Tulis Dr Malar, walaupun kata-kata itu sekadar gurauan yang disambut dengan gelak ketawa namun dalam diam ia telah mengguris hatinya.
“Walaupun saya ketawa sekali waktu tu, memang terguris jugak lah hati ni sikit…”
IKLAN
Kredit Foto: Insagram Celoteh Dr Malar.
Pun begitu, Dr Malar tidak akan pernah ambil pusing dengan perkara itu sebaliknya beliau merasa sangat bangga dengan keunikan yang ada pada sari tersebut.
“Hari ni saya pakai saree yang sama untuk satu rakaman sempena sambutan Merdeka & Hari Malaysia di @rtm_malaysia”
Kredit Foto: Insagram Celoteh Dr Malar.
Bagi Dr Malar setiap orang ada pandangan masing-masing tetapi jagalah percakapan kita jangan sampai mengguris hati orang lain walaupun hanya sekadar gurauan.
Pesan Dr Malar buat semua: –
“Bila anda digelakkan… “Anda rasa terguris… “Sabar je… “Senyum je… “Tak perlu rasa nak balas…
“Sebab Tuhan catit semua… “DIA tahu macam mana nak balaskan.”
Terlalu banyak fesyen di pasaran sehingga anda tidak tahu untuk membuat pilihan. Anda juga cenderung membeli pakaian yang murah dan akhirnya baju itu tidak sesuai dengan personaliti. Membazir! Tapi sebenarnya, ada di antara peraturan fesyen ini yang boleh anda abaikan.
1. Jangan gabungkan jenama mewah dan jenama biasa
Sebagai generasi millennial ataupun gen Y yang berdikari, tidak semua pakaian dan aksesori anda dari jenama mewah. Anda bebas menggayakan street style yang kini menjadi kegilaan. Jadi, tidak salah untuk menggayakan sebuah beg tangan Michael Kors dengan denim yang berharga RM10 yang dibeli di kedai bundle.
2. Hanya perempuan rendah boleh berkasut tumit tinggi
Jika inspirasi fesyen anda adalah Gigi Hadid, Kendall Jenner ataupun Karlie Kloss, abaikan terus peraturan ini. Kasut tumit tinggi bebas dipakai oleh siapa pun tidak kira ketinggian. Jadi jika anda sememangnya dikurniakan ketinggian, apa salahnya anda tonjolkan.
3. Jangan gabungkan corak bersama corak
Kedua-dua ini adalah kombinasi yang cantik jika anda pandai gayakan corak dan corak bersama. Apa salahnya corak abstrak digabungkan bersama corak abstrak juga. Hanya mereka yang berkeyakinan sahaja mampu membawa gaya ini dan anda harus cuba.
4. Wanita gempal tidak sesuai memakai skirt labuh
Bila pakai nampak lagi besar? Itu peraturan zaman pra-sejarah. Kini wanita gempal juga boleh tampil berkeyakinan dengan variasi skirt labuh dan pastinya nampak hebat seperti wanita biasa. Asalkan bentuknya sesuai mengikut bentuk badan dan pandai bermain warna, you are good to go!
5. Hanya lelaki boleh berpakaian menswear
Dunia semakin berubah dan begitu jugalah dalam fesyen. Hakikatnya, wanita juga boleh mengenakan menswear dengan cara yang tersendiri dan tampil cukup elegan. Stail androgini sangat menjadi perhatian masa kini. Wanita yang mengenakan pakaian menswear namun tetap diselitkan dengan ciri-ciri feminin.
6. Jangan memakai stoking bersama kasut terbuka di depan
Siapa lagi yang kata gaya ini ibarat orang tua? Anda juga boleh tampil bergaya dengan memakai stoking bersama kasut tumit tinggi.
7. Sequin dan metalik hanya untuk malam sahaja
Gabungkan sequin dan warna metalik bersama pakaian serba hitam anda ke pejabat hari ini. Pasti anda akan tampil kelihatan bergaya dan menawan. Kini warna metalik dan sequin bukan sahaja sesuai dipakai pada waktu malam malah turut boleh digayakan ketika waktu matahari memancar.
8. Kasut dan beg tangan haruslah warna sama
Konsep beg dan kasut perlu sama warna ini dah lama ditinggalkan. Anda boleh menggayakan apa juga warna yang berlainan pada kasut dan beg ketika keluar. Jika anda berani menggabungkan corak juga tetap tiada kesalahan.
9. Wanita petite jangan pakai dres panjang
Dunia yang bebas ini tidak pernah mengehadkan apa-apa jenis peraturan fesyen pada wanita kecil. Anda boleh memakai apa sahaja dres labuh walaupun tiada ketinggian. Bukan model sahaja dibenarkan berpakaian begini kerana anda wanita kecil juga boleh membawa gaya ini asalkan potongannya sesuai mengikut badan.
10. Jangan gabungkan denim bersama denim
Yes, peraturan fesyen dulu ada mengatakan jangan gabungkan baju denim anda bersama sepasang jeans. Kini tidak lagi. Jika anda penggemar denim, tidak salah untuk menggabungkannya ketika keluar. Pasti anda akan kelihatan cukup edgy.
Selain baju kurung, kebaya juga antara busana tradisi yang menjadi kegemaran para gadis hingga ke hari ini. Rekaan baju kebaya yang lebih mengikut bentuk tubuh dan dihias cantik dengan kerongsang menjadi salah satu faktor tarikan untuk menggayakannya pada Syawal kelima hari ini!
1. Tentu saja pilihan berkebaya ini dapat anda sesuaikan dengan anggaran bajet yang ada, sama ada mendapatkan perkea terkenal untuk menjahitnya, atau jahitan dari anda sendiri mahupun mencari penjahit kebaya yang sesuai dengan bajet anda, atau yang lebih hemat lagi adalah menyewa kebaya dari butik pengantin yang memiliki bermacam koleksi kebaya contohnya kebaya moden. Asalkan sesuai dengan suasana majlis yang ingin dihadiri.
Jangan pula hanya untuk ke majlis keraian biasa, anda melaram dengan kebaya penuh manik dan berkilauan!
2. Anda tidak memerlukan kebaya dengan corak keterlaluan. Kebaya nyonya misalnya sudah cantik dan dilampirkan dalam kesederhanaan kerana sulamannya sudah cukup membuatkan penampilan anda nampak menarik.
3. Anda seorang perempuan yang feminin maka anda boleh memilih model kebaya yang trendy namun tetap berpegang pada gaya ringkas dan sederhana. Seperti fesyen kebayaoff shoulder yang masih digemari tapi jangan anda gayakan sekiranya anda memiliki tubuh yang terlalu kurus.
4. Bagi anda yang berdada kecil, maka corak atau rekaan yang sarat perlu memenuhi ruang dada untuk memberi ilusi dada yang lebih cantik.
5. Rekaan kebaya labuh sesuai untuk anda yang memiliki pinggul besar. Ini membolehkan jatuhan kain menutupi bahagian pinggul. Pastikan baju kebaya anda tidak terlalu ketat kerana menyukarkan anda berjalan.
6. Atau anda ingin mencuba rekaan kebaya shanghai kerana boleh menutupi kekurangan bagi anda yang bertubuh kurus apalagi jika anda menambahkan perincian dan pelit. Perincian pada rekaan kebaya itu dapat menciptakan ilusi sehingga tubuh anda akan kelihatan lebih besar.
7. Kebaya tradisional membuatkan penampilan anda lebih klasik dan ayu. Pilihan corak bersesuaian boleh digayakan mengikut suasana majlis yang akan anda hadiri. Bagi fabrik polos, perincian manik boleh memberikan seri pada si pemakai.
8. Kebaya seringkali berkait rapat dengan bentuk badan. Untuk kebaya nyonya atau kebaya tradisional, lebih cantik sekirnya mengikut bentuk tubuh badan. Penggunaan korset apabila hendak menggayakan baju kebaya sangat penting untuk menutup lemak-lemak berlebihan.
9. Bagi anda yang bertubuh rendah dan kurus, sebaiknya memilih rekaan corak terbuka pada bahagian dada contohnya dengan rekaan leher berbentuk V. Potongannya perlu pada paras pinggang atau peha. Kebaya labuh tidak sesuai untuk anda.
10. Potongan leher tertutup seperti shanghai, turtleneck atau stand collar sesuai untuk anda yang bertubuh tinggi dan kurus. Variasaikan dengan model lengan lonceng, kerut, atau pendek.
11. Wanita bertubuh tinggi dan berisi lebih cantik menggayakan kebaya labuh. Lengan berbentuk menyempit atau lebar pada hujungnya boleh diaplikasikan. Jangan memilih kebaya berkerut pada bahagian perut dan jauhi kebaya pendek!
12. Wanita dengan bentuk bentuk tubuh pendek dan berisi boleh mengaplikasikan gaya seperti wanita bertubuh tinggi dan berisi. Lengan menyempit atau lebar pada bahagian bawah sangat sesuai. Untuk menyembunyikan lemak berlebihan, buat potongan kebaya yang menutup pinggul.
13. Pilihlah bahan, rekaan, dan warna yang sesuai dengan postur tubuh juga warna kulit. Jangan takut juga untuk mengenakan warna-warna yang lebih cerah, seperti putih gading, kuning keemasan, perak, dan lainnya bagi anda yang tidak suka warna-warna menjolok mata.
14. Kebaya boleh digayakan baik dalam majlis formal atau tidak formal. Bijak memilih corak dan perincian manik akan membuatkan anda kelihatan lebih menyerlah.
Siapa yang tak mengenali pelakon, pengarah, dan bekas duta muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga bekas isteri kepada pelakon Brad Pitt, Angelina Jolie bukan? Rasanya ramai mengetahui bagaimana kisah hidup pelarian seluruh dunia cukup dekat dengan hati pelakon filem Maleficent tersebut.
Dan baru-baru ini, Angelina mengumumkan sebuah jenama fesyen sendiri, iaitu Atelier Jolie di mana jenama fesyen ini akan memanfaatkan kebolehan dari komuniti pelarian yang berbakat, kurang dihargai serta berdasarkan kemahiran mereka.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Jolie berkongsikan berita tersebut sambil menulis “Saya akan memulakan sesuatu yang baharu hari ini—sebuah koleksidi mana semua orang boleh mencipta. Atelier Jolie ialah tempat untuk orang kreatif bekerjasama dengan keluarga tukang jahit yang mahir dan pelbagai, pembuat corak dan pereka dari seluruh dunia.
Ia adalah penghargaan dan penghormatan saya pada semua tukang jahit dan pereka yang telah banyak kali saya bekerjasama selama bertahun-tahun, keinginan untuk menggunakan bahan vintaj berkualiti tinggi dan bahan deadstock yang sedia ada, dan juga untuk menjadi sebahagian daripada gerakan untuk memupuk lebih ekspresi diri.”
Sumber turut mendedahkan bahawa bintang berusia 47 itu “sedang dalam proses mewujudkan ruang di mana semua pihak boleh menjadi lebih kreatif dan asli, menumpukan pada ketukangan dan kualiti, yang membawa kepada pengurangan dalam pembaziran.
Ini merupakan satu usaha serta kesedaran yang penting untuk aktres itu di mana Angelina sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti ternama Hollywood yang seringkali mengulang pakai pakainan yang sama dari pereka-perekanya di majlis serta permaidani merah.
Semoga usaha murni Angelina Jolie ini dapat melahirkan komuniti yang kreatif di samping membantu mengubah nasib pelarian di seluruh dunia.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...