
Trend solekan kening sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Daripada yang dilukis nipis kepada tebal, kening bulu pelepah dan terkini gaya squiggly brows, pencinta solekan tak pernah kering idea menata rias bahagian ini.
Tapi sebanyak mana pun trend solekan kening yang tercipta, tidak ada satu pun yang mengetengahkan idea untuk si pemilik kening bercantum atau unibrow.
Memiliki bentuk kening yang bercantum di tengah ini dipandang seperti satu kesalahan kecantikan, lalu mendorong pemiliknya ‘memisahkan’ kening agar dilihat normal.
Sebaliknya bagi model Greek, Sophia Hadjipanteli, dia tekad membuktikan bahawa tiada yang memalukan tentang kening bercantum. Gadis jelita yang berambut kuning keemasan itu turut menghitamkan bulu keningnya agar ia kelihatan lebih menonjol.
“Saya sedar bahawa rupa paras saya ini mungkin tak menepati citarasa semua orang. Mungkin ia tak menarik tapi saya tak kisah pun apa kata orang. Sejujurnya saya suka dengan wajah saya sekarang. Kening bercantum saya adalah diri saya dan saya bangga mengekalkannya.
Apabila kita suka menilai penampilan orang lain semata-mata ia berbeza dengan diri kita, atau orang lain, itu menggambarkan hati kita yang sangat bertoksik,” ujar Sophia melalui akaun Instagramnya.
Jadi berbanggalah dengan kening semula jadi kita. Biarlah ia tebal atau jarang atau pendek sekali pun, tak perlu malu memilikinya! Jom tengok lagi foto-foto Sophia yang cantik ni. Norzalina Mohd Alias








Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Agak-Agak Anda Tahu Tak JENIS LIPSTIK Yang Selalu Dipakai? Jom Semak Jenis-Jenis Ini

Wanita dan lipstik memang tidak dapat dipisahkan. Jika anda mengaku sebagai beauty lover maka wajib menyimpan paling tidak sebatang lipstik di dalam tas tangan.
Memiliki lebih daripada satu warna lipstik memang sangat diperlukan kerana ia perlu padan dengan baju yang dipakai. Setiap warna juga memiliki efek yang berbeza dalam penampilan.
Sebelum itu kita perlu semak jenis lipstik yang perlu dipakai. Bagaimana memilih lipstik tahan lama di bibir dan bagaimana pula ingin bibir tampil penuh? Setiap lipstik mempunyai bentuk dan kelebihan yang berbeza.
(a) Lipstik Matte
Lipstik jenis ini biasanya didatangkan dalam bentuk batang. Lipstik jenis matte memiliki warna yang solid dan berbagai. Kebiasaannya lipstik jenis ini tidak berkilat dan hanya memiliki sedikit pelembap.
Bagi memelihara kelembapan bibir elok menyapu pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles lipstik di bibir. Lipstik jenis ini memiliki kelebihan tahan lama sepanjang hari sehingga tidak perlu sering menambahnya.
(b) Lipstik Satin
Kewujudan lipstik jenis satin ini hampir sama dengan jenis matte. Cuma lipstik jenis satin mempunyai tekstur yang berkilat dan mengandungi pelembap yang lebih banyak berbanding lipstik matte. Lipstik jenis ini tidak melekit dan sangat popular kerana tidak perlu gusar bibir kering selepas dioles.


(c) Lipstik Glossy
Bentuk lipstik jenis glossy ini tidak padat serta mempunyai tekstur cair dan kental. Mempunyai warna yang pelbagai dan memberi efek berkilat. Terdapat juga lipstik jenis ini disertakan sekali glitter untuk kesan yang ketara.
Kelebihan lipstik jenis ini memberi efek bibir kelihatan penuh dan seksi. Cuma perlu berhati-hati kerana lipstik ini mudah melekat apabila tersentuh. Selain itu, ia tidak tahan lama dan perlu sering mengoles jika sudah hilang dari bibir.

(d) Pensel bibir
Pensel atau pengalit bibir berfungsi untuk membingkai bibir agar boleh melukis bentuk yang dikehendaki. Tidak semua orang memiliki bibir yang sempurna maka pensel bibir boleh menebalkan bibir yang nipis dan simetri bibir jika tidak sempurna.
Setelah melukis bibir sapu lipstik agar tampil semakin cantik dan bergaya. Jangan sekali-kali tidur tanpa membersihkan lipstik di bibir. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umur 55 Tapi Kulit Masih Anjal Licin, Akhirnya Datin Noor Kartini Dedah Rahsia ‘Foundation’

Sudah tiga tahun berlalu sejak kali terakhir penulis menemui Datin Noor Kartini Noor Mohamed di sebuah majlis anjuran Naelofar Hijab. Ibu kepada sembilan cahaya mata itu jelas begitu anggun, putih mulus kulitnya biarpun sudah mencecah 50-an. Nampak sebaya pula kalau Datin berdiri di sisi anak-anak tersayang.
Baru-baru ini, kesempatan bertemu Datin Noor Kartini atau yang mesra kami sapa Datin Tini secara maya, bagai mengimbau nostalgia. Di sebelah anak daranya, Athisha Khan, Datin Tini tenang menyapa tetamu media dengan kecantikan yang sama. Sungguh jelita sekali orangnya, seperti langsung tidak dimamah usia.


Sebagai isteri VIP dan berdarah kacukan Pakistan-Arab, sudah tentu ramai menganggap…
‘kalau banyak duit, tentulah cantik’
‘kalau dah anak kacukan, memanglah putih’
‘Datin kan orang Kelantan, comey lote lah’
RAHSIA FOUNDATION
Tiba-tiba penulis teringat pula perkongsian Ameera Khan tentang wajah jelita ibunya semasa muda. Kecantikan Datin Tini memang tiada tandingan, tapi pasti ada rahsia yang diamalkan untuk kekal cantik seperti sekarang.
Hakikatnya, Datin Tini juga mengalami masalah kecantikan yang sama dengan wanita lain. Apatah lagi di usia emas, beliau perlu lebih memberi perhatian terhadap penjagaan kecantikan dari luaran dan dalaman.
Tanpa berahsia, ibu kepada selebriti Neelofa ini mendedahkan kebaikan Young & Glow Foundation yang menjadi amalannya sejak dahulu.


“Memang saya pakai sendiri produk ni sejak dulu lagi. Dulu foundation yang sama kami jual dalam balang kaca yang agak besar, tapi ramai pelanggan minta jual dalam bekas yang kompak dan mudah dibawa ke mana-mana,” katanya.
Selain daripada pembaharuan bungkusan yang baru, Young & Glow Foundation ini juga didatangkan dengan saiz kuantiti yang lebih banyak iaitu 10g.
“Bedak asas kompak jenis krim ini mengandungi beberapa bahan seperti argan oil, minyak biji avokado dan ekstrak pudina. Bagi saya, foundation ini sesuai untuk semua jenis kulit Asia, mesra wuduk dan hadir dengan sijil halal rasmi.


Memang ideal dijadikan pilihan oleh wanita Muslimah moden dengan litupan kekal sehingga 8 jam,” cerita Datin Tini yang sememangnya menggemari bedak yang ringan dan selesa pada kulit wajahnya sendiri.
Sempat juga Datin Tini kongsi cara pemakaian bedak kegemarannya. “Biasanya lepas mandi, saya akan basahkan span dan pupuk Young & Glow Foundation ke seluruh wajah. Bedak ni memang banyak khasiat untuk kulit kita. Jeragat boleh pudar dan bagi yang ada masalah jerawat pun boleh sembuh, insyaAllah.
Ramai pelanggan Young & Glow beritahu saya, mereka suka pakai bedak ni walaupun sekadar duduk rumah. Puas sebab kulit cantik sambil merawat macam-macam masalah. Yang penting, pakai dengan konsisten setiap hari,” kongsi Datin Tini yang sememangnya gemarkan kecantikan sejak usia remaja.
Kini pada usia 55 tahun, Datin Tini masih aktif menjalankan bisnes Naelofar Hijab dan merupakan Pengasas Young & Glow.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hapuskan BIBIR HITAM & Dapatkan Senyuman Pink Jambu Dengan 8 Cara Mudah Ini

Wajah yang cantik perlu datang dengan pakej lengkap… Mata sihat bersinar, kulit yang licin gebu serta bibir mungil kemerah-merahan.
Tapi ramai wanita yang sebenarnya cuma berselindung di sebalik calitan gincu. Bayangkan apabila solekan ditanggalkan, maka terserlahlah rona bibir yang sebenar… Gelap kehitaman!
Tak pasal-pasal dituduh merokok atau nampak macam lelaki pula. Kerana itulah penjagaan bibir sangat penting untuk memelihara kulit bibir agar lembut dan berwarna merah jambu. Bagaimana caranya?
(a) Katakan Tidak Pada Rokok
Ini adalah masa terbaik untuk anda berhenti merokok. Kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok boleh memudaratkan kesihatan dan memperlihatkan wajah yang sugul dan tidak bermaya.
(b) Hindari Kafein
Pengambilan kopi dan teh berlebihan boleh menyebabkan bibir bertukar warna menjadi lebam serta meninggalkan kesan kotoran pada gigi.
Jadi, hadkan pengambilan kafein untuk mengelakkan bibir menjadi gelap.
(c) Elakkan Terdedah Matahari
Hindari aktiviti luar yang melibatkan pancaran matahari terlalu kuat. Pendedahan kepada matahari boleh menyebabkan kulit bibir bertukar gelap kerana peningkatan pigmen melanin pada bibir.
Pastikan anda menyapu produk penjagaan bibir dengan SPF atau perlindungan UV.
(d) Periksa Gincu Bibir
Penggunaan gincu bibir yang berkualiti rendah boleh menyebabkan pigmentasi pada bibir. Jangan lokek melabur sedikit wang untuk kelihatan cantik dan sentiasa periksa tarikh luput produk.
Produk yang mengandungi shea butter, clarified butter, vitamin E dan minyak jojoba sangat bagus untuk kulit bibir kerana ia melembapkan bibir.
Untuk mencuci gincu, gunakan pembersih solekan dari bahan seperti minyak zaitun, almond atau minyak kelapa.
(e) Skrub Bibir
Skrub bibir sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi menanggalkan sel kulit mati serta meningkatkan perjalanan darah.
Campurkan lima hingga enam titik minyak zaitun dan satu sudu teh gula dan gunakan untuk menyental kulit bibir.
(f) Jangan Jilat Bibir
Pakar dermatologi juga menasihatkan supaya tidak menjilat atau menyedut bibir untuk membasahkannya. Jika amalan ini berterusan, ia boleh membawa kepada kegelapan bibir.
Jauhi juga air berklorin untuk menjaga kesihatan kulit bibir.
(g) Diet Sihat
Kecantikan bibir juga ada kena mengena dengan pengambilan makanan sihat untuk tubuh. Amalkan diet sihat dan makan lebih banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
Pengambilan vitamin C juga penting untuk mengelakkan pigmentasi bibir.
(i) Genetik
Ada juga kes di mana kulit bibir menjadi gelap kerana faktor genetik. Sebagaimana anda berusaha untuk membersihkannya, ia tidak akan hilang.
Hanya rawat bibir untuk mengelakkannya daripada kering dan kusam.
TIP RAWATAN
- Oles minyak almond pada bibir sebelum tidur untuk mencerahkan bibir yang gelap serta mengurangkan perubahan warna.
- Campurkan jus lemon pada minyak almond dan sapu pada bibir.
- Aplikasi jus timun setiap hari pada bibir untuk mencerahkan bibir.
- Oles campuran jus limau, glycerin dan madu dan biarkan semalaman akan melembutkan bibir anda. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


