Inilah yang dinamakan relationship goal! Walau macam mana susah dan lamanya tinggalkan bidang yang diminati, tapi dengan berkat sokongan suami akhirnya Leuniey Natasha dapat kembali mengejar impian bergelar usahawan kosmetik. Mula memiliki rangkaian set kecantikan pada tahun 2013, Kaylena Beaute kini diberi nafas baru yang pasti memenuhi cita rasa wanita zaman sekarang.
Sekitar penghujung Januari lalu, isteri Khairul Fahmi Che Mat ini melancarkan produk penjagaan wajah terbaharu iaitu Dewme by Kaylena yang juga serum wajah. Uniknya, produk ini turut berfungsi sebagai make up primer yang menyerlahkan lagi solekan dengan efek lebih sekata dan glowing. Hebat tu!
Teruja dengan ‘kelahiran’ tersebut, Leuniey menjelaskan … “After 2 years Leuniey dan Apex akhirnya ambil keputusan untuk start balik buat bisnes. Dah 2 tahun Leuniey terperap je kat rumah dan dok buat bisnes ala kadar je memang otak ni dah ‘freeze’ sangat dah sampailah akhir tahun lepas.
Bila suami isteri saling membantu sama-sama bekerja keras inshaAllah lagi murah rezeki. Yang penting sama-sama support jangan tinggalkan kat tengah-tengah jalan.”
Menceritakan kembali perjalanan bisnes Kaylena Beaute, Leuniey pada mulanya berhasrat untuk menamakan perniagaan tersebut dengan label Kayla Beaute. Sayangnya, label berkenaan ‘bertindih’ dengan jenama besar Kayla Beverly pada tahun 2013.
Menghasilkan set kecantikan wajah dengan jumlah minimum pada awalnya… bagaimanapun Leuniey tak menyangka produk yang diusahakan mendapat permintaan tinggi. “We start for 10-20 sets for first week and alhamdulillah growing to 50-200 sets every week. Lebih kurang dalam 1-2 bulan kita gunakan nama Kayla Beaute and we sell almost 2000 sets. Nak dijadikan cerita, masa ni memang rezeki baby first, Leuniey sarat mengandungkan Kayla Elayna 8-9 bulan.
Leuniey sendiri balas whatsapp order, packing parcel all the time dan ada juga masa Apex free dia tolong Leuniey sambil dibantu maid kami. Kebanyakan Leuniey buat sendiri sebab tak nak apa-apa tertinggal nak semua customer puas hati.
Masa tu Leuniey hanya jual sekadar minat. Disebabkan Leuniey pakai skin care ni dan sangat bagus and nak share kepada ramai. Tetapi alhamdulillah ramai yang percaya akan produk Leuniey dan ambil keputusan untuk pergi lebih jauh dalam bidang ni.”
Alahai, untungnya Apex dapat isteri yang cantik, berdikari dan pandai berniaga. Sebelum ini pun Leuniey turut menawarkan khidmat solekan. Pendek kata, ibu kepada tiga anak ini memang tak boleh duduk diam. Ada saja yang hendak dibuatnya dan yang pasti, semangat macam inilah yang ramai wanita inginkan. Tahniah Leuniey!
Kredit: Instagram Leuniey Natasha