaimana pun menurut perkongsian suami arwah di laman Facebooknya MK Azman, memandangkan waktu ini negara dilanda dengan wabak Covid-19 pihak hospital terpaksa melakukan ujian untuk memastikan sama ada arwah positif terhadap virus itu atau sebaliknya.

IKLAN

Selepas 24 jam menanti keputusan ujian, akhirnya arwah disahkan negatif Covid-19 setelah melakukan ujian tersebut sebanyak dua kali. Jenazah seterusnya dibawa balik ke Masjid Puncak Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan selepas solat Zohor. Sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Felda Bukit Cherakah Puncak Alam, semalam. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan dan hanya keluarga terdekat dibenarkan untuk mengurus jenazah. Biarpun tidak mengenali arwah secara dekat namun ramai yang menyifatkan arwah Ustazah Shadiya Abbas seorang wanita dan juga pendakwah yang cukup disenangi.

“Kubur Yang Indah & Liang Lahad Yang Cantik,” Suami Kongsi Perjalanan Terakhir Ustazah Shadiya Abbas
Suami arwah Ustazah Shadiya Abbas

“Kubur Yang Indah & Liang Lahad Yang Cantik,” Suami Kongsi Perjalanan Terakhir Ustazah Shadiya Abbas

“Kubur Yang Indah & Liang Lahad Yang Cantik,” Suami Kongsi Perjalanan Terakhir Ustazah Shadiya Abbas

Malah, perkongsian suami arwah yang menceritakan perjalanan terakhir arwah mencetuskan rasa kagum terhadap kasih sayang di antara suami isteri dan kebesaran Allah SWT. Kata Ustaz MK Azman, “Urusan mandikan jenazahmu sayang dilakukan oleh ibumu, adik-beradik perempuanmu, anak-anak lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abang, sayang mandikan abang.

Abang imamkan solat untukmu. Sebelum ini sayang berada di belakang sebagai makmum tapi kali ini sayang di depan abang. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkanmu dalam liang lahad, dalam hati abang menyebut cantik sungguh liang lahad ini.

IKLAN

Abang bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut but pun terasa sejuk, seolah-olah lantainya dari marmar. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.”

“Kubur Yang Indah & Liang Lahad Yang Cantik,” Suami Kongsi Perjalanan Terakhir Ustazah Shadiya Abbas “Kubur Yang Indah & Liang Lahad Yang Cantik,” Suami Kongsi Perjalanan Terakhir Ustazah Shadiya Abbas “Kubur Yang Indah & Liang Lahad Yang Cantik,” Suami Kongsi Perjalanan Terakhir Ustazah Shadiya Abbas “Kubur Yang Indah & Liang Lahad Yang Cantik,” Suami Kongsi Perjalanan Terakhir Ustazah Shadiya Abbas

IKLAN

Tabahnya hati suami ini. Pada 30 Mac lalu mereka baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan ke-17 dan genap seminggu selepas detik itu, arwah Ustazah Shadiya Abbas kembali ke pangkuan Sang Pencipta. “Damailah engkau di sana, abang reda dengan pemergianmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. InsyaAllah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga,” ujar Ustaz MK Azman penuh reda.

“Kubur Yang Indah & Liang Lahad Yang Cantik,” Suami Kongsi Perjalanan Terakhir Ustazah Shadiya Abbas “Kubur Yang Indah & Liang Lahad Yang Cantik,” Suami Kongsi Perjalanan Terakhir Ustazah Shadiya Abbas

Sepanjang 17 tahun usia perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang zuriat. MK Azman mula mengenali bidadari syurganya ini ketika mereka menuntut di Universiti Malaya suatu masa dulu. Jelas suami arwah, beliau begitu mengagumi kepetahan arwah yang disifatkan memiliki ilmu yang tinggi dan tanpa segan silu menyatakan arwah isterinya juga diibaratkan seperti gurunya. Semoga Allahyarhumah Ustazah Shadiya Abbas ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan hanya Allah SWT mampu membalas segala ilmu serta jasa arwah menyampaikan dakwah selama ini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI