Ads

Bahaya DIET YOYO, Amalan Pemakanan Tak Seimbang Dorong Penyakit Kronik

Diet yoyo adalah salah satu cara diet ekstrem seperti berpuasa dan tidak mengambil makanan berat. Sebelum mencapai sasaran, mereka akan mengabaikan pengambilan makanan. Apabila sudah mencapai berat yang diingini, mereka akan makan semula apa yang disekat sebelum ini.

Lebih malang apabila mereka makan dengan kuantiti yang lebih banyak. Apabila berat badan naik memuncak, mereka sekali lagi akan berdiet dengan ketat sesingkat mungkin untuk mencapai berat badan yang diingini. Program diet tidak konsisten seperti ini sebenarnya memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh.

Sebenarnya apabila terjadi ‘lompatan’ berat badan, lemak lebih berpengaruh untuk berkumpul terutama di bahagian perut.

Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada penampilan malah boleh merangsang kepada penyakit jantung, diabetes dan demensia. Selain itu, perubahan berat badan yang turun naik secara berulang ini boleh melemahkan sistem daya tahan tubuh.

AKIBAT DIET YOYO PADA TUBUH

Ads

(a) Pening Kepala

Salah satu cara untuk menurunkan berat badan adalah dengan minum air. Tetapi, mereka yang mengamalkan diet yoyo ini sering menggantikan makanan dengan cecair. Melalui cara ini berat badan akan turun secara drastik. Ekoran daripada tabiat ini mereka sering dilanda pening kepala, pandangan kelam dan juga kadang-kadang boleh pengsan.

(b) Tubuh Lemah

Ads

Penurunan berat badan secara mendadak atau turun naik mempengaruhi sistem daya tahan tubuh. Mereka yang menjalani diet yoyo ini ternyata boleh menurunkan berat badan 30 peratus setiap hari.

(c) Lemak Terkumpul Di Hati

Berat badan turun naik secara signifikan boleh mempengaruhi kesihatan hati. Berat badan yang tidak stabil boleh meningkatkan jumlah lemak yang terkandung dalam hati. Kesihatan hati boleh terancam apabila pengumpulan lemak terlalu banyak di kelilingnya. Pelbagai penyakit kronik yang berpunca daripada hati bakal menjelma.

Ads

(d) Metabolisme Tubuh

Ketika program diet sedang berlangsung maka akan berlaku kekurangan jisim otot. Kehadiran sumber lemak pada tubuh akan meningkatkan jisim otot dalam badan. Kekurangan jisim otot ini menjadi punca proses metabolisme menjadi lambat dan akan mengganggu tenaga yang dihasilkan oleh tubuh.

(e) Depresi

Biasanya apabila mereka gagal mencapai sasaran ketika berdiet secara tidak langsung akan mengakibatkan depresi. Sementelah diet yoyo ini melakukan pengawalan pemakanan yang ekstrem dan akhirnya makan lebih banyak daripada biasa. Hamizatul Maizan Mohamed

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Nona Gala Awards 2026 Media Soiree

Pengiktirafan Wanita Sukses, Nona Gala Awards 2026 Media Soiree Rai Legasi...

14 Oktober 2026 melakar satu lagi sejarah buat Nona apabila buat julung-julung kalinya menganjurkan Nona Gala Awards 2026 Media Soiree. Lebih istimewa, majlis ini diadakan sempena 40 tahun penubuhan Nona yang komited meraikan dan mengangkat kisah inspirasi golongan wanita sukses di Malaysia.