Ads

Balenciaga Buat Hal! ‘Beg Sampah’ Pun Bernilai Lebih RM7900, Sebabnya…

Jenama fesyen mewah, Balenciaga baru-baru ini memperkenalkan produk terbaharunya, Trash Pouch, yang boleh dianggap sebagai ‘beg sampah’ paling mahal di dunia berharga AS$1,790 (RM7,974). Menerusi maklumat di laman web Balenciaga, item itu direka dan dikeluarkan sebagai sebahagian daripada Pertunjukan 360° Musim Sejuk 2022. Pertunjukan tersebut menampilkan tema merangkumi aksesori fesyen yang melampau atau exaggerated fashion accessories.

Balenciaga Buat Hal! ‘Beg Sampah’ Pun Bernilai Lebih RM7900, Sebabnya…

Balenciaga juga mengesahkan bahawa reka bentuk produk kontroversi itu sememangnya diilhamkan dari plastik sampah. Namun mengapa harganya begitu mahal?

Ads

Portal New York Post melaporkan ia dibuat dari kulit anak lembu, ditambah pula dengan logo popular Balenciaga.

Balenciaga Buat Hal! ‘Beg Sampah’ Pun Bernilai Lebih RM7900, Sebabnya…

Ads

Hal ini mungkin tidak menghairankan kerana Balenciaga sememangnya terkenal dengan ciptaan luar kebiasaan dan eksperimen sosial.

“Balenciaga hanya mahu melihat siapa yang cukup bodoh untuk membeli barangan itu. Mereka menjual beg sampah pada harga AS$1,790. Mesti akan ada seseorang yang akan memberitahu saya ia adalah seni,” tulis seorang pengguna Twitter.

Ads

Pengarah Kreatif syarikat itu sendiri, Demna Gvasalia, dikatakan terhibur dengan idea penghasilan beg itu dan tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat beg plastik sampah paling mahal di dunia, kerana menurutnya, “Siapa yang tidak sukakan skandal fesyen?”.

Sumber: ASTRO Awani

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Amyra Rosli Bahagia Di Sisi Amar Baharin

Hampir Sedekad Kahwin & Tanpa Kontroversi, Amyra Rosli Bahagia Di Sisi...

Pejam celik usia perkahwinan selebriti cantik, Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal menginjak 10 tahun pada November nanti. Sedekad layari alam perkahwinan nyata bukan satu tempoh yang singkat. Pastinya sepanjang perkahwinan kedua-duanya sudah pun berdepan dengan pelbagai suka dan duka. Namun tetap setia dan saling menyayangi hingga sekarang.