FATIN AFEEFA

Kalau tengok susuk tubuh Fatin Afeefa pasti ramai yang tidak menyangka wanita ini sudah pun bergelar ibu. Iyalah, aktres ini bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik malah memiliki bentuk badan ramping bak kerengga! Bertambah kelu apabila Afeefa pernah mendedahkan ukuran sebenar pinggangnya ialah 24 inci. Dah macam saiz pinggang anak dara, sedangkan dia mempunyai dua orang anak.

IKLAN

Bakat lakonan figura ini mula bersinar ketika membintangi filem kanak-kanak popular, Tentang Bulan. Bakal meniti usia 27 tahun pada Julai depan, Fatin Afeefa atau nama penuhnya Nur Fatin Afifah bergelar ibu tunggal kira-kira empat tahun lalu selepas perkahwinan yang dibina bersama pelakon Adam Shah putus di tengah jalan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak. Anak sulung lelaki Afeefa iaitu Adam Aisy Arrian berusia 8 tahun. Sementara anak perempuan Ivy Herra Sophia pula meniti usia 5 tahun.

Aura FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Bersuara Lunak, Ramping & Popular! Aura FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Bersuara Lunak, Ramping & Popular! Aura FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Bersuara Lunak, Ramping & Popular! Aura FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Bersuara Lunak, Ramping & Popular! Aura FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Bersuara Lunak, Ramping & Popular!

Gemar berkongsi aktiviti harian dan foto di samping anak-anak di media sosial, ketabahan Afeefa membesarkan kedua-dua cahaya mata wajar dijadikan inspirasi. Meskipun sibuk dengan jadual seni namun ibu muda ini tidak lupa menguruskan keperluan anak. Bahkan pada Mac tahun lalu, Afeefa meluahkan rasa rindu terhadap anak-anak apabila dia tidak dapat bertemu mereka kerana terpaksa menjalani kuarantin diri selepas pulang dari sebuah penggambaran demi mengelak jangkitan Covid-19.

Sedar gelaran ibu tunggal ada ketikanya mengganggu emosi, perkongsian Afeefa mengenai perkara tersebut suatu ketika dulu menyentuh perasaan. “I’m too caught up with work. I work early morning sampai late night to give my kids nothing but the best. Mommy penat kadang-kadang. I really am. Bukan pasal kerja. But with what strangers have to say about me.

Single mom. That title itself is hard to carry. Whatever I do, I’m always wrong. Mesti dorang cakap mommy tak reti jaga Arrian dan Arra. But little did they know, I never asked for financial help when it comes to you guys. I support my child 100% by my own. No one will ever see what I go through everyday. Everytime I’m about to breakdown, I will always remember what Arrian said to me. ‘Mommy please don’t cry cause Allah is with you.’ He’s my pillar of strength.”

Aura FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Bersuara Lunak, Ramping & Popular! Aura FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Bersuara Lunak, Ramping & Popular! Aura FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Bersuara Lunak, Ramping & Popular! Aura FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Bersuara Lunak, Ramping & Popular!

Afeefa sebelum ini pernah membintangi filem dan drama popular antaranya Maksimum, Kampung Drift, Red Velvet, Janji-Janji Annisa, Volkswagen Kuning dan Monalisa. Selain berbakat dalam seni lakonan, bakat nyanyian Afeefa juga mula disedari ramai selepas dia menyertai sebuah program nyanyian sekitar November tahun lepas.

IKLAN

Atas permintaan peminat yang mengagumi suara lunaknya, Afeefa telah merakam duet nyanyiannya bersama Tomok menerusi lagu Satu Hati Sampai Mati di saluran Youtube yang sehingga kini telah meraih lebih 2 juta tontonan!

Aura FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Bersuara Lunak, Ramping & Popular! Aura FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Bersuara Lunak, Ramping & Popular! Aura FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Bersuara Lunak, Ramping & Popular! Aura FATIN AFEEFA, Ibu Cantik 2 Anak Bersuara Lunak, Ramping & Popular!

IKLAN

Melihat bentuk tubuh langsing Afeefa, ada yang beranggapan usia muda selebriti ini membuatkan dia mudah memiliki susuk tubuh menawan seperti sekarang. Hakikatnya, tanpa usaha dan gaya hidup sihat… wanita muda pun terdedah kepada obesiti dan masalah berat badan.

Kalau mengikuti perkembangan Afeefa, memang jelitawan ini aktif bersenam dan sering mengunjungi gimnasium demi menjaga stamina serta kecergasan tubuh badan. Jadi, tidak hairanlah Afeefa mampu mengekalkan ukuran pinggang 24 inci walaupun sudah beranak dan mempunyai dua cahaya mata.

 

Kredit: Instagram Fatin Afeefa

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI