Fabrik memainkan peranan penting untuk memastikan pakaian yang dipilih selesa saat ia dipakai. Tambah-tambah lagi di musim panas. Pemilihan fabrik yang tepat perlu ditiitikberatkan agar anda berasa selesa sepanjang hari.
IKLAN
Ada di antara kita mengalami dehydration yang teruk kerana cuaca yang terlalu panas, jadi bagaimana untuk kurangkan masalah dehydration ni? salah satu cara ialah dengan pemilihan material fabrik yang betul dan sesuai untuk dipakai. Nak tahu fabrik apa yang dimaksudkan? Jom Nona kongsikan 5 fabrik yang paling tepat!
FABRIK COTTON
Fabrik mesra pengguna dan sesuai dengan pelbagai jenis iklim iaitu Cotton Fabric/Kain Kapas. Pada musim panas kain kapas ni mampu menyejukkan badan dan menyerap peluh dengan mudah dan ia memberikan rasa hangat jika dipakai pada musim sejuk.
FABRIK SUTERA
Kain sutera dikenali sebagai kain semula jadi yang paling kuat di dunia. Terkenal dengan kelembutan, berkilau, cantik dan berpenampilan mewah, kain sutera adalah salah satu gred fabrik yang tinggi memberikan keselesaan kepada si pemakai dalam semua jenis cuaca. Menyejukkan tubuh pada musim panas dan menghangatkan di musim sejuk.
IKLAN
SIFON
Rasanya ramai yang kenal kan dengan fabrik jenis chiffon ini. Kebanyakannya digunakan untuk gaun pengantin dan baju kurung moden serta juga muncul dalam pakaian malam, gaun prom, dan tudung. Sifon ni sangat selesa dan tak panas sebab kainnya yang nipis. Sifon boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti sutera, poliester, atau rayon.
IKLAN
AKRILIK
Kain akrilik juga boleh dirujuk sebagai bulu tiruan. Kegunaan utama kain akrilik adalah sebagai t-shirt. Kain akrilik ini terkenal dengan memberi keselesaan buat si pemakai. Akrilik juga tidak pudar dalam tempoh yang lama.
FABRIK CREPE
Sejenis kain yang nipis dan lembut dengan permukaan yang bergerutu, ia mudah digosok dan tidak mudah berkedut. Kain crepe ini bersifat jatuh , senang untuk dibentuk, selesa dan tidak panas. Tidak peliklah ramai yang memilih fabrik ini untuk dijadikan baju.
Bawal atau square scarf memang menjadi pilihan kebanyakan wanita muslimah masa kini. Tidak terkecuali, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Selain mudah dan cepat digayakan, pemakaian tudung bawal menyerlahkan lagi keanggunan wanita. Pendek kata, gaya hijab ini memang tengah in lah sekarang! Sampaikan golongan VVIP pun suka.
Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi mahupun santai, Tunku Azizah dilihat selesa memakai tudung bawal sebagai gaya harian. Daripada material cotton, chiffon, satin, bercorak mahupun polos.. semuanya ada dalam koleksi Tunku Azizah.
Mengenali peribadi Tunku Azizah.. baginda bukan hanya gemar memasak bahkan cukup prihatin dengan isu masyarakat terutamanya apabila melibatkan golongan susah dan kesuburan wanita. Disebabkan itu, Tunku Azizah berkenan menjadi Pengasas Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Tunku Azizah merupakan puteri ketiga kepada pasangan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail bersama isterinya Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah. Kekanda lelakinya ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Pasangan Diraja ini juga dikurniakan empat orang putera dan lima orang puteri iaitu Tengku Amir Nasser; Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah; Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
15 Januari lepas, Istiadat Pertabalan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang keenam diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Dan esok… 30 Julai bukan hanya merupakan tarikh berlangsungnya Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 tetapi juga ia sebenarnya tanggal keputeraan baginda yang ke-60.
Kredit foto: Instagram Love Tengku Puan Pahang / Istana Negara / Malaysia Royal Family
Untuk berjaya di dalam dunia perniagaan fesyen bukanlah semudah yang disangka. Pelbagai rintangan dan halangan perlu ditempuhi untuk menjadikan sesebuah jenama tersebut mendapat perhatian ramai. Seperti duo pereka ini yang bersatu di bawah lembayung nama Amazé, mereka bermula dari bawah dan setelah hampir empat tahun beroperasi, kini mereka mula menjadi pilihan golongan kenamaan, kerabat diraja dan juga pencinta fesyen tanah air.
BAGAIMANA ANDA BERDUA BOLEH BEKECIMPUNG DI DALAM DUNIA PERNIAGAAN FESYEN? Kami sebenarnya kenal ketika masih belajar di UiTM Shah Alam dan selepas masing-masing tamat pengajian, Amar bekerja di butik Altelia Amani manakala Zeed pula bekerja di butik Azamoff. Selepas menimba pengalaman dan belajar bagaimana mengendalikan bisnes fesyen kami berdua mula berfikir untuk bekerjasama dan membentuk satu jenama. Maka lahirlah Amazé yang merupakan gabungan nama kami berdua.
APAKAH ESTETIK FESYEN AMAZE? Boleh dikatakan mewah bertemu moden. Pembuatan busana di Amazé sangat intricate dengan setiap perincian diberikan perhatian mendalam. Kami juga banyak bermain dengan perincian yang menarik seperti lace dan juga manik. Satu kelebihan bagi jenama ini kami menerapkan elemen ‘tambour beading’ yang mana setiap jahitan manik dan labuci dilakukan sendiri oleh pekerja kami. Jadi pelanggan yang mengenakan busana Amazé tidak akan sama antara satu sama lain. Masing-masing akan mendapat corak perincian yang berbeza.
SIAPAKAH IKON/JENAMA FESYEN YANG ANDA SANJUNGI? Semestinya Valentino. Kami sangat suka rekaannya yang cukup mewah namun moden dalam masa yang sama. Jenama ini tidak terlalu mencuba untuk kelihatan current, mereka kekal dengan DNA jenama yang dikenali ramai.
Menjadikan Client Tampil Cantik Dan Berseri Dalam Rekaan AMAZE Merupakan Azimat Yang Dipegang Duo Pereka Ini
KINI SESIAPA SAHAJA BOLEH MEMBUKA BISNES FESYEN WALAUPUN TIADA PENGALAMAN MAHUPUN PENDIDIKAN TENTANG FESYEN. APAKAH PENDAPAT ANDA MENGENAI ISU INI? Mula-mula kalau hendak difikirkan memang agak menjengkelkan kerana terlalu banyak individu yang secara tiba-tiba menggelar diri mereka pereka fesyen biarpun tidak memiliki pendidikan dalam bidang fesyen apatah lagi untuk memotong dan menjahit sendiri sehelai busana. Mungkin mereka memiliki kuasa wang yang banyak jadi untuk menubuhkan sesebuah jenama bukan satu masalah, hanya upah sahaja orang. Namun tidak perlulah kita menjadi negatif, kami ambil perkara dari sudut positif. Mungkin kehadiran mereka ini memeriahkan industri dan menjadikan pereka fesyen lain lebih bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk berjaya. Kita bersaing secara sihat.
APAKAH NASIHAT ANDA KEPADA MEREKA YANG BARU BERJINAK-JINAK DI DALAM BIDANG INI? Sebaik sahaja tamat belajar, jangan terburu-buru untuk memiliki jenama sendiri. Tetapi bekerja dahulu dengan pereka-pereka fesyen yang lebih senior ataupun butik-butik untuk mencedok pengalaman. Pengalaman bekerja dengan orang lain sebelum ini bukan sahaja mengajar kami bagaimana untuk bekerja dengan sistematik bahkan ia merangkumi bagaimana untuk menguruskan pasukan yang menghasilkan baju serta bagaimana untuk berkomunikasi dan melayan pelanggan. Ini adalah ilmu-ilmu yang kita tidak boleh timba di universiti, hanya di alam pekerjaan sahaja.
Kekemasan Jahitan Dan Juga Perincian Mewah Menjadi Signatur Kepada Jenama AMAZE
BERBALIK KEPADA JENAMA AMAZE, APAKAH PERANAN ANDA BERDUA SECARA SPESIFIK MEMANDANGKAN ANDA BERDUA MERUPAKAN PEREKA FESYEN?Kami membahagi-bahagikan tugas mengikut kepakaran masing-masing. Zeed lebih kepada bahagian rekaan dan kreatif seperti menyiapkan perincian-perincian busana manakala Amar pula menjaga bahagian penghasilan busana. Kami bekerjasama dengan baik, sebagai contoh apabila menerima sesuatu tempahan busana Zeed akan membuat lakaran paten baju dan Amar pula akan memotongnya. Dalam mencari klien kami masing-masing bertanggungjawab, ada yang menghubungi Amar dan ada yang menghubungi Zeed, jadi kami akan menjaga klien masing-masing dan apabila sesi konsultasi selesai barulah kami akan duduk bersama dan berbincang bagaimana boleh menjadikan rekaan tersebut lebih istimewa dan menarik untuk klien lihat.
LIMA TAHUN AKAN DATANG DIMANAKAH JENAMA INI AKAN BERADA? Dalam masa lima tahun kami ingin mengukuhkan jenama ini dengan memiliki koleksi bridal ready to wear di samping mengukuhkan bisnes made to measure. Setiap satunya akan diberi perhatian dengan teliti agar jenama ini mampu berdiri hebat dengan jenama-jenama fesyen popular yang lain. Jika mahu melihat hasil kerja kami dengan lebih dekat, ikuti kami di laman instagram @amazecreations
Wanita yang mempunyai badan yang gempal seringkali merasa kurang yakin dengan penampilan diri. Ia dipandang sebagai masalah kerana bentuk tubuh gempal menyukarkan untuk memilih baju yang sesuai dan sempurna.
Namun, terdapat cara yang mudah untuk mereka yang mempunyai badan gempal terlihat langsing. Jom Nona kongsikan tip mudah untuk memilih baju bagi anda yang berbadan gempal!
(a) MEMILIH PAKAIAN SATU WARNA
Penggunaan pakaian satu warna dapat membuatkan tubuh anda terlihat lebih panjang dan langsing. Ia dapat membuat pandangan tidak fokus pada salah satu bahagian tubuh. Anda dinasihatkan untuk memilih pakaian berona navy blue, hitam, ungu gelap dan merah gelap. Hindari dari memakai pakaian yang berkilat.
(b) PAKAIAN BERMOTIF KECIL
Untuk kelihatan langsing, pilih pakaian dengan motif yang lebih kecil. Motif kecil pada pakaian dapat mempengaruhi mata dan menciptakan siluet tubuh lebih kecil. Pakaian bermotif besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Anda juga boleh memilih pakaian bermotif dengan rona yang lebih gelap.
(c) TONJOLKAN PINGGANG
Anda digalakkan memilih pakaian yang menonjolkan bentuk pinggang seperti pakaian ala 50-an yang agak ketat di bahagian pinggang dan dada. Selain itu, elakkan dari memaki skirt yang melebihi paras lutu agar kaki terlihat lebih jinjang dan panjang.
(d) GARIS VERTIKAL
Pakaian yang mempunyai corik garis vertikal memberikan ilusi tubuh yang lebih panjang dan langsing. Garis vertikal yang tipis adalah pilihan yang baik untuk mendapatlan ilusi langsing yang cukup nyata. Elakkan dari memakai pakaian dengan motif horizontal kerana dapat memberi kesan lebar buat tubuh anda.
(e) PENGGUNAAN TALI PINGGANG
Gunakan tali pinggang yang kecil dan agak tebal untuk terlihat langsing. Pemilihan rona pada tali pinggang juga amat penting kerana mempengaruhi biasan bentuk tubuh anda. Anda boleh memilih tali pinggang dengan rona pastel dan senada dengan pakaian yang telah dipilih.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...