
Di antara aktiviti menyeronokkan kalau balik ke kampung adalah membelek album gambar. Bagi yang dah beranak-pinak, masa inilah nak tunjukkan pada anak-anak gelagat kita masa kecil-kecil dulu. Tak terlepas, usahawan dan jurusolek yang juga pempengaruh media sosial, MUABELLAZ berkongsi gambarnya yang penuh kenangan.
“Balik rumah Tok terjumpa gambaq kami masa 4 beradik.
Mahal gambar ni sebab Bellaz banyak gambar kecik-kecik ni gambar kedua ketiga Bellaz rasa.
Masa saya kecik, mulut merah tak lepas naa.

Macam Yusuf ada sikit, Aidil ada sikit, Eica pon ada…” MUABELLAZ
Tambahnya, gambar ini turut disertai arwah abangnya yang meninggal kerana demam panas. Bella sempat memohon peminat menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah yang amat disayanginya.
Satu perkara lagi yang menarik perhatian, ramai yang menyedari bakat Bella dalam solekan sebenarnya sudah tersemai sejak kecil.
Siap bergincu merah, kecomelan Bella dikatakan seiras anak-anaknya sekarang!



Nur Nabila Zulyadaini atau MUABELLAZ merupakan ibu kepada empat cahaya mata iaitu Iris Alisya, Aidil Mikhail, Ean Yusof dan Nur Aisywara Nealofa.
Sempena Hari Raya ini, Bella tak keberatan memenuhi hajat kami yang teringin memotretkan wajahnya dengan si comel sebagai penghias sampul digital Nona Mei 2023.
Terkenal dengan mata kelabu dan raut wajahnya yang comel, kecomelan Lofa yang baru menginjak usia 9 bulan jadi perhatian. Berkulit putih bersih dengan rambut ikal kecoklatan, anak bongsu Bella rupanya membesar dengan sihat kerana menyusu badan. Geram sungguh tengok telatah Lofa!

Tidak sukar membayangkan mengapa Pengasas Bellaz Beauty yang juga pempengaruh media sosial ini enggan berpindah ke bandar raya. Kampung ini ada jiwa di dalamnya, jauh daripada hiruk-pikuk kota, bunyi ekzos letup-letup, drama dunia… Bella lebih puas membesarkan anak-anak di sini.
“Saya seronok duduk kampung. Pahit manis, pengalaman hidup saya di sini. Bila dekat dengan famili saya rasa lebih selesa. Malah anak-anak pun saya ‘lepaskan’ mereka bermain, pergilah main selut, sauk ikan, lari-lari atas batas… biar mereka nikmati alam kanak-kanak macam saya ‘berlemuih’ dulu.” Bella
AIDILFITRI
Persiapan raya Bella, meriah tak? Tanya penulis sambil meninjau ke seluruh ruang bilik mekapnya.
“Jujurnya biasa-biasa saja, pakai apa yang ada. Beli tapi tak berlebihan.”
Tambah Bella, dia hanya membeli dua pasang baju raya saja untuk dipakai Syawal pertama dan kedua. Tapi yang penting menu juadah raya memang meriah, antara masakannya Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Ayam Masak Merah. Kuih raya Cornflakes Madu buatan tangannya pun ada!


Berlatarkan Gunung Keriang, angin sepoi-sepoi dan lambaian dedaun nyiur, cerita hidup Bella seterusnya menjadi topik bicara kami.
“Saya ni tengok jer macam ni (gelak-gelak) tapi sebenarnya saya garang. Garang dan tegas yang bertempat. Sebelum anak nak keluar main, pastikan dulu kerja rumah dah siap kalau tak mahu dicubit.
Anak-anak boleh dapat apa yang mereka nak, tapi tidaklah selalu kerana saya ajar mereka erti kesusahan untuk mendapatkan sesuatu. Saya tak ajar mereka bermewah-mewah malah selalu kongsi kesusahan hidup saya dulu.
Dulu saya selalu ponteng sekolah. Kesusahan hidup masa tu sampai ke tahap terpaksa menjaga adik-adik seramai tiga orang bila Mak bersalin. Sayalah yang jaga adik, memasak. Saya tak mampu. Cikgu sampai faham, mereka pernah datang tengok situasi saya di rumah bila saya selalu tak ke sekolah.
Cikgu-cikgu berpakat nak tolong saya, sara biaya persekolahan saya. Memang sedih kalau diingatkan, banyak sangat pahit manisnya. Mereka bagi saya belanja duit makan dan tambang bas sekolah. Hari-hari mesti pergi pejabat guru dan ambil duit. Sehari RM3 sampai saya Tingkatan 5. Dan paling saya ingat Ustaz Muslan, dialah cikgu yang paling banyak ambil berat.” Bella

