Tiga tahun lalu saat hamil anak sulung, usahawan muda Ameera Zaini berdepan dugaan mengandung yang sangat mencabar. Bayangkan, pada awal kehamilan.. doktor memaklumkan peluang untuk Ameera mempunyai zuriat waktu itu adalah 50/50. Ini kerana dia mengalami morning sickness yang teruk dan bleeding sebanyak dua kali. Namun atas kehendak Allah, urusan ibu muda ini dipermudahkan sehingga proses kelahiran meskipun berdepan pelbagai cabaran.
Berkongsi pengalaman ‘mendapatkan’ Mateen, Meera yang merupakan pemilik label hijab Ameera Zaini memuatnaik sekeping gambar di Instagram miliknya beberapa hari lalu yang menceritakan memori indah dia dan suami ketika dikhabarkan berbadan dua.
“Ambil satu Al-Quran kat bilik mama, terus terbuka page ni, terselit gambar scan Mateen dalam perut dulu, dekat page Surah Maryam. Ramai yang tanya Meera apa amalan masa pregnant dulu. Meera rasa sama macam ibu-ibu yang lain sebab Meera pun rujuk ibu-ibu lain juga. Masa awal-awal pregnant dulu, Meera morning sickness yang teruk dan bleeding dua kali sampai doktor cakap chance masa tu 50/50 je. Alhamdulillah everything went well.
Meera baru ada satu je baby rasa tak layak nak bagi tip. So Meera sekadar share sahaja pengalaman Meera okay.”
Ads
Jadi, kepada bakal ibu yang mengalami situasi sama seperti Meera boleh praktikkan apa yang diamalkannya sewaktu hamil dulu. Mana tahu, tip ini juga berkesan untuk anda.
Ads
Tip Kehamilan Yang Diamalkan Ameera Zaini
Ads
Doctor bagi injection untuk kuatkan rahim
Meera banyak bedrest je sebab mabuk teruk
Avoid fast food & junk food sebab tekak pun tak suka sangat waktu tu
Makan folic acid / obimin / neurogain yang doktor bagi
Minum susu kambing
Amalkan pati delima untuk hilangkan loya
Meera kurang suka kurma masa pregnant, Meera ganti dengan kismis
Banyak makan fruits – suka sangat fruits masa pregnant and now Mateen pun sama
Suka buah tembikai – untuk tambah air ketuban tapi kalau banyak sangat takut diabetic
Minum air kelapa setiap hari masa 3rd trimester
Baca / dengar Surah Maryam, Surah Yusuf & Surah Al Baqarah
Doa secara spesifik permintaan kita dekat Allah – Nak anak yang sihat, cerdik, menyenangkan hati ibu bapa dan sebagainya
Masa belum ada nama Meera panggil baby dalam perut dengan panggilan positif macam ‘Good Morning Handsome Boy, Good Morning Anak Soleh, Assalamualaikum Anak Mommy Yang Bijak, Anak Baik Mommy Dah Bangun Ke?’ sebab itu pun satu doa kan?
Kongsi Meera lagi, “Apa pun kesimpulannya, every pregnancy journey is different. Meera rasa kita semua mesti akan buat yang terbaik sahajakan untuk anak dalam kandungan kita. Meera doakan semua yang baca, yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan dan untuk yang masih menunggu, teruskan berusaha dan berdoa sebab Allah dah aturkan masa yang terbaik untuk kita semua.”
Kagum dengan aura dan semangat positif Ameera! Moga perkongsian ini memberi inspirasi kepada semua untuk mempunyai zuriat kelak. InshaAllah.
Foto: Instagram Ameera Zaini
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran anak-anak dalam rumah tangga bukan sahaja sebagai penyeri dalam hubungan suami isteri malah merupakan tanggungjawab dan amanah dari Allah SWT. Membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan mendidik mereka bukan suatu tanggungjawab yang mudah untuk dipikul.
Foto: Facebook Rozita Ibrahim
Kagum melihat bagaimana Bonda Rozita mendidik anak-anaknya sehingga berjaya. Dan paling penting semua anak-anaknya mendengar kata-katanya. Teringat ketika menemu bual anak sulung Bonda Rozita, Noor Hayati Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Yati Sendayu Tinggi dulu. Kata Yatie “Semua menantu Bonda Rozita adalah pilihannya,”.
Foto: Instagram @yatie_sendayutinggi
Bonda Rozita ada menulis tentang anak-anaknya yang menarik untuk dikongsi bersama. Coret Bonda Rozita, “Pengalaman universti termahal nilai ilmunya saya nak share, umur 40 saya minta Allah kasi saya ilmu bermanfaat dan berkat apa saya buat.
Foto: Facebook Rozita Ibrahim
Saya tak pernah doa minta murah rezeki pun, saya tak tipu! Jauh sekali doa nak jadi kaya-raya. Tak pernah! Saya hanya doa nak rumah dan makan pakai cukup. Jangan orang hina saya dan anak-anak. Miskin orang cakap ‘nak mengendeng dan meminta-minta, bila kaya orang kutuk juga ‘jahat berlagak’.
Foto: Facebook Rozita Ibrahim
Saya sangat jaga maruah, tak kan meminta-minta dan tipu orang. Saya benci sikap tu. Saya selalu perbaiki azam nak jadi orang terbaik di sisi agama dan dunia.
Foto: Facebook Rozita Ibrahim
Perkongsian saya tentang anak. Rezeki anak-anak ni rahsia besar Allah, bukan urusan ibu bapa. Tanggungjawab kita didik adab dan agama saja. Bila besar mereka jadi lain! Jangan bangga tuah rezeki anak-anak kita atau hina anak yang miskin.
Foto: Instagram @yatie_sendayutinggi
Anak masa kecik dia sangat baik, belum tentu bila besar dia anak terbaik untuk kita. Mungkin dia berubah sebab lelaki atau isteri atau kawan dia. Kita kena lepaskan dia dengan dunia dia (jangan berharap pada dunia, ikhlaskan dia, Allah sebaik-baik pegangan hati).
Foto: Instagram @yatie_sendayutinggi
Anak kita masa kecil sangat hodoh hitam buruk, kita tetap sayang! Besar dia jadi anak paling cantik, paling putih dan paling bijak walau tak masuk universiti (tak ada yang mustahil jika Allah nak ubah). Yatie dulu, hitam buruk sangat masa kecik, lepas umur 17 tahun dia berubah jadi lain (rahsia Allah).
Foto: Instagram @bondarozitaibrahim
Kri (Dato’ Sri Aliff Syukri) pulak ambik SPM study hard konon tapi 15 minit je belajarnya. Matematik dia jahanam masuk kubur 7 meter ke dalam. Dia tak pernah lulus E.
Foto: Facebook Rozita Ibrahim
Zaman saya dulu tak ada pendedahan tentang disleksia. Kri, IQ dia terbalik, dia pandai membaca darjah 6 (bab ni dia tak kan mengaku). Otak dia seni, hanya dia anak yang tocang rambut saya, cabut bulu kaki, masakkan saya, juga anak paling menyakitkan hati saya! Pakej. Masa kecil sangat degil, selalu kena rotan ada je masalah dia buat.
Foto: Facebook Rozita IbrahimFoto: Facebook Rozita Ibrahim
Dah besar pun saya pernah marah sangat sampai tak nak pandang dia selama 4 tahun. Dia sentiasa usaha kejar dan minta maaf dengan saya dan ‘saya lari’. Last saya lihat dialah anak yang sangat ikhlas, bersungguh-sungguh nak saya sebagai ‘Maknya’. Saya buang dia ke laut najis pun dia nak saya jugak. Maksudnya Allah tunjukan pada saya, dia lebih mulia dari saya yang solat dan rajin dengan al-Quran.
Foto: Facebook Rozita IbrahimFoto: Facebook Rozita Ibrahim
Hati manusia urusan manusia dengan Allah, kita tak boleh nilai, hukum siapa manusia tu,” tulis Bonda Rozita panjang lebar di laman media sosialnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak kira siapa pun kita atau tinggi mana pun pangkat kita, menunaikan rukun Islam yang kelima adalah puncak kepada segala ibadah. Sudah pasti mengerjakan ibadah haji di bulan Zulhijjah menjadi idaman setiap muslimin dan juga muslimat kerana ganjarannya yang begitu besar.
Datin Seri Umie Aida adalah antara insan bertuah kerana telah terpilih menjadi salah seorang Duyufurrahman ataupun tetamu Allah SWT pada musim haji tahun ini. Datin Seri Umie Aida bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 4 Ogos ini.
Mengerjakan ibadah haji buat kali pertama, Datin Seri Umie Aida akan ditemani oleh suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Kongsi Datin Seri Umie, “Ketika mengerjakan umrah, Januari lalu, saya berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah meluaskan rezeki dan diberi peluang kembali ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji pula.
Alhamdulillah, doa saya diperkenankan. Saya berharap diberikan Allah kesabaran dan kekuatan untuk melaksanakan segala rukun dengan sempurna.
Peluang itu juga saya manfaatkan sebagai ruang untuk muhasabah diri kerana setiap tetamu Allah pasti ingin pulang bersama haji mabrur. Saya mahu kembali ke tanah air nanti menjadi insan yang lebih baik,” kata Datin Seri Umie Aida bersungguh.
Menurut adik kepada Erma Fatima ini, beliau mengharapkan diberikan kesihatan yang baik dan dapat menyempurna ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur.
“Teruja sebenarnya atas peluang dan kesempatan ini. Secara peribadi, saya sudah tidak sabar mahu ke sana, malah sedang membilang hari menanti waktu Wukuf. Saya harap sangat diberikan Allah kesihatan yang baik untuk merasai nikmat paling berharga ini,” kata Datin Seri Umie Aida.
Berpegang kepada niat dan semangat yang tinggi untuk bergelar usahawan hebat telah menjadikan siapa Shahila saat ini. Berkecimpung selama 13 tahun dalam dunia perniagaan, Shahila atau nama sebenarnya Norshahila Ahmad yang kini berusia 30an wajar dijadikan inspirasi.
Norshahila mula berjinak-jinak dalam perniagaan ketika usianya 22 tahun namun dalam tempoh dua tahun pengasas Birdnest Beauty Solution ini telah pun memiliki aset hasil titik peluhnya sendiri sekaligus berjaya membuktikan kepada ibu dan bapanya bahawa dia mampu berjaya.
“Pegangan saya yang paling kuat ialah restu dan doa daripada kedua ibu bapa terutama di saat saya merasa tertekan atau down. Saya hanyalah anak peneroka yang pernah merasa hidup susah. Mengadu kepada Allah SWT sudah semestinya di kala saya tidak berdaya dalam mengharungi dugaan dalam perniagaan.
Masa mula-mula berniaga memang ada tentangan daripada ibu bapa kerana mereka mengharapkan saya ada kerja tetap. Tapi sebaliknya saya memilih perniagaan sebagai sumber pendapatan.
Saya kuatkan semangat dan meminta tempoh dua tahun untuk membuktikan saya mampu berjaya. Waktu itu umur saya 22 tahun. Alhamdulilah, sebelum umur 25 tahun saya sudah pun memiliki aset seperti rumah, kereta dan kedai sendiri.
Secara tidak langsung ia telah membuka mata kedua ibu bapa saya bahawa berniaga pun boleh berjaya asalkan ada usaha. Mungkin selama ini semangat saya sangat kuat dan cita-cita pun tinggi untuk berjaya.
STRUGGLE & WORKAHOLIC
Selepas tamat pengajian dalam bidang pengurusan industri saya terus berniaga, tak pernah bekerja di bawah orang. Saya sertai kursus usahawan siswazah PKNS di mana program ini mencari siswazah yang berminat untuk memulakan perniagaan. Kursus ini dilaksanakan selama enam bulan dan kami diberikan elaun sebanyak RM500 sebulan.
Untuk latihan praktikal penganjur menyediakan booth untuk buat jualan. Selama enam bulan itu saya menjual produk-produk orang. Dalam masa yang sama saya turut menerima tawaran kerja sektor kerajaan. Disebabkan saya masih dalam kontrak kursus dan berbaki satu bulan lagi untuk tamat, saya terpaksa tolak tawaran kerja itu.
Dalam kursus usahawan itu saya berniaga secara kecil-kecilan seperti di pasar malam Uptown Kota Damansara. Waktu itu tahun 2007 dan saya baru berusia 22 tahun. Saya menjual produk-produk kosmetik dan ambil komisyen sahaja. Saya kumpul modal hasil daripada jualan dalam kursus tersebut. Saya menjadi top sale di mana jualan saya berjaya mencecah sekitar RM161 ribu.
Siang saya berniaga di PKNS, Bangi dan Shah Alam manakala malam pula di Uptown Kota Damansara. Waktu itu saya memang sangat struggle dan workaholic. Sampai satu tahap saya mula terfikir, sampai bila hendak jual barang orang. Sudah 10 tahun berniaga baru saya terfikir mahu menjual produk sendiri. Saya menjualnya sendiri kerana sudah memiliki kedai. Bermula dari situlah saya hanya menjual produk-produk sendiri. Alhamdulillah sambutan pun sangat baik.
KESAN PKP
Sejak Oktober 2019 saya memasarkan produk secara online. Ketika ini juga terciptanya Birdnest Beauty Solution yang bermula dengan produk sabun sahaja yang dijual pada harga mampu milik iaitu RM5 seunit. Saya jual pada team dahulu. Saya wujudkan sistem agen, stokis dan leader. Alhamdulillah produk sabun ini menjadi viral walaupun ketika itu jumlah sabun yang dikeluarkan hanya 120 ribu unit. Namun jumlah itu meningkat kepada dua kali ganda pada November 2019.
Apa yang penting produk Birdnest mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Salah satu sebab produk ini dijual pada harga yang murah adalah kerana faktor ekonomi lagi-lagi dalam keadaan sekarang. Ekonomi terjejas kerana penularan wabak COVID-19, dengan Perintah Kawalan Pergerakan pula dan ada yang hilang pekerjaan.
Atas faktor itulah ramai yang mahu menjana pendapatan tetapi dalam masa sama tidak mahu modal yang besar. Mereka mahukan modal yang mampu milik. Modal saya yang paling rendah ialah RM40 sahaja, dapat 10 biji sabun. Saya fokuskan jualan secara online. Selepas sabun, Birdnest mengeluarkan pula produk baharu iaitu serum. Setiap produk baharu dikeluarkan secara berperingkat-peringkat setiap dua bulan. Tujuannya agar team saya sentiasa ada income.
KULIT PERNAH BREAKOUT TERUK Tagline kami ialah ‘Bahan mewah harga murah’. Ramai sudah tahu kualiti bahannya yang kaya dengan antioksidan. Walaupun bahannya mahal tetapi semua orang mampu beli. Tambahan pula dengan adanya kelulusan daripada KKM itu lebih meyakinkan.
Saya sendiri pun sebenarnya trauma dengan bahan-bahan kimia kerana pernah mengalami masalah kulit wajah yang sangat serius akibat menggunakan produk kosmetik yang salah. Di awal pemakaian kulit wajah memang nampak cantik tetapi cantik yang sementara. Apabila saya berhenti mulalah kulit bermasalah yang sangat kronik. Munculnya jerawat batu yang banyak dan membengkak teruk.
Mujurlah doktor sahkan saya belum sampai tahap kanser kulit. Sampailah saya nekad untuk bertukar kepada produk organik sahaja. Ketika itulah terlintas di fikiran, kalau suatu hari nanti saya hendak buat produk pastikan ia natural.
Niat saya yang pertama ialah membantu orang ramai menjana pendapatan. Kedua, berkongsi manfaat termasuk memberi kesedaran tentang pentingnya menggunakan produk natural berbanding produk yang menjanjikan kesan yang cepat tetapi berisiko seperti kanser kulit.
Memandangkan saya bermula dari bawah maka saya tahu apa permintaan pengguna. Ramai di luar sana yang hendak cantik tetapi tidak mampu. Jadi, saya amalkan konsep biar keuntungan sedikit tetapi berpanjangan. Permintaan sentiasa ada dan produk pun selamat digunakan.
Dari segi testimoni, bukan golongan dewasa sahaja boleh guna bahkan kanak-kanak dan bayi juga sesuai. Contohnya membantu menghilang masalah ekzema atau gatal-gatal yang dialami oleh bayi. Apabila orang pakai dan berkesan syukur alhamdulillah.
SOKONGAN
Suami banyak memberi sokongan kepada saya selama ini. Selain itu, team dan agen-agen juga adalah sahabat saya. Kami memang rapat dan sering berhubung melalui Whatsapp, Live Facebook, group coaching dan Telegram. Masa saya memang banyak di online.
Selepas ini mungkin saya akan kembangkan lagi perniagaan ke pasaran global. Sekarang ini saya sudah pun mempunyai agen di seluruh negeri termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Insya-Allah Januari 2021 kami bakal melancarkan produk baru iaitu set penjagaan kulit 4 dalam 1. Semuanya sudah melalui proses R&D.
Nasihat saya buat wanita-wanita yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan pertamanya niat. Kalau niat nak bantu orang, bantu betul-betul. Seterusnya jangan mudah putus asa. Kalau tiba-tiba rasa down carilah rakan-rakan yang ada dalam positive circle kerana merekalah yang akan memberi semangat kepada kita semula.”
Kredit Foto: Instagram @birdnestbeautyhq
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.