A small leak can sink an entire ship. Itu kata pepatah Inggeris yang amat tepat menerangkan bahayanya caj tersembunyi. Meskipun sedikit, namun jika dikumpulkan boleh membuat wang simpanan susut sekelip mata.

Ya, misteri ‘kehilangan wang’ itu terjawab pabila kita menyemak semula perbelanjaan, yang mana kebanyakan daripadanya lesap kerana membayar caj-caj tersembunyi tanpa disedari.

IKLAN

Caj tersembunyi wujud dalam pelbagai bentuk dan terminologi. Contohnya untuk pembelian kereta, kos yang dikenakan mungkin merangkumi bayaran cukai, pendaftaran, pemeriksaan pra-penghantaran, tambang pengangkutan, insurans atau lain-lain yang disatukan dalam satu harga.

Begitu juga dengan pakej langganan yang ditawarkan oleh para penyedia perkhidmatan, realitinya banyak kos tambahan yang tidak diterangkan dengan jelas hingga mengelirukan pengguna.

Tanpa mengetahui kos sebenar terhadap caj-caj ini, tidak mustahil dompet anda akan lebih kempis sebelum waktunya. Bagi pengguna talian telekomunikasi, kad kredit dan keahlian gimnasium, caj tersembunyi akan mengikat anda melalui apa yang digelar kontrak.

Mahu atau tidak, ada kalanya itu sahaja pilihan yang ada! Begitu juga dengan senarai ‘kebocoran’ di bawah, awasinya demi keselamatan wang kita.

(a) Kadar Faedah Bank Atau Caj Kelewatan

Kelewatan membuat pembayaran mengikut tarikh yang dijanjikan akan membuat anda membayar lebih dari apa yang sepatutnya. Kadar faedah bagi baki kad kredit boleh mencecah ratusan ringgit jika lambat dilangsaikan. Cara terbaik adalah patuh dengan tarikh yang ditetapkan dan bayar penuh bagi mengelakkan caj tambahan.

Tip: Sekiranya anda berdepan masalah untuk melunaskan hutang bank, mengapa tidak memilih kemudahan ‘Pemindahan Baki’ untuk menjimatkan caj faedah? Kebanyakan bank menawarkan faedah 0% untuk kemudahan ini dan anda dapat berjimat banyak dengan membuat sedikit perubahan kecil.

(b) Pembaziran Air & Tenaga Elektrik

Kebanyakan barangan elektronik di rumah masih menggunakan tenaga elektrik walaupun ketika ia tidak digunakan. Aneh tapi itulah realitinya. Penggunaan perkakas yang tidak diselenggarakan dengan baik, tiada fungsi penjimatan tenaga atau digunakan tanpa kawalan turut membuatkan bil mendadak naik. Begitu juga dengan air.

Awas, Perkataan JIMAT Mungkin Helah Semata-Mata! Jangan Biarkan Poket TERUS BOCOR Dengan Info Ini

IKLAN

Tip: Gunakan mentol yang menjimatkan tenaga dan baiki peralatan rosak dengan segera. Pastikan juga sebelum anda meninggalkan rumah, cabut plag perkakas daripada soket dinding untuk mengelakkan kebocoran elektrik.

(c) Kos Penghantaran

Sama ada memesan makanan atau membeli-belah secara online, anda mungkin akan dikenakan caj terhadap kos penghantaran yang tinggi. Sesetengah jenama menawarkan perkhidmatan kos penghantaran percuma tapi kebanyakan yang lainnya masih mengenakan caj kadar rata atau kos pengendalian.

Tip: Seboleh-bolehnya, cuba jimatkan kos penghantaran dengan berkongsi membelinya dengan rakan atau ahli keluarga bagi meringankan beban kos penghantaran.

IKLAN

(d) Botol Air Minuman

Kita sering melihat orang membeli botol air minuman di pasar raya atau kedai serbaneka untuk menghilangkan dahaga. Ia merupakan minuman yang mudah didapati pada harga yang murah. Namun jika terpaksa mengira jumlahnya, anda akan sedar bahawa banyak belanja yang digunakan untuk membeli minuman ini. Sebagai contoh, anggaran sebotol air minuman ialah RM1.50 x 30 hari, bersamaan RM45/bulan. Cuba kira, berapa jumlahnya jika dalam sehari, anda beli lebih dari sebotol air?

Awas, Perkataan JIMAT Mungkin Helah Semata-Mata! Jangan Biarkan Poket TERUS BOCOR Dengan Info Ini

Tip: Untuk menghilangkan dahaga, jadikan tabiat untuk membawa bekal air minuman sendiri dari rumah. Dengan cara ini anda dapat berjimat daripada membelinya di luar.

(e) Tambahan Di Restoran
Ketika mengunjungi restoran, pelayan bertugas tentu sekali mendorong anda untuk menambah pesanan seperti pencuci mulut. Tambahan sebegini akan menyebabkan bil meningkat tanpa disedari. Anda harus sedar bahawa kebanyakan menu di restoran mengenakan caj yang tinggi terhadap minuman, pencuci mulut dan makanan sampingan.

Tip: Pesan minuman yang boleh dikongsi dengan pasangan atau keluarga, pilih kombo hidangan yang lebih menjimatkan serta carilah restoran yang menawarkan pilihan makanan percuma kepada kanak-kanak kerana mereka jarang makan dengan banyak. Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI