Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin terasa dengan parti-parti politik semakin rancak membuat persediaan dan mengatur jentera masing-masing menjelang hari pilihan raya. Banyak isu semasa diangkat, termasuklah yang terbaharu, ciapan Ahli Parlimen Segambut – Hannah Yeoh – yang dikatakan biadap oleh Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

IKLAN

Semuanya bermula apabila Hannah Yeoh yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berjenaka berkenaan wajah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Suraya Yaacob yang disifatkan mirip isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Hannah Yeoh memuat naik ciapan tersebut sebagai respons terhadap keputusan Datuk Suraya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang meletakkan jawatan sebagai EXCO Kedah berkuatkuasa serta-merta.

Bahang PRU15, Kali Ini Ketua Puteri UMNO Bidas Hannah Yeoh Angkara Salah Faham Di Twitter

 

Walau bagaimanapun, ciapan di Twitter Hannah Yeoh menarik perhatian Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan yang menurutnya, ‘tidak mencerminkan Hannah Yeoh sebagai seorang bekas menteri yang pernah menerajui kementerian wanita.’

“Biarlah berbeza ideologi politik, namun tindakan mengaibkan lebih-lebih lagi sesama wanita adalah satu tindakan yang tidak bermoral.

Mohon pengundi hukum dengan tidak beri undi kepada parti YB ini pada PRU15 tak lama lagi.” Datuk Zahida Zarik Khan

IKLAN

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada penyokong masing-masing. Salah faham semakin hebat apabila semua pihak cuba mengaitkan hal-hal lain dan menjadi batu api.

Bahang PRU15, Kali Ini Ketua Puteri UMNO Bidas Hannah Yeoh Angkara Salah Faham Di Twitter

 

IKLAN

Enggan terus memanjangkan isu tersebut, Hannah Yeoh terus bertindak profesional dengan memberi kenyataan berikut.

“Ikut logik Puteri UMNO dan pemuda mereka, saya biadab kalau saya katakan wanita lain kelihatan seiras dengan Rosmah. Baiklah, saya tarik balik tweet sekali pandang wajah Suraya seiras dengan Rosmah. Saya tidak mahu panjangkan isu ini.”

Semoga kedua-dua tokoh politik wanita yang disegani ramai ini dapat kembali berbaik dan menjernihkan keadaan. Biasalah, salah faham itu normal kan? Tak salah kita ada pendapat yang berlainan tapi usahlah sampai berlakunya perpecahan dalam masyarakat.

Pemimpin yang baik adalah orang yang belajar dari kesalahan, dan tidak pernah berhenti untuk mempelajari hal baru yang berada di sekitarnya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI