Bertuah sungguh Datin Sri Noniswara kerana masih kekal cantik dan lansing walaupun kini usianya mencecah 51 tahun. Macam tak percaya, kan? Makin berseri-seri pula. Bahkan, kalau bersama anak-anak pun tetap terserlah seri awet muda wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.
Datin Sri Noniswara Baharudin kini bahagia dengan perkahwinan kali ketiganya bersama Dato’ Sri Dr Sheikh, seorang ahli perniagaan.
“Alhamdulillah, kini dah masuk 6 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Dato’ Sri seorang yang gemar bergurau, berjenaka dan happy all the time. Kalau Dato’ Sri bercakap saya perlu memandang wajahnya serta mendengar dengan baik. Mungkin itulah yang membuatkan suami selesa dengan saya. He said I am a good listener. Dato’ Sri juga sebenarnya seorang yang manja.
Dari segi karier, suami sangat memahami malah menggalakkan lagi saya berlakon. Kalau tak bekerja, selalunya saya akan manfaatkan masa bersama keluarga seperti menonton, berbual, makan, mengemas, berkebun, solat berjemaah dan tazkirah bersama.
Ads
Oleh itu, saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Pengalaman lalu membuatkan saya menjadi lebih matang. Semua yang berlaku ada hikmah. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa saya setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah.”
Datin Sri Noniswara memiliki 3 orang anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Naveer Mihshon (27 tahun), Nurerysha Emyra (22 tahun) dan Nazeer Danish (14 tahun).
“Hubungan kami umpama kakak dan adik, kadang-kadang seperti sahabat. Saya banyak berbual dengan anak-anak antaranya tentang isu semasa, agama dan sentiasa mendengar luahan hati mereka. Saya juga bersikap terbuka. Mereka boleh berkongsi apa sahaja perkara dengan saya.”
Ads
RAHSIA AWET MUDA “Saya amalkan rutin asas sahaja. Apa yang penting elakkan stres dan sentiasa menjaga kelembapan kulit wajah dengan menyapu pelembap setiap hari. Kulit yang kering akan mencepatkan proses penuaan. Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuk beriadah, sentiasa merasa gembira dan bahagia,” kongsi Datin Sri Noniswara yang kini masih aktif dalam dunia lakonan.
“Saya juga berdoa agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan hingga ke akhir hayat saya. Semoga Allah SWT memberkati apa jua yang saya dan keluarga lakukan. Harap-harap dapatlah saya melihat kehidupan dan kejayaan anak-anak kelak, InshaAllah.
Ads
Nasihat saya buat kaum wanita di luar sana pula, jadilah seorang wanita dan ibu yang baik. Banyak bersabar, sentiasa bersyukur, banyak mengalah, tegas dan rajin melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu.
Usah mengeluh dan cepat melatah jika ada dugaan-dugaan yang datang. Usah mudah mengamuk dan ‘cengeng’. Jangan lupa berdoa dan mohon kepada Allah SWT. Usaha dan doa mampu merubah kehidupan kita menjadi lebih baik.
Kredit Foto: Instagram @noniswara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah NONA ucapkan kepada Aizat Amdan, seorang penyanyi dan komposer terkenal yang menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati Elyssa Alia Ilias yang selamat diijabkabulkan hari ini.
Kredit foto: Instagram @melodi
Tepat jam 9.17 pagi, penyanyi popular berusia 33, sah bergelar suami kepada pasangannya, dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di A-Park, di sini, hari ini.
Pasangan tersebut dikatakan sudah bercinta sejak tiga tahun yang lalu. Tahniah! Mereka dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dengan mas kahwin RM300.
Mungkin semua sudah mengenali siapa Aizat Amdan, namun siapakah gerangan wanita yang berjaya menambat hatinya ini. Sudah pasti bukan calang-calang apatah lagi Aizat sebelum ini melancarkan lagu berjudul Hanya Kita Dua yang dihasilkan dan didedikasikan buat isterinya. Sweetnya!!
NONA sempat menyelidiki dan ini dia beberapa fakta menaik tentang Elyssa Alia Illias yang pasti anda ingin tahu.
Elyssa berumur 34 tahun dan sebelum ini pernah bertugas sebagai kakitangan kerajaan.
Elyssa kini bekerja sepenuh masa sebagai pengurus seni Aizat.
Elyssa juga pernah bekerja sebagai penyampai radio Rakita dan berkhidmat di HITZ FM, malah pernah mengacarakan program hiburan, Jom Wayang
Elyssa juga pernah mengacara sebuah rancangan TV terbitan HYPP TV bersama Mira Filzah
Menurut profil Linkedin nya, Elyssa merupakan graduan Limkokwing University of Creative Technology dalam jurusan Senibina (Architecture)
Elyssa merupakan pencinta kucing. Jika dilihat di laman sosialnya, dia banyak berkongsi gambar kucing-kucingnya. Salah satu kucing kesayangannya bernama LUNA.
Elyssa juga seorang kaki travel. Ini dapat dilihat menerusi pelbagai hantaran di Instagramnya, @elyssalia.
Apa-apa pun, NONA mendoakan semoga ikatan perkahwinan dan jodoh keduanya berpanjangan sehingga ke jannah. Selamat pengantin baharu!!
Kejayaan demi kejayaan diraih Tan Sri Michelle Yoeh menerusi pembabitanya dalam filem Everything Averywhere All At Once menyaksikan nama beliau meledak dalam industri Hollywood dan kini Michelle Yeoh berjaya menawan industri Hollywood selepas memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di anugerah Oscar sebentar tadi.
Namun di sebalik kejayaan dan pencapaian beliau, sudah pasti ada insan yang berkorban jiwa raga menyokong jatuh bangun kerjaya seninya, siapa lagi tidak lain dan tidak bukan, ibu kepada Michelle, Datin Janet Yeoh.
Awal minggu ini, bintang berusia 60 tahun itu menyingkap momen indah serta memperincikan hubungan istimewa dengan ibunya sewaktu temubual di rancangan The Late Show With Stephen Colbert dan Live With Kelly And Ryan.
Dalam temu bualnya dengan Today’s Sunday Sitdown NBC tersebut, Michelle Yeoh berkongsi antara momen indah beliau dan ibunya “Saya dan ibu mempunyai hubungan yang sangat menarik dan indah. Dia baru sahaja menelefon saya beberapa hari lepas dan menasihatkan saya jangan pakai seluar ketika menghadiri Oscar nanti,” jelas Michelle sambil ketawa.
Michelle Yeoh juga terbuka berkongsi betapa beliau menyayangi dan menyanjungi ibunya. Michelle turut berkata ibunya masih lagi “melayan dirinya seolah-olah dirinya masih budak enam tahun”.
Apatah lagi ibunya jugalah yang menasihati dan mempersiapkan Michelle Yoeh untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World seterusnya membuka jalan buat Michelle mengorak menjadi ikon sinema popular dunia yang disanjungi kini.
“Sekiranya kami pulang ke rumah, ibu akan menyediakan beberapa pakaian untuk saya. Begitulah cara dia menunjukkan kasih sayangnya pada saya” kata bintang kelahiran Ipoh itu.
“Semua ibu-ibu di luar sana adalah superhero sebenar. Mereka memikul beban yang sangat berat di bahu mereka setiap hari, namun tetap gigih, namun tiada siapa yang memberi mereka jubah adiwira,” akhiri Michelle dan pada masa yang sama cukup menyanjungi dan menghargai setiap insan bergelar ibu di luar sana.
Beraninya ibu tujuh anak ini! Bukan calang-calang aktiviti, Aishah Radhiah Adanan berjaya membuat terjunan dari ketinggian lebih 4,000 kaki. Satu pencapaian peribadi yang bukan hanya memberi pengalaman baru buatnya. Malah memori tersebut membentuk Aishah menjadi lebih kental dan tenang.
Dalam temu bual bersama Nona, Aishah yang juga usahawan dan Ketua Pegawai Eksekutif MIHARA Aviation berkata selain mencabar diri, dia juga mahu mencetus inspirasi buat kaum wanita khususnya golongan ibu supaya berani menghadapi dugaan dalam apa jua keadaan.
“Saya nak latih diri agar tenang dalam keadaan kritikal. Sebelum dibenar membuat terjunan tersebut, saya perlu mengikuti kelas teori dan sebagainya selama dua hari.
Dalam hidup saya memang tak suka yang typical, yang biasa. Saya cepat boring. Kepelbagaian tu buat hidup rasa lebih bermakna dan seronok.
Terutama bila kita dapat uji diri sendiri. I love to take the challenge,” ujarnya yang turut berhasrat memiliki lesen kelak.
Berkongsi video terjunan di awan biru, Aishah memberitahu ketika jump master beri arahan ‘in position’, dia akui gementar dan seakan tidak percaya perlu terjun sendirian dengan kelajuan jatuh dianggarkan sekitar 160 hingga 180 kilometer sejam dan perlu memikul beg parachute berbelas kilogram dengan masa 15 saat untuk mendarat.
“Longlai terus rasa badan. Berserah dah, lompat je lah dari aircraft. Detik ni, kau tak ada pilihan selain tenang, tenang dan tenang. Sebab kau hanya ada 15 saat!
Kau panik, nak tengok mana nak kena tarik pun kau tak mampu buat. Hanya bila kau tenang je kau boleh buat semua tu. Untuk yang nak belajar tenang dalam keadaan kritikal, skydive is the best teacher.”
Turut berkhidmat dengan Coway, Aishah dalam nada rendah diri berkata hasil kerjaya itu juga dia meraih pendapatan cecah enam angka, memiliki beberapa kereta mewah dan 10 kediaman termasuk banglo tepi laut yang menjadi impiannya sejak kecil.
Terinspirasi dengan kejayaan dan peribadi ibu tujuh anak ini. Walau sudah berjaya, masih rajin menuntut ilmu dan mencuba banyak lagi perkara baru serta tidak meninggi diri.
Semoga perkongsian Aishah menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai wanita di luar sana.
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.