Tengku Nadhirah Zahrah Makin Cantik
Tengku Nadhirah Zahrah Makin Cantik

Terpegun dengan kelembutan dan kesopanan yang ada dalam diri Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Utama Raja Tengku Dato’ Seri Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Semakin menginjak usia, semakin terserlah keayuan puteri Sultan Terengganu ini.

18 Disember, YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah genap berusia 29 tahun. Ternyata penampilan puteri sulung Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah sering menjadi perhatian khalayak.

Artikel https://www.nona.my/usia-29-tahun-kejelitaan-puteri-terengganu-yam-tengku-nadhirah-zahrah-makin-menyerlah/

Penampilan Tengku Nadhirah Zahrah

Aura Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Makin Terserlah Ayu & Anggun Meniti Usia 29! Aura Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Makin Terserlah Ayu & Anggun Meniti Usia 29! Aura Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Makin Terserlah Ayu & Anggun Meniti Usia 29!

Ini kerana YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik. Malah seorang puteri raja yang bijak dan memiliki keperibadian terpuji yang mempersonakan.

Ads

Menerusi perkongsian di media sosial, Pengerusi Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) ini pada hujung November lalu menghadiri Islamic Fashion Festival (IFF) Institute Tengku Ampuan Afzan (INTAZ) Charity Gala Dinner 2025.

Pada acara itu, YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah hadir bersama nenda, To’ Puan Seri Hajjah Nur Rahmah Binti Haji Mohd Zain. Beliau kelihatan berseri-seri dalam persalinan eksklusif dan indah rona navy blue.

Turut kelihatan pada majlis berkenaan ialah Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Ads

Aura Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Makin Terserlah Ayu & Anggun Meniti Usia 29! Aura Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Makin Terserlah Ayu & Anggun Meniti Usia 29!

Tengku Nadhirah Zahrah Pengerusi YTNZ

Sementara itu, YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah selaku Pengerusi YTNZ pada 19 November lepas berkenan hadir ke majlis Pelancaran Koleksi Gold Bar Edisi Khas Yayasan Tuanku Nur Zahirah yang diinspirasikan daripada motif bunga songket warisan melayu oleh rakan strategik utama iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah MAIDAM Property, Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail.

Ads

Terdapat 3 koleksi yang menjadi motif utama iaitu; Bunga Teratai, Bunga Tampuk Manggis dan Bunga Pitis sebagai satu usaha memartabatkan seni budaya tempatan dalam bentuk esklusif dan bernilai tinggi.

Aura Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Makin Terserlah Ayu & Anggun Meniti Usia 29! Aura Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Makin Terserlah Ayu & Anggun Meniti Usia 29! Aura Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Makin Terserlah Ayu & Anggun Meniti Usia 29! Aura Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Makin Terserlah Ayu & Anggun Meniti Usia 29!

10 Julai lalu, YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah berjaya menamatkan pengajian dan menggenggam Ijazah Sarjana Seni Tekstil (Master of Arts Textiles) dari University for The Creative Arts (UCA), United Kingdom.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads