Bakal bergelar doktor, isteri Nadir Al-Nuri cekal sambung pengajian di peringkat PhD meskipun dalam kesukaran.
Luar biasa semangat isteri aktivis kemanusiaan yang juga Pengasas Cinta G4z4 Malaysia, Nadir Al-Nuri ini. Di sebalik kesukaran hidup dan ancaman keselamatan di negaranya, Reem Almenawi tetap tekun mengulang kaji pelajaran.
Percaya bahawa ilmu dunia harus seimbang dengan ilmu akhirat, wanita berusia 43 tahun dan ibu kepada 8 cahaya mata itu kini kembali ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyambung pengajian PhD yang tertangguh di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU).
Usai pengajian, pastinya Reem Almenawi bakal bergelar doktor dalam bidang diceburi. Di bawah seliaan Prof Madya Dr Yasmin Hanani yang mahir berbahasa Arab, Reem meneruskan pengajian secara online sambil menguruskan semua anak-anak mereka ketika peper4ngan tercetus.
Ads
Selama 6 bulan terkandas di R4fah, kepulangan Reem sekeluarga memberi sinar baharu buat suami tercinta…
Ads
CEKAL SAMBUNG PHD
Menyayat hati, hebatnya semangat seorang wanita Pale5tin yang pernah menjadi ibu tunggal kepada lima anak ketika suaminya syahid di medan pertempuran.
Selepas kira-kira enam bulan pergolakan konflik di Semenanjung G4z4, aktivis kemanusiaan Nadir Al-Nuri Kamaruzaman akhirnya berjaya membawa pulang ahli keluarganya yang berada di Khan Younis ke Malaysia dengan bantuan Perdana Menteri.
Bakal bergelar doktor, isteri Nadir Al-Nuri yang cekal sambung PhD dilihat sama-sama memiliki kecintaan yang sama terhadap ilmu seperti suami tercinta. Dalam kemas kini terbaharu, Nadir Al-Nuri juga merancang untuk menyambung pengajian di peringkat Masters dalam tahun ini.
Berkahwin semula dengan lelaki hebat dan pejuang agama, jodoh Reem Almenawi dengan Nadir Al-Nuri sesungguhnya saling melengkapi.
Mungkin ada yang sudah terlupa dengan kisah berdarah yang melanda bumi Christchurch. Namun, kisah mangsa yang terkorban dan mangsa terselamat masih segar di ingatan penduduk Christchurch. Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, telah berkongsi cerita dalam sesi lawatannya ke bumi Christchurch, New Zealand baru-baru ini;
SEJENAK DI CHRISTCHURCH SIRI I
?Hati mula disinggah rasa hiba sebaik kaki melangkah keluar daripada Chrischurch International Airport. Suhu yang mencapai 16°C sedikit pun tidak terasa dek membuak-buak perasaan ingin bertemu dengan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan dalam kejadian berdarah di Christchurch.
?Destinasi pertama kami adalah rumah En. Nazril yang tidak jauh daripada lapangan terbang. Sebaik sampai, Puan Zurinawati menyambut kami di muka pintu. Masuk ke bahagian dalam rumah, kelihatan En. Nazril sedang menunggu kami di atas kerusi roda dengan senyuman yang terukir.
?Masa yang terluang, kami penuhi dengan perbualan seputar tragedi berkenaan. Alhamdulillah, kelihatannya beliau sudah hampir pulih sepenuhnya daripada trauma berkenaan. Sesekali bergenang air mata di kelopak mata kami apabila En. Nazril menceritakan situasi semasa berlakunya tembakan tersebut. Mayat bergelimpangan di mana-mana. Masih terngiang-ngiang di telinga seorang jemaah yang menyebut “Allah…Allah…” sehinggalah nyawa di hujung tenggorok dan akhirnya kematian pun menjemput. Terlalu pedih untuk digambarkan.
?Pertemuan diakhiri dengan sedikit penyampaian sumbangan daripada Yayasan Taqwa MAIWP kepada En. Nazril dan Puan Zurinawati sekeluarga. Kami mendoakan beliau segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.
Teruskan memberi sokongan moral dan motivasi buat mereka kerana itulah sumber kekuatan bagi mangsa-mangsa ini.
SEJENAK DI CHRISTCHURCH SIRI II
?Deretan jambangan bunga menyambut kehadiran kami di Masjid al-Noor. Hati tetap berdebar-debar walaupun kejadian berkenaan sudah berlalu sekian lamanya. Langkahan awal ke dalam masjid membuatkan kami terkesima. Lihatlah apa yang tertulis di papan putih itu. Subhanallah, besarnya jiwa umat Islam di sini!
?Pintu utamanya mengingatkan kami kepada seorang tua yang menyambut pengganas berkenaan dengan ucapan “Hello Brother” sebelum ditembak tanpa belas kasihan. Begitulah keindahan Islam yang meraikan sesiapa sahaja, meletakkan toleransi dan sangka baik, tanpa mengira bangsa dan warna kulit.
?Usai menunaikan solat jamak dan qasar, kami mengambil kesempatan berbual dengan beberapa warganegara Malaysia yang tinggal berhampiran dengan masjid. Mereka menunjukkan kawasan timbunan mangsa tembakan di beberapa sudut masjid.
