Sekalung tahniah buat Diana Danielle kerana berjaya menonjolkan kemampuan dirinya sebagai pelakon menerusi filem terbaharu, Imaginur. Bukan lagi nama asing dalam industri seni tanah air, pengalaman yang diraih Diana sejak menceburi dunia lakonan ketika berusia belasan tahun nyata memberi kelebihan buat aktres cantik tersebut.

IKLAN

Filem Imaginur yang turut dibintangi Beto Kusyairy mula ditayangkan pada 23 Februari lepas mendapat pelbagai reaksi daripada peminat filem.

Difahamkan filem arahan Nik Amir Mustapha berkenaan berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat jumlah kutipan RM4 juta!

Bakat Lakonan Diana Danielle Dipuji, Isteri Cantik Farid Kamil Ini Serba Boleh & Berjiwa Lasak! Bakat Lakonan Diana Danielle Dipuji, Isteri Cantik Farid Kamil Ini Serba Boleh & Berjiwa Lasak! Bakat Lakonan Diana Danielle Dipuji, Isteri Cantik Farid Kamil Ini Serba Boleh & Berjiwa Lasak!

Berita gembira itu dikongsikan Diana sendiri yang merupakan heroin filem tersebut di media sosial miliknya.

“Thank you. Sokongan dari anda semua memang luar biasa. I can’t thank you enough. The messages we got and the tags telling us how much this means to you personally, will be something I’ll remember forever.”

Bakat Lakonan Diana Danielle Dipuji, Isteri Cantik Farid Kamil Ini Serba Boleh & Berjiwa Lasak! Bakat Lakonan Diana Danielle Dipuji, Isteri Cantik Farid Kamil Ini Serba Boleh & Berjiwa Lasak! Bakat Lakonan Diana Danielle Dipuji, Isteri Cantik Farid Kamil Ini Serba Boleh & Berjiwa Lasak! Bakat Lakonan Diana Danielle Dipuji, Isteri Cantik Farid Kamil Ini Serba Boleh & Berjiwa Lasak!

IKLAN

Selain berbakat sebagai pelakon, Diana yang meniti usia 32 tahun ini juga boleh menyanyi. Antara lagu dendangan Diana seperti Tentang Kita, Shine On, Penyembuh Rindu dan Senyummu Lagi.

Malah pada tahun 2018, Diana pernah beraksi di litar lumba dan memenangi tempat ketiga dalam Toyota Gazoo Racing, TGR Festival di samping beberapa artis tempatan antaranya Fattah Amin, Syukri Yahya dan Janna Nick.

IKLAN

Bakat Lakonan Diana Danielle Dipuji, Isteri Cantik Farid Kamil Ini Serba Boleh & Berjiwa Lasak! Bakat Lakonan Diana Danielle Dipuji, Isteri Cantik Farid Kamil Ini Serba Boleh & Berjiwa Lasak! Bakat Lakonan Diana Danielle Dipuji, Isteri Cantik Farid Kamil Ini Serba Boleh & Berjiwa Lasak!

Bahkan Diana ketika zaman remaja merupakan bekas wirawati bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson mendirikan rumah tangga dengan pelakon handalan, Farid Kamil pada 3 November 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI