Dalam mendidik anak-anak di rumah biasanya tugas itu lebih cenderung kepada ibu atau isteri. Kebanyakan suami ‘melepaskan’ tugas mendidik kepada isteri kerana masanya lebih banyak dihabiskan di tempat kerja. Isteri pula terkenal dengan sifat multi tasking, walaupun turut membantu menjana pendapatan keluarga, berupaya mendidik anak-anak di rumah.

IKLAN
Pendakwah Bebas dan Penceramah Motivasi, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Tetapi, sebenarnya tugas mendidik atau mengasuh anak-anak adalah di atas bahu suami. Betul ke? Ya, seperti yang telah dirungkaikan oleh Pendakwah Bebas dan Penceramah Motivasi, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki;

Gambar hiasan

“Saya terkedu! Bila dapat tahu dalam Al-Quran ada 17 dialog pengasuhan anak-anak. 14 dialog adalah dialog di antara ayah dengan anak, 2 dialog antara ibu dengan anak dan 1 dialog anatara guru dan murid,” coretnya di laman media sosialnya.

Gambar hiasan

Tambah Ustazah Isfadiah lagi, “Boleh bayangkan tak Allah SWT merakamkan lebih banyak dialog ayah dengan anak-anak, adakah ini saja-saja atau kebetulan? Tak mungkin kebetulan kan? Allah Maha Tahu kekuatan dan pengaruh ayah sangat penting dalam keluarga,” kata Pengarah Akademi Keluarga Fitrah ini.

Menurut Ustazah Isfadiah, “Pentingnya dialog seorang Ayah boleh dilihat paling lekeh pun dari 4 aspek ini:

1. Sifat pelindungnya – melahirkan rasa selamat pada anak dan keluarga.
2. Ketegasan Ayah – dengar suara ayah je anak-anak terus tunduk dan patuh.
3. Idea Ayah – walaupun kadang tu gila-gila tapi anak-anak sangat suka ikut sebab adventurous!
4. Kepimpinan ayah – Bila solat ayah akan jadi Imam, baca doa, dihormati oleh setiap ahli keluarga. Kita mesti bangga dengan ayah macam ni.

Gambar hiasan.

Justeru seorang ayah tidak boleh lepas tangan dalam mendidik anak-anak. Ustazah Isfadiah turut menitipkan tip yang boleh digunakan oleh seorang bapa untuk mendidik anak-anaknya.

Ayah! terimakasih sebab setiap hari melayan karenah anak-anak di rumah.

√ Ayah yang jarang melayan anak-anak boleh lah buat jadual setiap hari 15 minit pun cukup untuk layan si cilik di rumah.

√ Ayah yang tak biasa layan anak, apa kata boleh start belajar dan berjinak-jinak dengan gurau-gurau terlebih dulu.

√ Ayah yang tak sempat ambil ilmu ini, para ibu boleh tolong sampaikan.

Gambar hiasan.

“Yang tiada Ayah hanya ada Ibu – jangan sedih, para ulama’ kita kebanyakannya kehilangan ayah semasa masih kecil lagi. Kekuatan Ibu seorang sangat hebat boleh jadi ayah dan ibu buat si cilik,” katanya.