Perkara yang membuat Bella menangis?
“Adalah momen-momen yang saya teringat. Orang yang suka gelak-gelak ni banyak memendam. Sebab tu saya suka alam, supaya saya ingat siapa diri saya. Kadang-kadang bila saya tidur dalam aircond sejuk, teringat nikmat-nikmat yang Allah bagi, dulu susah tapi sekarang alhamdulillah.
Saya tanya diri saya, nikmat apa lagi saya nak? Semua dapat. Sampai menitik air mata sendiri. Ingat lagi pernah dihina, dikecam. Paling saya ingat sampai mati, kata-kata orang yang saya mekap macam n***s. Itu paling menusuk hati. Orang fitnah macam-macam, cancel booking makeup disebabkan fitnah tu. Mekap macam n****s, mekap tak cantik.
Masa tu saya bajet bila pelanggan bayar nanti, dapatlah saya pergi makan di Secret Recipe. Teringin nak merasa tapi tiba-tiba semua cancel. Allahu, sedih kalau diingatkan semula.” Bella

Merancang supaya legasi bisnesnya dapat diwariskan kepada anak-anak, Bella sejak awal lagi sudah merancang strategi kewangannya sebaik mungkin. Untuk perniagaan, dia mahu sentiasa diingati sebagai usahawan berjaya.
“Kita menangis kena menangis. Menangislah sepuas-puasnya tapi jangan lama-lama. Hidup hanya sekali, jadikan ia sebaik mungkin untuk diri kita dan orang sekeliling.” Bella
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!













Pun begitu, ibu kepada 3 anak lelaki ini tidak pernah mengalah mahupun serik untuk terus berniaga. Sebaliknya, Sheila kembali bangkit demi minatnya yang mendalam terhadap bidang perniagaan. Graduan Ijazah Sarjana Muda (Pemasaran Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah ini bijak dan pantas mencari peluang perniagaan baru. Sheila kini bergelar Leader dan Master Stokis di Midi Rich Enterprise yang menjual produk-produk kesihatan serta ruang menjadi leader untuk team. Menurut Sheila, produk-produk kesihatan yang dijual mempunyai permintaan yang tinggi dan mudah untuk close sales.
“Semasa saya kecil, arwah Mak pernah berniaga satay Kami sekeluarga membantu Mak berniaga depan rumah. Abah pula bekas askar dan sampai sekarang masih berniaga air batu. Kakak sulung saya bekerja sebagai akauntan manakala kakak yang ke-2 ada bisnes servis mengurut selepas bersalin. Adik lelaki pula seorang askar komando.
Adakalanya suami dan anak-anak akan ikut tetapi selalunya mereka akan tunggu dalam kereta saja atau suami akan bawa anak-anak jalan-jalan di sekitar kawasan saya coaching team. Selain itu, suami turut membantu saya mengepos produk kepada customer, bantu saya buat bisnes, bungkuskan produk dan berikan kata-kata semangat untuk saya terus berjaya. Keluarga juga banyak support saya dalam bisnes.
Semasa PKP, lockdown dan PKPD saya tetap buat personal coaching secara virtual termasuk kelas online setiap minggu dengan team menggunakan Google Meet, Zoom dan panggilan video di WhatsApp. Malah, saya turut memberi reward kepada team contohnya barang kemas dan produk kecantikan agar mereka lebih bersemangat seterusnya dapat meningkatkan pendapatan mereka.
Manakala momen manis pula antaranya ialah ketika buat bisnes AG CERA saya menerima mockup Cheque 5 angka di atas pentas ketika majlis Gala Night. Ketika itu saya baru lepas habis pantang. Baby baru 2 bulan. Ketika mula-mula usahakan bisnes AG CERA saya berjaya peroleh 5 angka. Kerap juga dapat reward berupa barang kemas, jam tangan mewah, tudung dan telekung.
Prinsip saya, dahulukan Allah SWT dalam segala hal. Buat yang Dia suruh, beri banyak manfaat kepada orang lain. Paling penting tahu tujuan berbisnes. Adakah semata-mata untuk kayakan diri sendiri atau membantu selesaikan masalah orang lain? Lebih banyak kita memberi, lebih banyak yang akan kita dapat.
Bagi saya setiap wanita perlu ada pendapatan sendiri. Jangan harapkan duit suami atau keluarga. Selain pendapatan sendiri, wanita juga perlu ada simpanan. Bila ada duit sendiri percayalah orang akan salute dengan kita, tak pandang rendah dan kita boleh beli apa saja yang diinginkan tanpa harapkan duit orang lain.
Impian saya nak bawa ahli keluarga mengerjakan haji dan umrah. Selain itu, saya nak kembangkan lagi team bukan saja di Malaysia bahkan serata dunia. Saya nak semua team bergelar jutawan yang dermawan tak kira peringkat umur dan latar belakang,” akhiri Sheila yang aktif memberi sumbangan terhadap rumah anak-anak yatim dan asnaf di Banting, Selangor.





