Beruntungnya ibu Rozita Che Wan dilayan bak puteri dan dirai penuh meriah bersempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini. Meniti usia 70 tahun, ibu tujuh anak ini sarat dengan naluri keibuan dan mudah tersenyum dengan sesiapa saja.

IKLAN

Melihat raut wajah dan penampilan Zabedah Saad pada usia 70 tahun, tidak hairanlah kelima-lima anak perempuan termasuk Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah sering menjadi perhatian ramai. Mewarisi kecantikan ibunda tersayang rupa-rupanya.

Che Ta menerusi media sosial berkongsi momen indah di samping ibu tersayang ketika hari lahir ratu hatinya. Turut kelihatan meraikan majlis tersebut ialah adik-beradik selebriti cantik berkenaan, ipar-duai dan anak masing-masing.

Keluarga bahagia ini sepakat mengenakan persalinan sedondon rona biru!

Rai Birthday Ibu Macam Princess, Mak Rozita Che Wan Anggun Usia 70 & Ada 23 Cucu!
Kredit Instagram @rozitachewan1

Lebih istimewa, Che Ta menghadiahkan barangan kemas buat ibunya. “Happy birthday mak yang ke-70. Tak salah lagi pilihan mak kami.

Thank you Angsa Emas Jewellery dan Edora keluarkan gelang paling latest untuk mak sempena birthday dia tahun ni.

Sebagai anak, awal-awal lagi kami dah simpan duit untuk present birthday. Kalau baju, handbag, perfume tu kita bagi hari-hari biasa ja tapi untuk birthday memang kami akan bagi something special.

Mak kami memang gila barang maih (emas) so tiap-tiap kali birthday takyah fikir nak bagi benda lain dah.

IKLAN

Masa kami kecil-kecil dulu pun mak dok himpun duit menega (meniaga) beli barang maih untuk kami. La turun anak-anak pulak. Semoga mak sentiasa di dalam rahmat dan reda Allah.”

Rai Birthday Ibu Macam Princess, Mak Rozita Che Wan Anggun Usia 70 & Ada 23 Cucu!
Kredit Instagram @rozitachewan1
Rai Birthday Ibu Macam Princess, Mak Rozita Che Wan Anggun Usia 70 & Ada 23 Cucu!
Kredit Instagram @rozitachewan1
Rai Birthday Ibu Macam Princess, Mak Rozita Che Wan Anggun Usia 70 & Ada 23 Cucu!
Kredit Instagram @rozitachewan1
Rai Birthday Ibu Macam Princess, Mak Rozita Che Wan Anggun Usia 70 & Ada 23 Cucu!
Kredit Instagram @rozitachewan1

Pada majlis sama, Che Ta sekeluarga turut meraikan adiknya yang juga isteri kepada Lan Pet Pet iaitu Ruby.

IKLAN

Difahamkan walau sudah berusia 70 tahun namun ibu Che Ta tetap sihat bertenaga dan anggun dalam kelas tersendiri. Malah, dia juga merupakan nenek kepada 23 orang cucu!

Rai Birthday Ibu Macam Princess, Mak Rozita Che Wan Anggun Usia 70 & Ada 23 Cucu!
Kredit Instagram @rozitachewan1
Rai Birthday Ibu Macam Princess, Mak Rozita Che Wan Anggun Usia 70 & Ada 23 Cucu!
Kredit Instagram @rozitachewan1
Rai Birthday Ibu Macam Princess, Mak Rozita Che Wan Anggun Usia 70 & Ada 23 Cucu!
Kredit Instagram @rozitachewan1

Seronok tengok keakraban dan hubungan mesra mereka sekeluarga. Bertuah Zabedah Saad, anak-anak berebut jaga dirinya dan sering bawa bersama pergi melancong. Moga ibu Che Ta sentiasa berada dalam keadaan baik dan diberkati selalu.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/anggun-sihat-usia-70-ibu-rozita-che-wan-akui-ikut-amalan-berpantang-waktu-muda/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI