Seronok melihat reaksi anak-anak pasangan selebriti serta usahawan Raf Yaakob dan Mawar Rashid ketika majlis gender reveal yang diadakan baru-baru ini. Masing-masing bersorak girang saat belon dipecahkan, tengok pula belon merah jambu berterbangan!

Majlis yang diadakan pada hujung minggu itu dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai keluarga mereka.

IKLAN

Membilang hari menimang cahaya mata ketiga, penampilan Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Sahputri Wan Abdul Rashid, 28 dalam dress biru meraih perhatian.

“Siapa teka betul?” Mawar Rashid

 

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan adik kepada Dato’ Fazley Yaakob ini dan anak-anak mereka bersorak gembira apabila mengetahui jantina adik bongsu yang dilahirkan itu.

Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf sendiri juga turut berkongsi video yang memaparkan momen-momen manis dalam majlis tersebut.

Bakal Timang Baby Girl, Raf Yaakob & Mawar Rashid Teruja Menanti Kelahiran Anak Ketiga

 

Bakal Timang Baby Girl, Raf Yaakob & Mawar Rashid Teruja Menanti Kelahiran Anak Ketiga

 

IKLAN

Bakal Timang Baby Girl, Raf Yaakob & Mawar Rashid Teruja Menanti Kelahiran Anak Ketiga

 

Mawar sebelum ini pernah berkongsi dugaan alahan yang amat berbeza dalam kehamilan kali ini. Beliau juga menzahirkan rasa kagum dengan wanita yang berhadapan alahan yang teruk sehingga menjejaskan kualiti kehidupan seharian.

“Kehamilan kali ini saya berhadapan dengan alahan yang amat teruk. Saya terpaksa masuk air, makan ubat dan dimasukkan ke hospital akibat tidak boleh menjamah sebarang makanan.

IKLAN

Malah sewaktu kandungan di trimester pertama, saya berhadapan situasi tak boleh menjamah makanan atau minuman sehingga timbul masalah dehidrasi.” Mawar Rashid

Bakal Timang Baby Girl, Raf Yaakob & Mawar Rashid Teruja Menanti Kelahiran Anak Ketiga
Foto: Instagram @mawarashid

 

Selain alahan makan dan minuman yang teruk, Mawar juga banyak berkurung di dalam bilik sehingga dia tidak mempunyai ‘rasa’ hendak melakukan sebarang pekerjaan.

Namun begitu, sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata, Mawar bernasib baik kerana sokongan dan bantuan dari Raf, ibu dan adik-beradik banyak membantu dirinya berhadapan dengan situasi tersebut.

Dalam usia 27 tahun, Mawar bakal menimang cahayamata ketiga awal tahun hadapan. Bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017.

Mereka dikurniakan dua anak iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta. Mawar juga mempunyai dua orang anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Raf.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI