Dalam dunia fesyen, nama pereka terkenal Vera Wang sudah sebati dengan persalinan gaun perkahwinan yang anggun, menawan lagi indah. Kini, pereka berusia 73 tahun itu mengukir personanya dalam sejarah permaidani merah dengan penampilannya yang sangat muda pada majlis anugerah BAFTA membuatkan ramai yang tertarik dengan penampilannya.
Foto by ISABEL INFANTES / AFP
Bayangkan, di usia 74 tahun Vera Wang tampil anggun persis gadis remaja dengan persalinan gaun putih melepas bahu mempamerkan susuk tubuhnya yang menakjubkan, membuatkan ramai yang kagum bagaimana Vera kekal sihat, cantik dan langsing di usianya itu.
Kredit foto: Doug Peters/EMPICS/Alamy Live News
Jadi apa rahsianya? Menurut sumber Brightside.me, Vera Wang dikenali sebagai seorang yang sangat bersederhana dari setiap segi termasuk rutin kecantikannya. Namun salah satu tip sihat dan cantik yang dikongsinya ialah mandi sekerap mungkin serta guna dan sapukan baby oil pada kulit bagi merenggang dan menenangkan kulit.
Ads
Di samping itu, Vera akan memastikan dia menggunakan krim SPF tatkala bila berada di untuk melembapkan kulit. Selain itu, Vera kekal aktif dengan perkara yang bermain golf atau menunggang basikal.
Ads
Padanlah Vera Wang tampak macam gadis seusia 30an!
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibarat munculnya pelangi selepas hujan. Suatu ketika dahulu Maia Estianty pernah diuji hebat apabila rumah tangganya ‘hancur’ dan hidup dalam kesulitan kerana berjauhan daripada tiga anak kesayangan. Bertahun-tahun figura ini mengumpul kekuatan untuk bangkit dan akhirnya menemui kebahagiaan.
Maia Estianty merupakan bekas anggota Kumpulan Ratu bersama Mulan Jameela sekitar tahun 2005. Dia pernah menjadi bualan ramai menerusi lagu hit Teman Tapi Mesra sebelum kisah penceraiannya bersama Ahmad Dhani tersebar luas.
Sah berpisah dengan vokalis kumpulan Dewa itu pada tahun 2008, Maia diulit bahagia sampai sekarang setelah sah bernikah dengan usahawan ternama Indonesia, Irwan Mussry.
Dia kembali menjadi isteri pada tanggal 29 Oktober 2018 selepas dilaporkan mengambil masa selama 10 tahun untuk ‘pulih’ daripada penceraian.
Tahun ini genap tujuh tahun pasangan romantis berkenaan menyambut ulang tahun perkahwinan. Gembira dan syukur atas kurniaan seorang sosok suami yang baik, Maia menerusi media sosial menitipkan ucapan penghargaan buat lelaki kesayangannya.
“7 tahun cinta, 7 tahun tawa, 7 tahun belajar menjadi satu jiwa. Bukan kesempurnaan yang membuat kita tetap bertahan, tapi kasih yang selalu pulang pada tempat yang sama iaitu kamu. Happy Anniversary my love. You are best of the best.”
Maia dan Irwan Mussry diijab kabul di Masjid Tokyo Camii sambil disaksikan ketiga-tiga anak lelakinya hasil perkongsian hidup dengan Ahmad Dhani.
Pada hari bahagia itu, kedua-dua ibu bapa Maia iaitu Harjono Sigit dan Kusthini hadir memberikan restu. Malah personaliti ini mendedahkan bapa tersayang tidak dapat menahan sebak ketika majlis berkenaan.
“Pada saat ijab kabul, tangisan ayahku sebelum selesai membaca bacaan ijab, pecah seada-adanya sampai kira-kira 10 minit, sehingga proses ijab kabul harus diulang oleh ayah yang akhirnya tenang.
Aku pikir ayahku adalah lelaki terkuat yang pernah ada, karena aku tidak pernah melihat beliau menangis, ternyata mengantar melepas anak perempuannya, beliau tidak sanggup menahan tangis harunya, diikuti kemudian tangisan ibuku dan ketiga anakku serta saudara-saudara yang datang.”
Maia berpisah dengan Ahmad Dhani selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan terdahulu, Maia dikurniakan Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaludin dan Abdul Qodir Jaelani.
Meniti usia 49 tahun, Maia Estianty yang juga seorang penerbit gemar beriadah dan bercuti bersama suami ke luar negara. Lebih bermakna, suami menerima dan menganggap ketiga-tiga anak Maia seperti anak sendiri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Chempaka Emalin Pahamin seorang wanita yang ringkas namun memiliki karisma tersendiri. Meskipun bergelar isteri selebriti popular dan lahir dalam kalangan keluarga ternama, Chempaka cukup low profile. Jarang kisah mengenai dirinya dikongsikan kepada umum.
Pun begitu, apabila sebut sahaja nama Chempaka pasti ramai yang terkenang wajah kacak suaminya iaitu Azhar Sulaiman. Pelakon era 90an ini pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Abang 92.
Berbakat sebagai pelakon, aktor ini juga mempunyai kelulusan akademik dalam bidang seni bina dan bergelar arkitek.
Di sebalik kejayaan Azhar, ada seorang wanita bergelar isteri yang sentiasa menyokong minat dan kerjaya suami. Difahamkan usia perkahwinan Azhar dan Chempaka mencecah 28 tahun.
Mesra menyapa isteri dengan gelaran Maling, Azhar bertuah dikurniakan isteri yang bukan hanya ‘humble’ dan bijak tetapi juga cukup menjaga nama baik suami.
Mengenali Chempaka, ibu hebat yang meniti usia 52 tahun ini ialah anak sulung kepada Allahyarham Datuk Pahamin A Rajab dan Datin Zainab Mohamad.
Bapanya merupakan pengasas bersama AirAsia Berhad dan pernah berkhidmat dalam kementerian serta agensi kerajaan lebih 30 tahun.
Sebelum ini bapa Chempaka menggalas tugas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.
Meskipun berasal dari keluarga ternama, Chempaka seorang wanita ringkas dan selesa tidak dibayangi hidup glamor memandangkan suaminya berstatus selebriti. Aktif menyertai Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Chempaka dilantik sebagai Chair of Asia Pacific Regional Committee.
Bukan itu saja, Azhar sebelum ini turut pernah mendedahkan isterinya ialah seorang peguam.
Malah keluarga Chempaka Emalin Pahamin juga memiliki fima guaman berdaftar dengan Majlis Peguam Malaysia dikenali sebagai Pahamin & Pahamin.
Wanita bijak ini juga ibu kepada tiga anak iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin. Mewarisi gen bijak Azhar dan Chempaka, ketiga-tiga cahaya mata pasangan ini menjadi tumpuan masyarakat kerana meraih keputusan akademik cemerlang.
Anak sulung mereka, Kasih Leia Ixora ialah graduan dari University of Notthingham. Sementara anak kembar, Kasih Iris Leona dan Andika Rees pula sambung pengajian di luar negara. Julai lepas, Rees selesai menamatkan pengajian di Solent University di England.
Inilah yang dinamakan relationship goal! Walau macam mana susah dan lamanya tinggalkan bidang yang diminati, tapi dengan berkat sokongan suami akhirnya Leuniey Natasha dapat kembali mengejar impian bergelar usahawan kosmetik. Mula memiliki rangkaian set kecantikan pada tahun 2013, Kaylena Beaute kini diberi nafas baru yang pasti memenuhi cita rasa wanita zaman sekarang.
Sekitar penghujung Januari lalu, isteri Khairul Fahmi Che Mat ini melancarkan produk penjagaan wajah terbaharu iaitu Dewme by Kaylena yang juga serum wajah. Uniknya, produk ini turut berfungsi sebagai make up primer yang menyerlahkan lagi solekan dengan efek lebih sekata dan glowing. Hebat tu!
Teruja dengan ‘kelahiran’ tersebut, Leuniey menjelaskan … “After 2 years Leuniey dan Apex akhirnya ambil keputusan untuk start balik buat bisnes. Dah 2 tahun Leuniey terperap je kat rumah dan dok buat bisnes ala kadar je memang otak ni dah ‘freeze’ sangat dah sampailah akhir tahun lepas.
Bila suami isteri saling membantu sama-sama bekerja keras inshaAllah lagi murah rezeki. Yang penting sama-sama support jangan tinggalkan kat tengah-tengah jalan.”
Menceritakan kembali perjalanan bisnes Kaylena Beaute, Leuniey pada mulanya berhasrat untuk menamakan perniagaan tersebut dengan label Kayla Beaute. Sayangnya, label berkenaan ‘bertindih’ dengan jenama besar Kayla Beverly pada tahun 2013.
Menghasilkan set kecantikan wajah dengan jumlah minimum pada awalnya… bagaimanapun Leuniey tak menyangka produk yang diusahakan mendapat permintaan tinggi. “We start for 10-20 sets for first week and alhamdulillah growing to 50-200 sets every week. Lebih kurang dalam 1-2 bulan kita gunakan nama Kayla Beaute and we sell almost 2000 sets. Nak dijadikan cerita, masa ni memang rezeki baby first, Leuniey sarat mengandungkan Kayla Elayna 8-9 bulan.
Leuniey sendiri balas whatsapp order, packing parcel all the time dan ada juga masa Apex free dia tolong Leuniey sambil dibantu maid kami. Kebanyakan Leuniey buat sendiri sebab tak nak apa-apa tertinggal nak semua customer puas hati.
Masa tu Leuniey hanya jual sekadar minat. Disebabkan Leuniey pakai skin care ni dan sangat bagus and nak share kepada ramai. Tetapi alhamdulillah ramai yang percaya akan produk Leuniey dan ambil keputusan untuk pergi lebih jauh dalam bidang ni.”
Alahai, untungnya Apex dapat isteri yang cantik, berdikari dan pandai berniaga. Sebelum ini pun Leuniey turut menawarkan khidmat solekan. Pendek kata, ibu kepada tiga anak ini memang tak boleh duduk diam. Ada saja yang hendak dibuatnya dan yang pasti, semangat macam inilah yang ramai wanita inginkan. Tahniah Leuniey!
Kredit: Instagram Leuniey Natasha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MasyaAllah, lunak suara Afiqah Jalil yang merupakan anak kepada selebriti veteran iaitu Jalil Hamid. Ternyata Afiqah atau lebih dikenali sebagai Iqa bertuah kerana mewarisi bakat ayahanda tersayang dalam bidang muzik. Dah namanya anak kepada penyanyi, pasti darah seni mengalir deras dalam diri wanita ini.