Seronoknya baca posting terkini Dato Dr Sheikh Muszaphar di akauan Instagramnya. Mereka bakal menimang cahaya mata kembar sekali lagi! Selepas Adam dan Noah, kembar yang bakal lahir ini tentu menambah keceriaan mereka sekeluarga! Meriah posting terkini itu dengan ucapan tahniah dan beribu-ribu likes. Ramai yang teruja doc!
Tulis Dr Sheikh, isterinya kini sedang hamil 13 minggu. Beliau begitu teruja untuk melalui pengalaman ini sekali lagi dan sentiasa mahukan sebuah keluarga besar. Namun, setiap kegembiraan pasti ada pengorbanan yang terpaksa dilakukan.
“Alhamdulillah, syukur teramat. Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins. I’m just thrilled , speechless and over the moon. It’s like Dejavu all over again.
We have always wanted a big family. But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before. Double nauseous, double vomiting, double bloating, double craving, double bleeding – which she did.”
Difahamkan, Dr Halina terpaksa mengharungi trimester pertama kehamilan ini di saat beliau menjadi fronliners merawat pesakit Covid-19. Dr Sheikh menzahirkan penghormatan paling tinggi buat isteri tercinta.
“It was tough seeing Dr Halina undergoing her 1st trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect.”
Sebagai suami, Dr Sheikh turut membuat deal dengan isterinya, iaitu bersama-sama menaikkan berat badan!
“The only thing I could do is to gain weight with her which is part of the deal – Haha.” Nota akhir buat Dr Halina juga semestinya menjadi ‘impian’ setiap wanita. Kata-kata keramat inilah yang senantiasa ditunggu-tunggu dari mulut suami.
“Do be strong my love. Just hang in there and leave the workload of the kids to me.” Sweetnya… Sophea Isabella (Bella) dan Sophea Natasha (Tasha) mesti tak sabar-sabar nak dapat adik baru kan?
Pasangan suami isteri ini mula mendirikan rumahtangga pada Oktober 2010 dan telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabela, Sophea Natasha serta pasangan kembar Adam dan Noah. Laman Instagram mereka tidak pernah sunyi dengan posting berbentuk ilmu pengetahuan lebih-lebih tentang hal-hal keibu bapaan.
Lepas ni bolehlah kita tengok rutin harian Dr Sheikh dan Dr Halina dalam membentuk perkembangan anak-anak. Tak sabar!