Pereka fesyen terkenal yang berasal dari Lebanon, Elie Saab sekali lagi menghimpunkan koleksi karpet merah bertemakan dewi laut untuk Couture Spring/Summer 2019. Ibarat hidupan laut yang dibawa ke darat, pereka berbakat ini membawa aksen mewah diberi sentuhan akuatik yang cukup eksentrik.

IKLAN

Setiap rekaan yang dipertaruhkan tampil anggun bertemankan palet akuatik yang amat jelas. Suntikan perincian seakan karang menjalar di seluruh rekaan dengan sulaman renda yang memberi nada eksklusif. Garis leher berbentuk organik juga diperlihatkan buat koleksi kali ini. Selain itu, pereka juga juga berusaha untuk membangkitkan riak-riak dan bentuk flora dalam air melalui lapisan bergelombang, kesan plissé dan flounces pada gaun berpecah tinggi.

Memperluas tema hidupan laut, elemen ruffles berlegar di sekeliling rekaan yang melekap tubuh. Gaun malam asimetri terbungkus dalam crêpe sutera biru dan taman bawah laut diperjelas dengan letusan lembut tulle, organza, dan taffeta berwarna. Pastinya, dengan menyarung salah satu rekaan hebat ini akan mengubah mana-mana wanita menjadi duyung bernilai jutaan ringgit.

Jom lihat koleksi anggun untuk Couture Spring/Summer 2019!

IKLAN

IKLAN