Seringkali kita lihat wanita memakai beg tangan jenama mewah tapi penampilannya bagai ada yang tak kena. Rasa rugi pula, beli beg tangan mahal-mahal tapi ‘tak kena’ pula ketika memakai.

Sebenarnya untuk menggayakan beg tangan, perlu tahu cara untuk memadankan beg tangan dengan pakaian yang dipakai agar tampak sesuai dan sempurna.

IKLAN
Handbag ‘Salah’ Buat Penampilan Nampak Pelik, 5 Panduan PENTING Buat Peminat Beg Tangan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @littlemisskhan

Harus diingatkan, padanan beg yang salah dengan cara berpakaian anda mampu membuatkan penampilan anda kelihatan janggal dan pelik. Ikuti tip yang Nona kongsikan ini agar anda kelihatan sempurna saat menggayakan beg dan pakaian anda.

Handbag ‘Salah’ Buat Penampilan Nampak Pelik, 5 Panduan PENTING Buat Peminat Beg Tangan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @mfmirafilzah

1. BEG MEMPUNYAI CORAK DAN MOTIF

Pilih beg yang mempunyai corak atau motif sekiranya pakaian anda hanya satu rona. Anda juga boleh memadankan motif di baju anda untuk kelihatan sedondon dengan beg namun ia agak sukar. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, pastikan warna motif dan corak adalah sesuai.

Handbag ‘Salah’ Buat Penampilan Nampak Pelik, 5 Panduan PENTING Buat Peminat Beg Tangan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @missfazura

2. PEMILIHAN RONA

Seharusnya anda memilih rona terlebih dahulu. Jika pakaian anda berona pastel atau neutral, beg tangan berwarna terang mampu menambahkan lagi keserian fesyen anda. Namun, jika pilihan pakaian anda berwarna terang, beg berona kedam seperti coklat dan hitam boleh menyeimbangkan keseluruhan gaya anda. Harus diingatkan, tidak perlu memadankan warna beg dan warna pakaian. Hanya pastikan kedua-duanya tampak sesuai antara satu sama lain.

Handbag ‘Salah’ Buat Penampilan Nampak Pelik, 5 Panduan PENTING Buat Peminat Beg Tangan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @neelofa

3. KESESUAIAN

Fikirkan mengenai pakaian anda sebelum membuat pemilihan beg. Fikirkan sama ada fesyen anda moden, klasik atau pun glamor. Pertimbangkan juga rona dan motif pada pakaian anda. Perkara yang paling penting ialah kesesuaian untuk digayakan, bila dan dimana anda menggayakan pakaian tersebut.

Handbag ‘Salah’ Buat Penampilan Nampak Pelik, 5 Panduan PENTING Buat Peminat Beg Tangan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @schaalyahya

4. SAIZ BEG

Pilih beg yang saiznya sekadar dan sesuai dengan pemakaian anda. Beg tangan yang besar walaupun bergaya, tidak sesuai dengan gaya baju longgar yang sering dipakai ketika musim panas. Begitu juga dengan beg tangan kecil yang ada kalanya tidak sesuai dengan pemakaian anda. Pastikan anda menggayakan ia terlebih dahulu di hadapan cermin sebelum membuat keputusan.

IKLAN
Handbag ‘Salah’ Buat Penampilan Nampak Pelik, 5 Panduan PENTING Buat Peminat Beg Tangan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @elizadsharifuddin

5. TIP MENJAGA BEG TANGAN

Seringkali wanita asyik dalam membeli beg tangan sehinggakan terleka ataupun tidak tahu cara untuk menjaganya agar kekal cantik dan kelihatan seperti baharu. Seperti barangan lain, beg tangan juga memerlukan penjagaan yang khusus agar ia tahan dengan lebih lama.

Handbag ‘Salah’ Buat Penampilan Nampak Pelik, 5 Panduan PENTING Buat Peminat Beg Tangan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @noradanish

Beberapa tip yang boleh dikongsikan buat anda bagi memastikan beg tangan anda berada dalam keadaan yang baik.

1. Lap beg seminggu sekali. Campurkan dengan sedikit sabun cecair dengan air suam dan gunakan kain lembap untuk membersihkan kotoran dibahagian luar beg tangan anda.

IKLAN

2. Elak daripada menggunakan baby wipes, cuka atau sebarang ‘home remedy’ untuk membersihkan kotoran. Rata-rata produk ini mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan warna dan mengeringkan kulit beg.

3. Ketika anda membeli beg tangan, pastikan anda tidak membuang kertas atau kabus didalamnya.Masukkan semula ke dalam beg apabila anda tidak menggunakannya bagi mengekalkan bentuk asalnya.

4. Elak daripada menyimpan beg di tempat yang mudah terkena cahaya matahari. Ia boleh menyebabkan kulit beg tangan anda cepat rosak dan melunturkan warnanya.

5. Elak daripada memegang beg selepas anda memakai krim tangan.

6. Sekiranya beg berbau, elak daripada menggunakan pewangi berasaskan aerosol kerana ia boleh melunturkan warna serta merosakkan kulit beg.

7. Jika kamu tidak ada dustbag untuk menyimpannya, gantikan sahaja dengan sarung bantal.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI