Mengapa senggugut selalu dipandang remeh sedangkan ia boleh memudaratkan kesihatan?

IKLAN

Setiap kali datang bulan, ada saja yang datang mengadu period pain, penyakit orang perempuan yang merimaskan. Sakitnya Tuhan saja yang tahu, menggigil-gigil mengetap gigi!

Jejari yang panik pantas menyuap pain killer atau ‘pil merah jambu’, dengan harapan mimpi ngeri segera berakhir. Tapi benarkah berakhir? Jangan biarkan tubuh badanmu memendam rahsia, senggugut yang tak berkesudahan mungkin petanda awal anda menghidap endometriosis.

Walau dimana anda berada, setiap insan yang bergelar wanita berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini. Ia berupaya menyerangmu dan orang-orang yang dicintai; ibu tersayang, isteri, kakak, teman wanita mahupun sahabat karib, jika seandainya mereka masih di lingkungan usia 12-80 tahun. Bertindaklah, usah biarkan endometriosis merebak dalam senyap di dalam tubuh badan.

Punca Utama

Pernahkah anda memahami tubuh badan sendiri, amnya tentang kejadian ovulasi sehinggalah ketibaan menstruasi? Tahukah anda bahawa purata setiap 28 hari sekali, sejenis tisu bergelar sel endometrium yang tumbuh mengelilingi organ rahim akan berkecai dan gugur dengan campuran darah menjadi haid.

Untuk seketika, cuba bayangkan sejenak, tisu yang seharusnya bertepek dalam dinding rahim, tumbuh dan berdarah di tempat yang salah! Bayangkan lagi darah-darah kotor ini tersekat, tersumbat malah lebih parah lagi ia tidak dapat dinyahkan kerana ‘merantau’ ke kawasan otot dan belakang rahim, luar ovari, saluran Fallopian, parut pembedahan Caesaran, rektum, apendiks atau pundi kencing.

IKLAN

Lebih kronik, ia juga mampu menjadi parasit di organ kulit, paru-paru dan otak. Nah, dapat gambarannya?

Wanita Malaysia rata-ratanya amat konservatif dan enggan membicarakan masalah sakit puan dengan doktor. Hal ini yang mendesak pakar obstetrik dan ginekologi giat menyebarkan kesedaran endometriosis di kalangan wanita tempatan.

IKLAN

Gejala ini boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga dan institusi kekeluargaan, lantaran sikap penghidapnya yang sering mengunci mulut. Perubahan emosi jelas ketara tatkala pesakit menanggung perit; Depresi, kesunyian, cepat membentak malahan keinginan seksual juga mendadak turun akibat azabnya endometriosis.

Tanda-Tanda

Jika anda atau wanita-wanita yang disayangi anda ada menunjukkan tanda di bawah, segeralah dapatkan rawatan ubat dan laparoskopi. Singkirkan masalah sebelum terlambat. Rosmah Idayu Abu Samah

  • Senggugut atau sakit pada bawah perut dan pinggang.
  • Berlaku sebelum datang haid dan berbentuk kesakitan yang amat sangat pada pelvik dan pinggang.
  • Ketidaksuburan dan kemandulan.
  • Sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
  • Ketumbuhan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI