Sejak dulu suka tengok kehidupan keluarga pelakon Ashraf Muslim bersama dua isteri serta anak-anaknya. Biarpun hidup berpoligami tetapi Ashraf berjaya membahagiakan dan menjadi suami yang terbaik buat kedua-dua isteri tersayang, Dr Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi.

Bahagia Bergelar Suami Kepada 2 Isteri, ASHRAF MUSLIM Dapat ‘Surprise’ Birthday Yang Ke-41
Ashraf Muslim bersama dua isteri kesayangannya, Dr Dayana dan Wan Sakinah.

Malah, kebahagiaan mereka itu sering menjadi tumpuan ramai dan antara contoh pekahwinan berpoligami yang harmoni. Walaupun hidup bermadu tetapi hubungan isteri-isteri Ashraf sangat akrab. Sama-sama cantik, lemah lembut, pandai masak dan berjiwa keibuan.

Ads
Bahagia Bergelar Suami Kepada 2 Isteri, ASHRAF MUSLIM Dapat ‘Surprise’ Birthday Yang Ke-41
Keluarga bahagia.

Pada 12 September 2022 yang lalu, genaplah usia Ashraf yang ke-41. Tanpa pengetahuannya, kedua-dua isteri kesayangan yang digelar Mama dan Ibu itu telah berpakat membuat kejutan dengan memilih air terjun sebagai lokasi. Memang rare!

Bahagia Bergelar Suami Kepada 2 Isteri, ASHRAF MUSLIM Dapat ‘Surprise’ Birthday Yang Ke-41Biarpun disambut dalam suasana santai dan sederhana, tetapi momen itu sangat bermakna buat Ashraf. Memetik kata-katanya di akaun Instagram, dia memohon maaf kepada kedua-dua isteri dan berpesan agar menjaga anak-anak dengan baik sekiranya dia pergi dulu.

“Happy birthday to me! Cerita semalam plan pergi berkelah jer. Gigihlah pagi-pagi semua orang bangun nak pergi berkelah. Ingatkan sebab nak bawak anak-anak pergi mandi manda yerlah kan cuti sekolah. Angkatlah barang-barang semua gigih naik tangga.

“Duk cakap dalam hati apa yang beriya sangat sampai macam-macam barang dibawaknya. Haa.. sampai je kat atas setup-setup tempat makan dan terkejut AM bila Mama Ibu setupkan semua ni untuk AM.

Bahagia Bergelar Suami Kepada 2 Isteri, ASHRAF MUSLIM Dapat ‘Surprise’ Birthday Yang Ke-41“Terima kasih Mama Ibu kerana meraikan birthday AM ke 41 ni. Dah tua dah. Huhuhu. AM doakan semoga Mama Ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat. Maafkan ayah salah silap selama ini.

Bahagia Bergelar Suami Kepada 2 Isteri, ASHRAF MUSLIM Dapat ‘Surprise’ Birthday Yang Ke-41“Jika ayah pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik. I love you all.”

Dr Dayana dan Sakinah turut berkongsi ucapan ringkas buat suami tercinta mereka itu di akaun Instagram @ashrafslegacy:-

Happy Birthday ayah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Sentiasa jaga hati untuk Mama, Ibu dan anak-anak ok! Terima kasih kerana menjadi imam yang baik buat kami.

Ads

Lots of love,
Mama & Ibu
Sarah, Adam, Anas & Safiyyah

BELAJAR MEMBERI & MENERIMA
Pernah berkongsi kepada Majalah Nona sebelum ini, Ashraf menganggap perkahwinan mereka itu adalah satu ukhwah terhebat dalam hidupnya. Dayana dan Sakinah adalah amanah Allah SWT kepadanya untuk mendidik mereka menjadi isteri yang solehah.

Bahagia Bergelar Suami Kepada 2 Isteri, ASHRAF MUSLIM Dapat ‘Surprise’ Birthday Yang Ke-41Manakala bagi Dr Dayana pula, sebagai isteri pertama dia bersyukur mengenali Sakinah yang dianggapnya seperti sahabat yang sentiasa ada bersama. Menurutnya, apabila berkongsi kasih seorang suami, tolak ansur adalah sangat penting.

Ads

Ashraf juga sering mengingatkan mereka tentang sabar selain belajar untuk memberi dan menerima demi kebahagiaan bersama. Dr Dayana dan Sakinah bersyukur kerana dikurniakan suami yang adil dan bertanggungjawab.

Bahagia Bergelar Suami Kepada 2 Isteri, ASHRAF MUSLIM Dapat ‘Surprise’ Birthday Yang Ke-41Dalam pada itu, Sakinah menyatakan, menggalas status isteri kedua bukannya mudah namun dia melaluinya dengan tenang dan bahagia. Walaupun usianya lebih tua daripada Dr Dayana namun dia tetap menghormatinya.

“Saya kagum dengan sikap Dayana yang sentiasa tenang dan tidak mudah melatah. Bila bermadu masing-masing kena faham peranan termasuklah berkaitan giliran. Kami tidak akan ganggu privasi masing-masing terutama ketika giliran.”

Bahagia Bergelar Suami Kepada 2 Isteri, ASHRAF MUSLIM Dapat ‘Surprise’ Birthday Yang Ke-41Untuk info, Ashraf dan Dr Dayana berkahwin pada Ogos 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia 7 tahun.

Manakala perkahwinan Ashraf dengan Sakinah pada Julai 2013. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.

Kredit Foto: Instagram Ashraf Muslim & Ashrafs Legacy

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI