Negara Matahari Terbit dengan gaya hidup rakyatnya yang sentiasa menurut peraturan memang terkenal di serata dunia.

Karakter rakyat Jepun majoritinya disifatkan sebagai tertib atau reigi tadashii. Mereka juga sangat menepati waktu, bekerja kuat, bekerja dalam pasukan, menghormati orang lain, bijak, pembersih dan pemalu.

IKLAN

Sebenarnya, soal disiplin ini sudah diterapkan sejak kanak-kanak lagi, terutamanya sewaktu di bangku sekolah. Ayuh semak beberapa peraturan di sekolah-sekolah Jepun ini hingga menjadikan rakyatnya seorang yang berdisiplin tinggi.

(a) Beri Salam

Orang Jepun selalu memberi salam dengan cara membongkok dengan hormat. Murid-muridnya dilatih untuk berdiri dan membongkok kepada guru yang bertugas.

(b) Wajib Memakai Baju Uniform & Dilarang Mengenakan Solekan

Bagaimana Jepun Mendisiplinkan Rakyatnya? Sifat Patuh, Rupa-Rupanya Terhasil Dari SISTEM SEKOLAH YANG TEGAS

Perasan tak, semua pelajar sekolah di sana bukan saja memakai baju uniform yang serupa, malah kasut dan beg sekolah yang sama?

Pelajar juga tidak dibenarkan bersolek, mewarnakan kuku, memakai perhiasan atau kanta lekap dan fesyen rambut yang aneh.

(c) Bersekolah Pada Hari Sabtu

Walaupun Sabtu ditetapkan sebagai hari rehat, tapi mereka tetap perlu bersekolah dan menghadiri kelas tambahan.

IKLAN

(d) Tiada Tukang Cuci Di Sekolah

Bagaimana Jepun Mendisiplinkan Rakyatnya? Sifat Patuh, Rupa-Rupanya Terhasil Dari SISTEM SEKOLAH YANG TEGAS

Soal kebersihan sekolah digalas oleh guru-guru dan murid sekolah secara bergiir.

Tugasan ini merangkumi ruang tandas dan menyediakan makanan di kantin untuk rakan-rakan yang lain. Cara ini dapat melatih murid supaya tidak membuang sampah sembarangan kerana mereka juga yang akan membersihkannya kelak.

IKLAN

(e) Dilarang bekerja sambilan

Murid-murid sekolah dilarang untuk bekerja secara sambilan kecuali mendapat keizinan sekolah. Mereka juga tidak boleh dilihat ke pusat permainan atau karaoke tanpa ibu bapa.

(f) Rehat Bersama

Bagaimana Jepun Mendisiplinkan Rakyatnya? Sifat Patuh, Rupa-Rupanya Terhasil Dari SISTEM SEKOLAH YANG TEGAS

Murid-murid akan makan menu yang sama di kantin secara bersama-sama. Makanan disediakan oleh operator kantin dan beberapa murid yang bertugas pada hari tersebut.

Makanan mesti dihabiskan dan dikemaskan semula. Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI