Bermula sebagai model Muslimah, langkah Nor Ameera Zaini, 33 tahun, terus cemerlang dalam bidang pengacaraan dan bisnes. Berbekalkan raut wajah rupawan dan minat terhadap fesyen Muslimah, kemunculan wanita ini jelas disenangi ramai. Hasil perkahwinan Ameera dengan Hasnor Rozaini juga mengurniakan mereka dua cahaya mata.

Terkenal dengan imej tudung bawal, gaya Ameera Zaini sering menjadi rujukan dan inspirasi peminatnya. Namun tatkala mendaki puncak kerjaya, dunia pula dilanda pandemik COVID-19, sekaligus membataskan pelbagai resolusi yang digenggam oleh ibu beranak dua itu.

IKLAN

 

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga
Terpesona melihat kelembutan wajah Ameera

 

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga

 

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga

 

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga

 

Nona: Bagaimana sambutan pelanggan dan jualan tudung Ameera Zaini?

AZ: Sejujurnya Meera pun agak risau kalau bisnes tak boleh beroperasi. Tapi rezeki tak pernah salah alamat. Yang berlaku pula sebaliknya apabila sambutan meningkat terutamanya penjualan online. Meera yakin PKP memberikan lebih kuasa membeli dari segi online, dimana lebih ramai orang duduk atau bekerja dari rumah.

Selepas kami fully utilise platform digital Ameera Zaini Official, demand dan brand awareness juga meningkat naik, selain pelanggan baru juga yang kian bertambah.

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga

 

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga

 

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga

 

Nona: Siapa uruskan keluarga dan rumah sekarang?

AZ: Ibu bapa Meera tinggal berdekatan dan jarak rumah kami hanya 15 minit je. Sebelum ni memang Meera akan bawa Mateen ke sana, ke sini. Pergi studio mengacara, pergi ofis, pergi meeting… dia tak penah tinggal. Tapi sejak pandemik, saya risau nak bawa mereka keluar.

Jadi saya dan suami decided untuk bergilir tapi dalam masa yang sama, kami ada pembantu juga untuk tolong dari segi penjagaan rumah dan keluarga.

 

IKLAN

Nona: Sejak bila Meera minat seni dekorasi rumah?

AZ: Sejak kecil lagi sebab mak Meera pun suka hias rumah. Sampai sekarang pun kami masih bertukar pendapat untuk menghias. Bila Meera pergi kedai perabot atau nampak benda yang cantik untuk rumah, Meera mesti akan share dengan mak. Sekarang bila dah kahwin, suami pun ada minat yang sama. Itu yang lebih menyeronokkan.

 

Nona: Konsep dekorasi yang diterapkan?

AZ: Tiada konsep yang spesifik. Tapi Meera suka something yang nampak bersih, kemas dan eksklusif. Nak kata ada spesifik tema, tak ada. Semuanya dari hati, kalau nampak cantik, kami okay je.

Kami juga selalu bertukar pendapat, husband kadang lepaskan je Meera nak deko bilik macamana tapi sudut ruang tamu kami buat sama-sama. Takdelah macam Meera control sendiri rumah tu.

Yang penting rumah kemas dan susun aturnya mesra si kecil. Meera kena utamakan anak-anak juga. Tak boleh ada barang-barang yang banyak dan kena ada ruang yang luas untuk mereka bergerak. Maklumlah Meera ada dua hero so kena pastikan rumah kemas, bersih dan selamat dalam masa yang sama.

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga
Ameera sendiri memastikan kediamannya sentiasa kemas

 

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga
Ameera memastikan ruang dapurnya sentiasa bersih

 

IKLAN
Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga
Kamar anak-anak juga sentiasa tersusun rapi

 

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga
Suasana selesa menjadi tempat anak-anak membesar dengan sihat

 

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga
Dulu Mateen selalu dibawa menemani ibunya ke mana saja

 

Nona: Cara luangkan masa dengan keluarga?

AZ: Walaupun hanya di rumah, Meera tetap akan cari idea berkaitan aktiviti motor and sensory skills anak-anak. Contohnya messy play, water play dan buat cupcake decoration.

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga
Walaupun duduk di rumah namun aktiviti tetap fun!

 

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga
Gandingan hydrangea dan pasu chinoiserie penyeri meja kopi

 

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga
Sudut tepi diberi nafas tersendiri dengan lampu meja

 

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga
Hiasan berwarna putih dan emas menyuntik gaya elegan

 

Bahagia Dengan Imej Bersih, Ameera Zaini Pandai Urus Bisnes & Kerjaya Tanpa Abaikan Keluarga
Cermin dinding di ruang makan menyerlahkan ilusi lebih luas

 

Nona: Harapan Meera dalam bisnes dan famili?

AZ: Impian nak bantu ramai orang dalam bisnes. Meera ada sistem reseller yang dapat membantu orang ramai menjana pendapatan sampingan. Meera harap dengan program reseller di Ameera Zaini Official dapat membantu lagi ramai orang yang memerlukan kerja dan membantu mereka menambah pendapatan khasnya wanita untuk menyokong ekonomi suami.

Meera harap juga segala yang diusahakan ini akan memberi manfaat bukan saja untuk bisnes tapi untuk semua orang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI