Kebimbangan ibu bapa terhadap kesihatan bayi sewaktu menularnya wabak COVID-19 kini menjadi-jadi.
Kalau dulu face shield, tapi sekarang ramai ibu bapa yang memakaikan pelitup muka bayi apabila berjalan-jalan di tempat awam.
Fathima Corona (Foto LILLIAN SUWANRUMPHA/AFP via Getty Images)
Tapi menurut Ahli Pediatrik, Dr Redza Zainol, pemakaian face mask atau pelitup muka ini sebenarnya tak boleh dipakai oleh kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.
Ads
Bahkan, produk pelitup muka kain juga tak sepatutnya dijual untuk bayi yang masih kecil.
Sebab apa pelitup muka bahaya untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun?
Ads
Laluan pernafasan bayi sangat kecil, bernafas melalui pelitup muka lebih menyesakkan nafas mereka.
Bayi yang memakai pelitup muka secara longgar tak beri apa-apa perlindungan pada mereka.
Bayi yang terasa sesak nafas ketika memakai pelitup muka, tak dapat membuka pelitup tersebut dengan sendiri. Dia juga tak dapat meminta bantuan dari orang sekeliling.
Kebanyakan kanak-kanak kecil akan mencabut pelitup muka yang dipakai pada mereka. Maksudnya lagi kerap mereka akan sentuh mata, hidung dan mulut mereka sendiri.
Tidak ada pelitup muka N95 yang diluluskan selamat untuk bayi.
CARA MELINDUNGI BAYI DI TEMPAT AWAM
Ads
Tak membawa anak ke tempat awam jika tiada sebab yang kukuh.
Jika masih perlu bawa bayi keluar, tutup baby carrier dengan selimut nipis. Bukan tutup muka bayi dengan selimut atau kain.
Alihkan selimut jika kita terpaksa berjauhan dari bayi untuk sementara waktu.
Penjaga bayi perlu amalkan membasuh tangan dengan air dan sabun. Sanitizer dengan alkohol 60% ke atas boleh juga digunakan.
Jika mak atau ayah perlu juga bawa bayi keluar ke tempat awam, pastikan perjalanan tu dibuat secepat mungkin dan amalkan jarak 1 meter dari orang lain.
Mandikan bayi dan tukar pakaian bayi sejurus tiba di rumah.
Ajarkan anak yang sudah besar supaya tak menyentuh muka sendiri.
Pesan Dr Redza Zainol, beliau mohon ilmu mahal ni disampaikan juga pada mak ayah yang lain. Kita cuma nak pastikan anak kita sihat dan selamat.
Nama Cristiano Ronaldo, Ariana Grande, Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Selena Gomez dan Kylie Jenner tersenarai sebagai pemilik akaun Instagram dengan pengikut tertinggi di dunia.
Populariti mereka yang relevan dengan kehendak semasa menjadikan setiap satu hantaran di Instagram bernilai ratusan ribu ringgit.
Jadi jikalau anda merupakan salah seorang daripada 1 bilion pengguna aktif Instagram setiap bulan, anda pasti sedar betapa berkuasanya platform media sosial untuk memasarkan produk atau perniagaan yang dijalankan.
Selain Facebook, Instagram membolehkan pengusaha mempromosikan jualan, berhubung terus dengan pelanggan dan meluaskan pengaruh, selain membuka peluang untuk anda menemui pelanggan baru. Meskipun ramai yang telah berjaya tapi persoalannya, adakah cara kita juga menjamin kejayaan?
Walaupun terdapat banyak cara pemasaran yang boleh dicuba, namun 5 tip ini antara yang paling berkesan untuk meraih juta pertama anda.
Ingat kata pepatah, when one door closes, another door opens.
(1) Menganjurkan peraduan
Peraduan di Instagram bukan saja menambah pengikut akaun, malah meningkatkan jualan dan menarik perhatian bakal pelanggan anda. Anda boleh menganjurkan peraduan foto, undian atau giveaways bagi menjenamakan perniagaan masing-masing.
(2) Mencipta hashtag
Jadikan setiap post anda lebih mesra peserta. Dengan penggunaan hashtag ini, pengikut akaun akan lebih mudah melihatnya secara automatik dan membolehkan mereka melihat posting-posting lain yang berkaitan.
(3) Melabur untuk Instagram Ads
Laburkan sedikit wang untuk Instagram Ads. Inilah caranya untuk menjamin hantaran anda mencapai ramai pelanggan yang berpotensi. Disebabkan ia kepunyaan Facebook, Instagram Ads berdiri di atas platform Facebook Ads, iaitu tools berkuasa untuk menyasar individu berdasarkan demografik, kesukaan dan sebagainya.
Jadi iklan peraduan anda akan mencapai lebih ramai orang yang berpotensi menyertainya. Jangan lupa sertakan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan!
(4) Tawarkan diskaun
Sebenarnya Instagram juga boleh menjadi platform yang pasif kerana ramai yang sekadar melayarinya untuk mengisi masa terluang. Untuk melariskan jualan, anda mesti menghasilkan content yang dapat menukar mereka menjadi lebih aktif contohnya membuat promosi istimewa dengan diskaun hebat atau pemberian kupon potongan harga.
(5) Kongsi Ilmu
Kata orang, lebih banyak kita kongsi ilmu lebih berkat ilmu yang kita dapat. Akaun IG anda sepatutnya bermanfaat untuk orang lain, dengan ini kepercayaan dibina dan lebih berkesanlah teknik pemasaran yang lain. Post-kan kemahiran atau kepakaran anda secara santai dan wujudkan engagement bila ditanya soalan… Jawab dan terangkan dengan baik.
REKOD FOLLOWERS TERTINGGI
Random selfies, #OOTD fesyen, aktiviti dengan keluarga, pasangan dan teman-teman, update kerjaya mereka, foto percutian, produk yang digunakan serta pandangan terhadap isu semasa merupakan contents yang mengisi akaun celebrity instafamous ini.
#1 Cristiano Ronaldo 347 juta
#2 Ariana Grande 183 juta
#3 Dwayne Johnson 182 juta
#4 Selena Gomez 175 juta
#5 Kylie Jenner 173 juta
#6 Kim Kardashian 168 juta
#7 Lionel Messi 145 juta
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aura Datuk Faridah Hanim Haron nyata cukup memukau. Lontaran suara dan keikhlasan wanita berjiwa kental ini mendidik para usahawan dan peneraju pelbagai cabang empayar niaga begitu terkesan hingga menusuk ke dalam sanubari.
Tidak hairanlah, nama Datuk Faridah Hanim Haron sebagai ‘guru’ kepimpinan dan organisasi semakin mendapat pengiktirafan.
Meskipun berstatus VIP namun Datuk Faridah Hanim mesra disapa sebagai Ibu Hanim. Ujarnya, dia selesa membawa gelaran seorang ibu yang penyayang, penuh kasih sayang dan tulus dalam menyebarkan ilmu.
Walau berpengalaman luas, Ibu Hanim enggan mendongak ke langit dan lalai dengan kurniaan ilahi.
Sebaliknya, dia komited menggunakan kelebihan yang ada demi manfaat seluruh komuniti. Lebih 20 tahun menimba pengalaman dalam bidang pembelajaran dan pembangunan organisasi, Ibu Hanim meraih pengiktirafan selaku fasilitator profesional bertauliah yang berperanan menyelesaikan isu kompleks di dalam sesebuah syarikat.
Malah, dia mempunyai kelulusan dalam Master in Business Administration (MBA) in Entrepreneurship dari Australian Institute of Entrepreneurship.
Kemampuan Ibu Hanim bukan sebarangan kerana berdasarkan latar belakang karier terdahulu, dia satu-satunya Pakar Pembangunan Organisasi dan Pengurusan Perubahan yang berjaya melakukan pelbagai perubahan kepada beberapa anak syarikat PETRONAS.
Usai tamat perkhidmatan di PETRONAS, Ibu Hanim kemudian dilantik sebagai Penasihat Pembangunan Kepimpinan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membina kualiti pemimpinnya.
Atas komitmen yang ditunjukkan, dia menerima pengurniaan darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, pada tahun 2017.
Enggan berhenti menabur bakti kepada masyarakat dan mahu memartabatkan anak bangsa di persada dunia, Ibu Hanim menubuhkan syarikat organisasi dan kepimpinan miliknya iaitu Annems Leadership Solution (ALS) Sdn Bhd pada 4 Ogos 2015.
Selama tujuh tahun dalam industri, ALS berjaya melahirkan ratusan usahawan berjaya dan berilmu menerusi program Business Sustainability Solution (BSS).
Di sebalik kelembutan tersimpan sifat tegas Ibu Hanim dalam mendidik para pelajar. Berpegang kepada slogan ‘Developing Leaders of Tomorrow’ wanita kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur ini diibaratkan seperti seorang ‘doktor’ yang membantu merawat syarikat hampir lingkup, bermasalah atau berdepan isu besar.
“Ketegasan itu perlu sebab ia amanah. Saya melihat penglibatan wanita sekarang berbeza daripada dulu kerana peranan wanita berubah mengikut zaman. Sekarang, ramai wanita jadi pengasas dan CEO. Itu bagus! Wanita ini ada naluri ibu yang kuat dan apabila mereka memimpin organisasi dengan cara femininnya, ia berkesan.”
Menginjak usia 58 tahun, stamina yang dimiliki Ibu Hanim tidak mencerminkan usia sebenar. Sering menyebarkan aura positif dan senyuman yang tidak lekang dari bibir, sisi kehidupan yang dilalui Ibu Hanim sebenarnya penuh dengan onak ranjau berduri.
Pada tahun 1991, dia mengalami kemalangan ngeri di Dungun, Terengganu sehingga mengakibatkan bahagian kiri tubuh cedera parah termasuk tulang belakang dan leher retak. Malah tulang pelvisnya juga pecah dan menderita kecederaan dalaman lain.
“Aura positif ini datang dari kehidupan saya yang pernah berdepan kematian anak, anak nombor tiga dilahirkan cacat pendengaran, saya kemalangan dan lumpuh selama setahun. Hidup saya penuh suka duka. Saya menderita sakit selama 39 tahun!
Kalau saya beritahu yang saya amat memahami kehidupan anda, itu maknanya ia bukan retorik. Tapi saya sendiri sudah melaluinya. Saya diduga Allah dengan cucu yang lahir cacat pendengaran. Saya ada enam skru di tengkuk, ada titanium di belakang badan dan lutut pun dah kena repair sebab ada skru.
Total injury! Pain is my best friend, my background music. Bila dah sampai usia sebegini, saya selalu ingatkan diri yang selagi hayat ada, selagi Allah bagi bonus nyawa dekat saya, saya akan berjuang untuk memartabatkan anak bangsa.
Dengan cara saya sekecil ini pun tak mengapalah asalkan saya dapat menyumbang sesuatu kepada anak bangsa. Tidak kira apa, selagi Allah belum tarik nyawa saya, saya akan terus laluinya. Takkan mengadu sakit, saya akan tetap teruskan. Walau para pekerja tahu dan memahami yang saya sebenarnya dalam keadaan tahan sakit,” rintih isteri kepada Kapten Jasmi Arbain ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali berjumpa dengan Che Puan Syamim Farid pasti cemburu melihat kelangsingan tubuhnya. Sejak awal penglibatan CP Syamim Farid dalam pencarian Dewi Remaja 2015 penampilannya langsung tak berubah.
Teruja nak tahu bagaimana isteri kepada Y.M Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj ini mengawal pemakanannya. Baru-baru ini CP Syamim ada berkongsi tentang tabiat pemakanannya di Insta Story miliknya.
8 tip yang diamalkan oleh CP Syamim;
1. Makan banyak sayur. 2. Tak ambil gula. 3. Minum banyak air kosong. 4. Bersenam secara konsisten. 5. Makan malam sebelum pukul 7.00 malam 6. kawal pengambilan karbo 7. Kawal pengambilan makanan 8. Kena konsisten
“Oh! ya, lagi satu tip, ini apa yang saya buat daripada dulu sampai sekarang.
1. Jangan minum selepas makan. pastikan selepas 1 jam atau 2 jam LEPAS makan, baru minum.
2. Lepas makan jangan baring, duduk atau berjalan.
Saya buat ni dari sekolah sampai sekarang, dan saya tak pernah langsung buncit. My tummy sentiasa flat dari dulu,” kongsi CP Syamim Farid.
Berkesempatan bertemu dengan CP Syamim tempoh hari sempat bertanyakan persoalan tentang tabiatnya tak makan nasi. “Saya memang dah lama tak makan nasi dan gantikan dengan quinoa. Quinoa tu dah macam makanan harian saya. Sedap tau, semua orang patut cuba.
Kelebihan quinoa sebagai pengganti nasi sebab ia tak ada kanji dan rendah kalori. Kalau makan tak lah kenyang tapi basically feeling kita kan orang melayu macam makan nasi,” kongsi CP Syamim.
Seronok mendengar cerita CP Syamim tentang quinoa ini. Paling menarik bila pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2015 ini buat quinoa goreng kampung. “Quinoa goreng kampung tu sama jer cara masak nasi goreng kampung tapi tukar jer nasi kepada quinoa.
Tapi quinoa tu kena pandai masak, sebab kalau tak cukup air dia akan jadi keras terlebih air dia akan jadi lembik. Air tu kena betul-betul seimbang,” tutur CP Syamim yang tinggi lampai ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah Taufik Batisah menyentuh hati ramai apabila beliau setia menemani isteri melalui 6 rawatan IVF dan pernah alami keguguran, bukti cinta tanpa syarat.