Pelakon jelita yang juga isteri kepada pengacara Nabil Mahir menzahirkan rasa syukur apabila rezekinya semakin mencurah selepas bergelar ibu. Benarlah kata orang anak-anak pembawa rezeki.
Tedahulu, ketika bertemu dalam majlis menandatangani kotrak bersama jenama Itali, Ayda mengakui anak-anak adalahlah salah satu punca rezeki, oleh itu dia dan suami amat bersyukur dan menitikberatkan tentang keselamatan anugerah kurniaan-Nya ini.
Menurut Ayda, sejak bergelar ibu dia hanya menumpang rezeki anak-anak. Pernah menjadi duta kepada beberapa jenama. Ada juga jenama yang dah lama dengan dan mereka memperbaharui kontrak kerana mereka senang bekerjasama dengan saya.
Ads
“Pada awalnya saya risau. Bukan mudah untuk menjalani penggambaran dan sesi fotografi, orang dewasa pun penat, apatah lagi kanak-kanak.”
Demikian kata-kata penyanyi dan pelakon Ayda Jebat ketika diminta mengulas mengenai rezeki anaknya, Ana Nayla yang mula dilamar menjadi duta untuk beberapa jenama.
Menurut Ayda, dia dan suami, pengacara Nabil Mahir meletakkan syarat sekiranya mahu mengambil Nayla menjadi duta.
Ads
“Nayla sudah ada akaun bank sejak usianya enam bulan. Semua bayaran yang diterima Nayla disimpan dalam akaun miliknya. Selain itu, saya dan suami juga memperuntukan bayaran yang kami terima dalam setiap kerja seni dan kerjasama dengan jenama untuk Nayla.
“Nayla bakal menginjak usia tiga tahun pada September ini. Mula-mula memang saya dan suami risau, takut Nayla penat mahu menjalani penggambaran atau sesi fotografi. Namun, saya fikirkan ini rezeki anak dan barangan yang mahu menjalin kolaborasi pun sesuai untuk bayi dan kanak-kanak serta Nayla pun memang menggunakan jenama terbabit.
Ads
“Jadi, kami letakkan syarat jika mahu melakukan sesi penggambaran dan fotografi, mestilah ia dihabiskan secepat mungkin. Syukur, ketika sesi terbabit berlangsung, Nayla memberikan kerjasama yang baik dan dia suka dengan suasana di set penggambaran. Kami memberikan Nayla rehat secukupnya serta memainkan lagu kegemarannya ketika sesi terbabit,” kata Ayda.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.
Perkahwinan mereka diserikan dengan kelahiran puteri sulung, Ana Nayla pada 21 September 2021. Manakala pada 12 Disember 2023, Ayda memaklumkan sudah selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Aali Mateen.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Kagum dengan semangat nenek Mira Filzah yang digelarnya sebagai Opah. Wanita yang berusia umur 81 itu telah menyuntik inspirasi kepada wanita lain bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan sesuatu. Mira Filzah begitu bangga berkongsi foto kek perkahwinannya hasil sentuhan opah tersayang atau nama penuhnya, Yun Abdul Rahman.
Mira Filzah bersama opah kesayangannya, Yun Abdul Rahman. Foto: Instagram @mfmirafilzah
Dikhabarkan opah Mira Filzah telah pun ‘bersara’ daripada membuat kek tetapi telah mengambil inisiatif untuk membuat 2 jenis kek bagi meraikan hari bahagia Mira Filzah bersama suaminya, Wan Emir Astar yang merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.
Cantiknya kek perkahwinan MIra Filzah yang dibuat sendiri oleh opahnya yang sudah berusia 81 tahun. Foto: Instagram @mfmirafilzahKek berbentuk Tepak Sireh kebanggaan orang negeri Perak hasil sentuhan opah Mira Filzah. Foto: Instagram @mfmirafilzah
Baru-baru ini Mira Filzah telah berkongsi aktiviti hujung minggunya dengan belajar membuat kek. Seronok melihat Mira Filzah mengadun Kek Pandan Gula Anau dan membuat sendiri dekorasi kek yang telah dipelajarinya. Mesti sedapnya rasanya, kan? Tentu suami tersayang beri pujian yang melambung.
Nampaknya kecintaan Mira Filzah terhadap makanan mengiyakan perkongsian yang telah diucapkan oleh ibunya di majlis resepsi keduanya. Majlis resepsi kedua ini mencuri perhatian apabila tampil cantik dalam persalinan baby blue rekaan pereka fesyen The Rico Rinaldi. Kongsi ibu Mira Filzah, “Mira memang suka makan tapi dia control makan,”. Selalu juga tengok perkongsian Mira Filzah ‘membakar’ kalori di media sosialnya.
Majlis perkahwinan Mira Filzah masih lagi menjadi bualan dan pelakon terkenal ini memilih pereka terkenal RizmanRuzaini, FiziWoo dan Rico Rinaldi sebagai pereka fesyen pilihannya. RizmanRuzaini mengambil masa 200 jam untuk menyiapkan busana pernikahan, FiziWoo pula mengambil masa selama 500 jam untuk majlis resepsi pertama, The Rico Rinaldi pula mengambil masa 130 jam untuk resepsi kedua. Maka jumlah keseluruhan untuk menyiapkan wedding of the year ini ialah 830 JAM.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ruang minimalis tampak menarik dan selesa jika ia dihias dengan betul. Salah satu cara untuk mencantikkan lagi ruang minimalis ialah menggunakan kertas dinding yang ditampal pada dinding ruang tamu. Terdapat pelbagai jenis dan motif kertas dinding di pasaran. Berikut beberapa tip memilih kertas dinding bagi ruang tamu minimalis.
WARNA
Warna lembut memberikan aksen interior mendamaikan. Pilih warna-warna yang serasi dengan warna lain, atau warna sepadan dengan warna perabot. Kertas dinding juga perlu serasi dengan siling dan dinding bukannya menjadi pemisah.
GABUNGAN SENI
Seni menghias dinding dengan ‘kertas’ melibatkan pola, skema warna, kordinasi, tema, gaya serta aliran rekaan.
PROJEK KECIL
Mulakan dengan aktiviti atau projek kecil dahulu. Anda boleh bertanya kepada pembantu kedai kelengkapan dekorasi bagi memastikan anda telah membeli dan mempunyai semua kelengkapan diperlukan untuk memasang kertas dinding. Jika masih ada kertas dinding lama yang masih melekat, anda perlu mengupasnya terlebih dulu menggunakan cairan atau bahan kimia tertentu.
KEKEMASAN
Kerja-kerja mengupas kertas dinding lama dengan menggunakan cecair atau bahan kimia tertentu bukanlah semudah disangkakan dan perlu berhati-hati. Lihat juga ketika anda melumurkan bahan pelekat kertas dinding, pastikan lapisan kertas berada pada posisi yang rapi dan lurus. Ketika kertas dinding dilekatkan, segera bersihkan sisa-sisa bagi mencegah kertas dinding kotor.
RUANG PRIVASI
Contohnya bilik tidur atau bilik mandi anda bebas mendekorasi kertas dinding serta memilih pola paling digemari. Pilih warna kertas dinding bagi menghasilkan dekorasi ruang yang unik seterusnya sesuai dengan idea dan keinginan anda.
FLORA & GEOMETRI
Hasilkan penampilan yang ceria namun sederhana tanpa terlalu menonjolkan pola dan warna. Pastikan motif pilihan tidak terlalu berlebihan khususnya untuk ruang ramu berkonsep minimalis. Motif lain yang sesuai bagi ruang tamu minimalis ialah garisan. Motif ini sangat sederhana dan jika anda menggunakan kertas dinding dengan motif penuh bagi seluruh dinding pilihlah kertas dengan motif berukuran kecil-kecil sama ada bunga-bungaan atau abstrak dan geometri.
PEMASANGAN
Jika anda ingin menggunakan kertas dinding bermotif garisan, sebaiknya tidak diaplikasikan secara penuh di semua sisi dinding. Memadai dengan memasangnya di salah satu dinding sebagai fokus. Kertas dinding seperti ini sesuai digunakan sebagai aksen. Jika ingin menggunakan motif di seluruh sisi dinding, pilihlah kertas dinding dengan warna terang serta motif yang tidak terlalu banyak.
KEYAKINAN
Aktiviti mendekorasi dinding ruang tamu atau dinding bilik tidur dengan kertas dinding tidak boleh dilakukan ala kadar. Ia perlu menitikberatkan tentang pola kertas dinding dan cara memasang agar tahan lebih lama.
AMBIL KIRA KOS
Ketika terpasangnya kertas dinding ia tidak boleh lagi diganti mahupun dicabut dengan mudah. Maka sebab itulah penjagaannya sangat penting untuk dititikberatkan memandangkan ia hendak digunakan dalam tempoh lama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Supermodel terkenal dunia, Naomi Campbell kini bergelar doktor falsafah apabila beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah University for the Creative Arts (UCA) di atas sumbangannya dalam bidang fesyen secara global. Selain itu, beliau juga merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang menjadikan fesyen sebagai medium untuk membantu golongan yang memerlukan.
Tidak lengkap jika tidak melihat busana yang digayakan oleh supermodel terkenal ini tatkala menghadiri majlis graduasi tersebut. Dr Naomi hadir di majlis penuh bermakna itu ditemani ibu tercinta, Valerie Morris-Campbell, Dr Naomi memilih menggayakan persalinan jumsuit jenama Burberry rona coklat pastel sambil rambutnya dibiarkan ringkas.
Dr Naomi Campbell telah menerima Ijazah Kehormat tersebut pada Julai tahun lalu di mana majlis tersebut telah berlangsung di Royal Festival Hall London sambil disaksikan ratusan pelajar dalam bidang fesyen, grafik dan perniagaan kreatif.
Turut berpeluang menyampaikan ucapan di majlis tersebut, supermodel yang berusia 52 tahun ini meletakkan industri fesyen bukan sahaja sebagai pekerjaan untuk dirinya, malah ia merupakan minat yang mendalam dalam dirinya.
“Ini adalah satu pengiktirafan buat diri saya kerana saya bermula dalam industri ini ketika berusia 15 tahun dan saya tidak pernah berhenti sejak empat dekad yang lalu.”
Foto: Instagram @naomi
Untuk rekod, hampir 40 tahun berada dalam industri fesyen, Dr Naomi Campbell sering menjadi wajah yang banyak mengubah lanskap industri fesyen terutamanya dalam memperjuangkan fesyen bukan berlandaskan warna kulit dalam industri tersebut.
Tidak dinafikan, sepanjang penglibatan Dr Naomi Campbell dalam industri fesyen, beliau mendedikasikan seluruh hidupnya untuk mengubah dunia fesyen menjadi lebih baik dengan mencabar industri untuk menguatkuasakan iklusiviti di pentas peragaan dan seterusnya menjadikan ia sebagai satu tempat kepelbagaian, penuh penerimaan yang positif dan kecantikan.
Sempat menitipkan pesanan untuk generasi muda yang terlibat dalam industri fesyen agar jangan membiarkan sesiapa mengubah apa yang anda rasa, mengubah perjalanan visi dan apa yang diingini untuk diri sendiri.
Naomi Campbell mempunyai seorang cahaya mata pada usia 50 tahun. Model asal Britain itu mula memikirkan tentang kehidupannya pada masa hadapan sehingga membuatkan dia teringin untuk memiliki sebuah keluarga bahagia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.