Awal tahun lagi dah rancang warna baju raya yang akan dipakai lebaran nanti. Tapi, bila baru hari pertama berpuasa dah mula nak ubah pilihan. Ditambah pula dengan pelbagai seleksi busana raya yang dijual di pasaran sekarang ini. Sudahnya, menjelang saja pagi Syawal … warna baju yang diidam-idamkan selama setahun akhirnya tinggal angan-angan. Itulah yang dialami kebanyakan wanita setiap kali tiba Hari Raya.
RAMBANG MATA TENGOK DESIGN BAJU
Orang perempuan ini memang suka dengan kecantikan. Pantang tengok trend baru yang ada mesti nak cuba. Walaupun kadang-kadang tak semua rekaan baju tersebut sesuai dengan bentuk tubuh sendiri. Jadi, sebelum jadi mangsa fesyen raya nanti ada baiknya anda faham bentuk fizikal terlebih dulu. Jangan terus beli sebab tengok orang lain pakai cantik pula ya!
- Baju kurung
Istimewanya rekaan baju kurung tradisi ini adalah semua wanita tak kira bentuk tubuh macam mana sekalipun sesuai menggayakannya untuk hari perayaan mahupun ke majlis-majlis rasmi. Kalau hendak nampak selamat, baju kurung adalah pilihan yang paling tepat. - Baju kurung mini / moden
Jika mahu tampil sedikit berbeza tapi masih mahu kelihatan ayu ketika bertemu sanak saudara, beralihlah ke penggayaan baju kurung moden. Lebih menonjolkan siluet tubuh berbanding rekaan baju kurung yang loose, ia juga sesuai untuk semua wanita. Begitu juga baju kurung mini. - Kebaya
Kebaya sememangnya cantik dipakai dan menyerlahkan lagi sisi kewanitaan. Namun harus ingat, tak semua sesuai menggayakannya. Lebih tepat, kebaya amat padan buat wanita yang bertubuh langsing kerana rekaan baju ini mempunyai potongan mengikut bentuk badan. Bagi yang berbadan gempal, elakkan memakai kebaya. - Peplum
Apa yang pasti, wanita yang memiliki fizikal kecil dan kurus tidak punya masalah untuk memakai apa jua rekaan. Meskipun peplum nampak cantik apabila disarungkan ke tubuh, wanita berbadan gempal juga tak digalakkan memakai rekaan ini kerana akan membuatkan diri kelihatan lebih besar terutamanya di bahagian pinggang.
TAK PERLU SUSAH HATI, KOLEKSI RAYA MYDIN CANTIK-CANTIK!
Wow, macam tak percaya saja dalam keadaan ekonomi tak menentu sekarang ini pun masih ada lagi baju raya bajet! Bawah RM100 pula tu. Yang penting, selesa, berkualiti tinggi dan rekaan yang up-to-date. Kenapa nak beli yang mahal-mahal.. sedangkan koleksi baju raya MYDIN pun setanding dengan jenama-jenama lain.
Sebut saja jenis material, warna atau potongan yang anda mahu. Semua sudah tersedia untuk disarungkan pada hari lebaran nanti. Tak cukup dengan itu, koleksi hari raya MYDIN juga terdapat dari saiz S sehingga XXXL! Sesuai untuk semua jenis bentuk tubuh wanita.
Apa yang pasti, anda akan rambang mata tengok koleksi-koleksi eksklusif ini. Lebih-lebih lagi rekaan kebaya labuh dengan garapan rona-rona lembut. Bagaikan jelmaan Wanita Melayu Terakhir yang berjiwa tradisi dan penuh kesantunan. Tak sah rasanya jika sambut lebaran tanpa persalinan baju kurung. Meskipun ada bermacam-macam design sekarang ini tapi busana tradisi tetap menjadi pilihan.
Begitu juga potongan mini kurung merah crepe dan kurung moden biru daripada material cotton bertemakan corak songket. Memang menyerlahkan keanggunan dan cita rasa klasik si pemakai. Bak kata pepatah, ‘Tak Lapuk Dek Panas, Tak Lekang Dek Hujan’.