?Alhamdulillah, dengan kuasa Allah SWT, jemaah Muslimah terselamat kerana pengganas berkenaan tidak menjumpai bahagian solat Muslimah. Begitu juga imam terselamat kerana beliau bersembunyi di belakang mimbar.
?Masjid al-Noor kini dalam proses pembaikan semula. Dinding sudah dicat semula bagi menghilangkan kesan darah yang berhamburan. Karpet dalam proses untuk ditukar. Terselit rasa bangga apabila ada juga beberapa risalah dakwah yang dikeluarkan oleh IPSI Malaysia ditempatkan di sini. Tahniah Tuan Haji Kamaruddin!
? Kami sempat berbual dengan seorang Muslim Maori bernama Muhammad yang hadir untuk solat. Raut wajahnya tegas, tubuhnya sudah pasti sebagaimana umum bangsa Maori yang terkenal dengan kegagahan dan postur fizikal yang sasa. Namun, kelebihan beliau sudah pasti pada iman yang tersemat di dada. Itulah keindahan Islam, agamaku. Semua sama di sisi-Nya kecuali iman dan taqwa yang membezakan.
?Tidak lupa kepada anggota polis New Zealand yang sentiasa berkawal 24 jam di hadapan Masjid al-Noor. Walaupun keduanya bukan Muslim, semangat perpaduan yang ditunjukkan amat mengharukan. Kami menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Taqwa MAIWP kepada Bilal Israfil selaku Jawatankuasa Masjid al-Noor
Ketabahan dan kekuatan jiwa mangsa-mangsa ini amat wajar kita contohi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tidak kenal dengan penyanyi berwajah ‘cute’, Iman Troye yang sering melatari muzik video lagu nyanyiannya berkonsepkan k-pop hingga menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini.
Pelantun lagu Teman, atau nama penuhnya Iman Alyssa Sahabudin menerusi hantaran dilaman Instagram miliknya, telah berkongsikan sebuah hantaran video berkenaan dirinya membantu golongan gelandangan dengan memberikan makanan di sekitar ibu kota.
Pada hantaran sama, Iman menyatakan keinginanya untuk meneruskan kegiatan murni ini dengan bercadang mahu membantu lebih ramai gelandangan dan fakir miskin di tempat-tempat lain.
Justeru, pada ruangan kapsyen Iman meminta buah fikiran para pengikutnya untuk mencadangkan tempat-tempat yang menjadi tumpuan golongan susah seperti ini, selain di Ibu Kota.
“Alhamdulilah syukur. Insyallah Iman dan team akan cuba kerap kan lagi aktiviti CSR. Korang boleh tolong komen dan bagi idea dekat kita siapa dan di mana lagi yang memerlukan?,” Tulisnya pada ruangan kapsyen di hantaran tersebut.
Hasil penelitian, NONA mendapati ruangan komen pada hantaran tersebut telah dibanjiri dengan doa-doa yang baik buat Iman.
Malah, tidak kurang juga yang meluahkan sokongan dan melemparkan kata-kata positif agar Iman kekal istiqamah melakukan amal kebaikan yang bersifat fadhu kifayah seperti ini.
“Alhamdulillah Iman berkongsi rezeki, semoga dimurahkan rezeki iman,” kata seorang warganet.
“Semoga Iman sentiasa dimurahkan rezeki,” ujar seorang lagi netizen.
Untuk rekod, nama Iman Troye pernah dihimpit dengan kontroversi satu ketika dahulu, kerana sukar memberikan kerjasama dengan rakan media, berikutan leceh dihubungi setelah popular.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Pasangan pelakon legenda Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 hari ini, 3 Jun 2023. Kedua-dua mereka melangsugkan perkahwinan pada tahun 1973.
Pada ulang tahun hari penuh istimewa ini, anak perempuan mereka Shweta Bachchan memuat naik potret lama Amitabh dan Jaya dirakam dalam set salah satu filem gandingan mereka. Dalam gambar vintaj itu, Jaya dilihat memakai sari, manakala Amitabh Bachchan memakai baju bercorak dan seluar putih.
Sehingga kini, perkahwinan mereka kekal bahagia dan terhindar daripada gosip dan khabar angin. Apa agaknya rahsia kebahagiaan rumahtangga mereka?
Shweta mendedahkan “Apabila ditanya apakah rahsia perkahwinan yang kekal lama, ibu saya menjawab: rasa cinta yang tak berbelah bagi, dan ayah saya pula menjawab: isteri sentiasa betul.”
Gambar yang dimuat naik Shweta mendapat maklum balas dan kata-kata manis daripada saudara mara artis dan serta netizen. Ramai diantara mereka mengucapkan tahniah dan turut mengirimkan doa untuk pasangan suami isteri kesayangan Bollywood itu agar kekal bahagia sehingga akhir hayat.
Pasangan selebriti Bollywood ini sudah lama menjadi idola dan kekal menjadi salah satu pasangan inspirasi di India.
Amitabh Bachchan bertemu dengan Jaya ketika mereka berdua terlibat cinta lokasi dalam sebuah film Bollywood yang berjudul Do Anjaane (1976).
Amitabh dan Jaya dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Abhishek Bachchan dan Shweta Bachchan Nanda dan kini mereka memiliki tiga orang cucu iaitu Agstya Nanda, Navya Naveli Nanda, dan Aaradhya Bachchan.
Tak hairanlah, setelah 50 tahun melayari bahtera perkahwinan, rumah tangga Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan kekal hingga ke saat ini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!