Siapakah yang hidup dalam dunia ini tidak pernah rasa takut? Semua orang pernah mengalami rasa takut. Setiap orang mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap ketakutan dan rasa takut ini memberi kesan kepada tubuh manusia.

Bagaimanakah tubuh kita ketika takut?

IKLAN

Rasa takut ini biasanya membuat jantung berdebar, keluar peluh dingin, menggenggam tangan (buku lima), mengetap gigi, berlaku perubahan gerakan mata dan ekspresi wajah serta fikiran kusut. Ketakutan sebenarnya adalah satu emosi negatif yang digambarkan sebagai mekanisme bertahan hidup yang digunakan ketika tubuh menerima ancaman.

(a) Mata

Mata melihat sesuatu yang menakutkan seperti ular, kemudian isyarat terpacu bagai tembakan ke amygdala (sekumpulan sel otak yang bertindak seperti hard drive pada emosi manusia). Tembakan ini dengan pantas merangsang kelenjar adrenalin yang menambah rasa takut.

(b) Amygdala

Mendorong kelenjar adrenal yang sudah sibuk untuk mengeluarkan kortisol hormon stres. Kadar kortisol yang tinggi dapat menghalang mengeluarkan insulin sehingga menyebabkan kadar gula dalam darah tinggi. Gula ini menjadi bahan bakar tambahan untuk situasi ‘lawan atau lari’.

(c) Jantung

Ketika takut adrenalin meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung menjadi kencang. Kadar denyutan jantung yang kencang ini memberikan oksigen yang berlebihan kepada otot.

PERBEZAAN TAKUT VS FOBIA

Fobia adalah rasa takut yang berlebihan dan tidak realistik.

IKLAN

Darah manusia ketika takut

Sebuah kajian yang dilakukan oleh pakar EFT (Emotional Freedom Techniques) untuk menunjukkan bagaimana keadaan darah manusia ketika takut. Kajian menunjukkan apabila seseorang mengalami perasaan takut dan memikirkan kejadian menakutkan yang pernah dialami, sel-sel dalam darah akan bergerak secara tidak teratur.

IKLAN

Pergerakan sel darah sangat cepat dan berada dalam kedudukan yang jauh. Mungkin ini adalah akibat dari penghasilan adrenalin sebagai reaksi normal atas rasa takut.

Mengapa bulu roma tegak ketika takut?

Biasanya kalau kita berada dalam situasi takut, tiba-tiba bulu roma akan berdiri tegak. Ketika bulu roma tegak tidak hanya rerambut halus yang berdiri tetapi turut disertai dengan pembesaran liang roma tersebut.

Situasi ini terjadi disebabkan oleh kontraksi daripada otot yang kecil. Keadaan bulu roma tegak ini biasanya terjadi sementara sahaja dan akan hilang beberapa saat kemudian. Setiap orang tidak mampu mencegah keadaan ini sama seperti ketika muka kemerahan kerana malu atau berpeluh.

Ketakutan sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada tubuh. Kita perlu melawan rasa takut ini dan jangan biar ketakutan mempengaruhi fikiran. Jika ketakutan sudah mempengaruhi fikiran, kita biasanya akan membuat keputusan yang tidak rasional.

Lebih parah apabila rasa takut sudah jatuh kepada fobia. Tetapi, fobia bukan masalah yang tidak boleh diatasi. Lapang dada, tenang fikiran dan kaunseling adalah teknik terbaik untuk mengatasi fobia atau ketakutan. Hamizatul Maizan Mohamed