Lewat fasa kehamilan pertama ini, kelibat selebriti popular Mira Filzah jarang kelihatan di mana-mana. Selain komitmen sebagai duta Ariani, Coway, Safi, Vivo dan beberapa jenama lagi, beliau hanya sekadar mengemaskini media sosial berkaitan kerja.

Kesempatan bertemu Mira Filzah sempena debut NADA X Fuzana Mokhtaza menjawab teka-teki ‘aktivitinya’ selama ini. Pada usia kehamilan 8 bulan, wanita jelita ini nampak makin berseri-seri. Terserlah aura keibuan!

IKLAN

“Dari awal trimester lagi, Mira jarang keluar sebenarnya. Event ini pun boleh dikatakan kali pertama Mira hadiri jemputan sepanjang tempoh mengandung.

Salah satu sebabnya, ibu hamil tergolong dalam kategori berisiko tinggi. Mira cuba hadkan aktiviti atau close contact dengan orang lain.

Tapi sebab Nurin Afiqah sangat baik dengan Mira dan pernah sebelum ini beberapa kali terpaksa menolak jemputan beliau, jadi hari ini Mira datang untuk bagi sokongan.” Mira Filzah

 

KEHAMILAN

Selain menghitung hari menuju bulan Ramadan, bagi Mira Filzah, beliau juga menunggu hari melahirkan. Dengan kandungan yang semakin membesar, kondisi beliau saat ini membolehkan dirinya menikmati keringanan untuk tidak berpuasa.

Bertanya soal berpuasa, Mira Filzah dengan yakin berhasrat untuk cuba berpuasa dahulu, Beliau mengakui banyak bertanya kepada ramai orang untuk mendapatkan pandangan.

“Ada yang kata okay dan ada yang sebaliknya. Lain orang, lain badan dan lain caranya. Tapi insya-Allah Mira akan cuba berpuasa kalau larat, bergantung kesihatan dan kandungan Mira.” Mira Filzah

Baby Ramadan Ke Syawal? Kandungan Cecah 8 Bulan, Mira Filzah Bakal Bersalin Tak Lama Lagi

 

IKLAN

Baby Ramadan Ke Syawal? Kandungan Cecah 8 Bulan, Mira Filzah Bakal Bersalin Tak Lama Lagi

 

Melangsungkan pernikahan pada 2 September 2020, pasangan merpati dua sejoli ini sama-sama melalui pengalaman pertama sebagai parents-to-be.

Tambah Mira, suami kesayangan iaitu Wan Emir Astar sangat banyak membantu melalui saat kehamilan ini bersama-sama.

“Masuk trimester ketiga ni, dia rajin juga gosok-gosok belakang, urut-urut sikit. He always be there for me.”

IKLAN

 

HARI RAYA

Dijangka bakal bersalin pada awal Mei nanti, terdetik soalan cepumas – agaknya sempat ke Mira berhari raya? Almaklum, ibu dalam pantang tak dapat jamah lemang dan rendang!

“Dari segi persiapan, tak ada sangat. Mira pun tak yakin sama ada dapat bersalin sebelum atau selepas raya. Harapnya selepaslah, sebab saya nak makan rendang!

At least dapat bersalin dua tiga hari lepas 1 Syawal pun okey, sebab makan-makan raya kan biasanya pada hari pertama (ketawa).

Dari segi perancangan lain, Mira buat photoshoot keluarga awal sikit untuk kenangan. Takut nanti entah apa rupa saya lepas raya (ketawa).” Mira Filzah

Mengakhiri pertemuan, Mira turut menyatakan rancangannya untuk menjalani proses berpantang di rumah ibu bapa. Didoakan semoga bintang popular ini selamat menjalani ibadah puasa dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan mulia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI