Berseri-seri wajah ibu hamil yang juga penyanyi dangdut popular Indonesia, Lesti Kejora! Sarat mengandung anak kedua, selebriti berkenaan mengambil kesempatan sebelum melahirkan anak dengan menjalani sesi fotografi di samping suami tercinta dan anak tersayang, Muhammad Leslar Al-Fatih.
Menerusi perkongsian terbaharu itu, Lesti tampil menawan dalam persalinan rona putih. Sedondon dengan suami, Rizky Billar dan anak lelaki kesayangan sambil dilatari dengan bunga-bungaan rona putih dan merah jambu.
Sebelum ini pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck menggemparkan dunia selepas melangungkan perkahwinan secara mengejut di Las Vegas. Dan baru-baru ini dikhabarkan mereka berdua melangsungkan perkahwinan sekali lagi, kali ini dalam majlis tertutup dan dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat sahaja. Ia berlangsung di kediaman Affleck di Savannah, Georgia pada Ahad. Menurut People Magazine, kesemua anak-anak pasangan itu turut hadir.
Kemuncak acara perkahwinannya menyaksikan Jennifer Lopez tampil dengan gaun pengantin penuh dramatis dengan veil yang lebih panjang dari gaunnya. Menurut Bazaar, gaun pengantin Jennifer Lopez tersebut merupakan hasil sentuhan magis dari Ralph Lauren couture.
Jika sebelum ini, gambar gaun perkahwinannya tidak begitu jelas dan peminat sering tertanya-tanya bagaimanakah rupa persalinan Jennifer untuk resepsi keduanya. Mujurlah hari ini, Jennifer Lopez memuat naik gambar-gambar persalinannya di dalam website onthejlo.com.
Jika sebelum ini gaun lebih sederhana dengan gaun kasual, namun kali ini ia lebih dramatik, ‘couture’ dengan perincian yang lebih anggun.
Gaun pengantin pertama yang dipakainya adalah yang pertama daripada tiga gaun Ralph Lauren untuk malam itu. Lebih daripada 1,000 sapu tangan dan 500 meter kain telah dipotong menjadi ruffles untuk dijadikan versi ethereal turtleneck klasik Ralph Lauren. Ruffles itu kemudiannya dilekatkan menghasilkan skirt yang lebar dan romantis.
Jennifer kemudiannya menyarung dua persalinan tambahan oleh Ralph Lauren, satu menampilkan rentetan mutiara dan satu lagi dengan siluet ikan duyung dengan garis leher yang dihiasi kristal Swarovski.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terutama sekali bagi wanita yang bergelar ‘public figure’ atau selebriti yang perlu sentiasa tampil ‘on point’, lihat sahaja figura penyanyi dan pelakon Amira Othman yang sentiasa kelihatan manis dan cantik setiap kali berhadapan dengan orang ramai.
Justeru, team NONA berkesempatan bertanyakan kepada Amira apakah rutin yang sering dilakukan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan rambutnya. Meski seharian perlu mengenakan tudung emi menutup aurat. Nah ini dia beberapa tip yang di kongsikan Amira. Jom semak!
Walaupun berhijab, Amira tidak sesekali mengabaikan kesihatan dan kesegaran rambut. Amira akui sering menghabiskan masa ke salon kecantikan sama seperti perempuan yang lain.
Selain daripada mendapatkan rawatan rambut dari salon-salon kesukaannya, Amira akui sentiasa menitik beratkan soal produk barangan rambut yang dipakai. Syampu, Perapi rambut dan ‘hair mask’ adalah perkara wajib untuknya menggunakan setiap kali mencuci rambut.
Perkara paling penting Amira tidak akan sesekali mengikat rambut sekiranya ia masih basah. Perkara ini bukan sahaja membuatkan rambut ‘berbuah’ dan berkelimumur, malah akan mengakibatkan rambut berbau hapak! Sebaiknya dia akan mengeringkan rambut terlebih dahulu kemudian barulah mengikat rambut.
Jadi wanita yang bekerjaya, perlulah menjaga dan menitikberatkan kesihatan rambut. Bukan sahaja demi keselesaan diri sendiri. Malah, untuk kemaslahatan orang sekeliling juga. Kalau rambut berbau akan membuatkan tudung menjadi kepam.
Jom sama-sama amalkan tips yang telah dikongsikan oleh Amira ni!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Memang geram kalau tengok sehelai uban yang tumbuh atas kulit kepala. Rasa nak cabut jer uban tu. Tapi, bila ingat balik orang tua-tua cakap, kalau cabut uban nanti akan tumbuh lagi banyak uban atas kepala. Terus tak jadi cabut.
Siapa yang pernah hadapi situasi begini, baik mengaku. Ahli Trichologist Klinikal, Siti Farah Azwin Abd Khalid, telah menghuraikan secara terperinci tentang perbuatan cabut uban ini.
“Kalau uban dicabut itu bererti membuat uban bertambah banyak. Ini adalah tidak tepat. Kadar pertumbuhan rambut seseorang bergantung penuh kepada keadaan setiap folikel rambut di atas kulit kepala.
Selain daripada aspek luaran, aspek dalaman juga perlu diambil kira. Hal ini berkait rapat dengan genetik individu, ketidakseimbangan hormon, pengambilan makanan dan cara hidup yang tidak sihat serta penjagaan rambut yang salah.
Jika seseorang individu sedang menghadapi masalah ketidakseimbangan hormon dan tidak mengamalkan pemakanan yang sihat seperti mengambil makanan yang bernutrisi tinggi dan tidak mengambil vitamin serta antioksida tambahan, seperti Multiviamins dan Minerals seperti Zinc, Selenium, Magnesium, Antioksida seperti CoQ10-Ubiquinol serta Vit D3+ K2, folikel rambut akan menghasilkan helaian rambut baru yang tidak sihat, tidak utuh mudah putus atau gugur serta melanin rambut yang tidak berpigmen (tidak berwarna) menyebabkan rambut berwarna putih atau dinamakan uban.
Jika tahap kesihatan seseorang tidak sihat pada ketika rambut berada di fasa Anagen ditambah pula dengan folikel rambut mengalami kerosakan akibat perbuatan cabut rambut, maka rambut baharu mungkin tidak akan tumbuh atau mengambil masa yang lama untuk tumbuh dan kualiti rambut baru itu akan menjadi mudah putus atau gugur.
Genetik individu yang menghasilkan helaian rambut yang kurang di dalam folikel rambut, ditambah pula dengan hormon yang tidak seimbang, maka penghasilan bilangan helaian rambut ini akan bergantung kepada tahap kesihatan fisiologi badan seseorang itu.
Jika badan seseorang sedang berada pada tahap kesihatan yang optimum dan beliau mengamalkan pemakan yang sihat, pengambilan supplemen dan vitamin yang padu serta berkualiti serta tahap hormon yang seimbang, maka rambut yang tumbuh akan banyak dan berwarna hitam.
Sebaliknya jika penjagaan kesihatan yang rendah, penjagaan rambut yang salah, akan menghasilkan helaian rambut yang sedikit serta kurang melanocytes yang menghasilkan eumelanin dan menyebabkan rambut tidak berwarna serta bertukar kepada warna putih atau uban,” katanya.
Cara Hindari Rambut Beruban
1. Pengambilan vitamin dan antioksida tambahan yang betul dan berkualiti. Langkah awal seseorang untuk menjaga kesihatan badan yang optimum adalah dengan mengambil vitamin yang ringkas seperti Multivitamins dan Minerals, Zinc, Selenium, Magnesium,
Omega 3 Fatty Acids untuk minda, CoQ10 Ubiquinol untuk tenaga dan Vitamin D3 + K2. Pengambilan vitamins dan antioksida yang lengkap dapat membantu fisiologi badan untuk bekerja dengan lebih optimum.
2. Minum air yang cukup setiap hari untuk jauhkan diri dari terhidratasi. Boleh memilih untuk membuat jus buah-buahan di dalam diet harian. Jus avocado, lobak merah, dan citrus adalah yang terbaik untuk dinikmati bagi penjagaan warna rambut untuk kekal berwarna hitam dan tidak kusam.
3. Tidur yang cukup juga banyak membantu seseorang dari mendapat uban. Kajian menunjukkan, tidur yang cukup iaitu 7-8 jam sehari dapat membantu proses sintesis protein untuk rambut, selain itu juga membantu perembesan hormon-hormon penting di dalam badan seperti Thyroid, Cortisol, DHEA, DHT, Progesterone Testosterone.
Melatonin, hormon yang membantu untuk mengawal kitaran tidur dan bangun serta dapat membantu dengan penyuburan rambut dan mengurangkan rambut gugur dan meningkatkan penghasilan melanocytes yang membantu untuk meransang sel-sel membuat eumelanin yang memberi warna kepada rambut.
4. Penggunaan syampu dan perapi rambut yang sesuai juga penting bagi menghindarkan rambut anda dari beruban. Pilihlan syampu yang Bebas Paraben, Bebas Sodium Lauryl Sulfate (SLS), Bebas Sodium Laureth Sulphate (SLES). Kandungan bahan kimia ini bersifat menghakis dan menghilangkan kulit minyak yang telah terbentuk semula jadi di kepala. Dengan adanya bahan kimia di atas di dalam sesuatu produk pencuci, ia akan mengaktif dan merangsangkan lagi rembesan minyak di kulit kepala. Jika tidak dijaga akan membuatkan seseorang itu mengalami kulit kepala yang lagi berminyak. Maka pemilihan syampu dan perapi yang terbaik haruslah terdiri dari ciri-ciri seperti terdapat pati minyak tumbuh-tumbuhan (essential oils) yang berkualiti tinggi di dalam kandungan syampu dan kurang buih kerana tiada SLS dan SLES.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MasyaAllah, lunak suara Afiqah Jalil yang merupakan anak kepada selebriti veteran iaitu Jalil Hamid. Ternyata Afiqah atau lebih dikenali sebagai Iqa bertuah kerana mewarisi bakat ayahanda tersayang dalam bidang muzik. Dah namanya anak kepada penyanyi, pasti darah seni mengalir deras dalam diri wanita ini.