Hidup ini penuh dengan pengorbanan. Apabila kita menginginkan sesuatu, kita juga perlu melepaskan sesuatu. Seperti itulah yang dialami Nor Azila Aman sebelum perniagaannya sebagai stokis maju, sekaligus menyelamatkan rumah tangga yang bergolak gara-gara kesempitan wang.
Duit tidak boleh membeli kebahagiaan tetapi duit boleh membeli banyak perkara yang membuat kita bahagia. Berasal dari Selangor, wanita berusia 37 tahun ini pada asalnya hanya seorang surirumah sepenuh masa.
Ketika itu, kehidupan Nor Azila sekeluarga hanya bergantung pada pendapatan suami yang tak seberapa.
“Saya mula berjinak-jinak dengan bisnes online pada tahun lepas. Macam-macam bisnes yang saya buat tapi semua hanyalah sekadar jual-beli.
Maksudnya di sini saya tidak tahu erti sebenar tentang perniagaan sehinggalah saya ternampak iklan Makeydap’s.
Ads
Saya tertarik dengan cara pengasasnya iaitu Mama berbisnes. Jadi saya bermula sebagai dropship tanpa modal sehinggalah saya berjaya naik ke satu tahap lagi iaitu sebagai ejen.
Hasil tunjuk ajar yang berterusan, saya berjaya melantik ramai team di bawah saya dan berjaya naik ke satu tahap lagi iaitu stokis.
Alhamdulillah kini saya telahpun membantu ramai orang untuk buat bisnes sehingga mereka mampu untuk menjana pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain lagi.” Nor Azila
PELAJARAN
Sebelum menceburi bisnes Makeydap’s, Nor Azila berkongsi bagaimana hidupnya sering kesempitan wang.
Ads
“Ya, masa dulu hampir setiap hari saya dan suami bertengkar. Masalah kewangan pernah menjejaskan hubungan kami. Sebab tu saya ambil keputusan untuk berniaga dan bantu suami untuk keluar dari masalah itu.” Nor Azila
Nor Azila kini lebih stabil dan gembira
Kehidupan sederhana Nor Azila sebelum berbisnes
Dengan azam untuk mencari kebebasan wang dan membantu lebih ramai suri rumah seperti dirinya agar tidak melalui situasi yang sama, Nor Azila tekad bekerja keras mencari rezeki melalui platform bisnes ini. Ditanya apakah cabaran paling sukar pernah ditempuhi, jawabnya…
“Ketika pandemik melanda, saya sukar menguruskan team saya dan biarkan mereka terkapai-kapai tanpa tunjuk ajar. Satu persatu lari tinggalkan saya seorang diri. Hal itu terjadi kerana saya tak pandai mengawal emosi.
Jadi saya rasa down dan sering menyalahkan diri sendiri. Masa itulah Mama menasihati saya supaya usah ada perasaan seperti itu. Kata-kata dan nasihatnya saya pegang sampai ke hari ini.
Ads
Rentetan pengalaman tersebut, saya bangkit semula membantu ramai suri rumah agar boleh berdikari. Mampu melihat mereka tersenyum dengan hasil bisnes sendiri adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan.” Nor Azila
SOKONGAN
Menjadikan kekuatan pengasas Makeydap’s iaitu Mama Rina sebagai inspirasi, Nor Azila tekad mahu menjadi wanita hebat seperti beliau yang sentiasa membantu wanita lain bangkit dari kesusahan hidup.
Mengakhiri perbualan, Nor Azila sempat mendedikasikan penghargaan terhadap ahli keluarga tersayang.
“Suami dan keluarga saya juga banyak memberi kata-kata semangat dan menyokong apa yang saya lakukan sekarang walaupun pada mulanya ada tentangan daripada mereka. Syukur setelah saya tunjukkan hasil saya pada mereka, mereka perlahan-lahan menyokong apa yang saya lakukan sekarang.
Saya harap boleh menjadi seorang wanita yang dikagumi oleh masyarakat di seluruh dunia. Besar impian saya mahu membantu lebih ramai suri rumah menjadi wanita yang hebat supaya mereka tidak dipandang rendah di mata masyarakat.” Nor Azila
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini isu ‘childfree’ atau tidak memiliki anak menjadi perbualan hangat di media sosial gara-gara kenyataan kontroversi dari seorang pempengaruh terkenal Indonesia, Gita Savitri Devi.
Gita mendakwa wanita yang sudah berkahwin dan memilih untuk tidak memiliki anak akan menjadi awet muda secara semula jadi.
Menerusi Live Instagram bersama suaminya Paul Andre Partohap baru-baru ini, Gita mengeluarkan kenyataan itu ketika membalas komen salah seorang pengikut yang memuji wajahnya yang awet muda pada usia 30 tahun.
Kata pengikutnya itu, dia mahu menjadi awet muda seperti Gita.
“Saya yang berumur 24 tahun pun kalah dengan Kak Gita, padahal sudah usia 30 tahun. Awet muda sangat ni,” kata pengikutnya.
Balas Gita: –
“Tidak mempunyai anak adalah cara semula jadi untuk awet muda.
“Anda boleh tidur 8 jam sehari dan tidak akan tertekan mendengar jeritan anak.
“Saat wajah berkedut, kita ada duit untuk melakukan botoks,” ujar Gita seperti dipetik dari detikHealth.
Wanita yang berasal dari Palembang ini tetap dengan pendiriannya untuk tidak memiliki anak. Malah, dia menganggap anak itu sebagai satu beban.
“Iya, buat saya anak itu beban. Buat anda, bukan (tapi) anugerah. Buat saya beban sebab itu saya tidak mahu (ada anak). Dan itu tidak ada salahnya.”
Terdahulu, pada 2021 Gita dan suami membuat keputusan untuk tidak memiliki anak.
Perkara ini mencetuskan kontroversi seolah-olah menyindir wanita berkahwin yang bergelar ibu. Gita turut dianggap angkuh dengan anugerah yang diberikan Ilahi.
Pun begitu, ada juga netizen yang faham dan menyokong kenyataan Gita itu.
Untuk info, Gita sebenarnya sudah lama berada dalam dunia YouTube iaitu sejak 17 Disember 2009. Pada mulanya, Gita hanya berkongsi video dirinya membuat liputan lagu sekadar untuk suka-suka.
Februari 2016, Gita mula membuat video inspirasi yang tercetus daripada rasa bimbangnya ketika melihat video vlog YouTuber lain yang sering menggunakan bahasa menyinggung perasaan.
Gita juga aktif sebagai penyanyi dan penulis buku. Setakat ini, dia berjaya menghasilkan dua buah buku iaitu ‘Range of Stories’ (2017) dan ‘A Cup of Tea’ (2020).
Gita turut mengeluarkan ‘single’ bersama suaminya berjudul If (2017), Miss You (2019), dan Choose You (2021).
Apa pula pendapat anda?
Kredit Foto: Instagram Gita Savitri Devi
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk Mata Memandang..
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu wanita contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada para wanita yang sedar cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk anda.
Baru berusia 19 Tahun, Tyra Kamaruzzaman sudah memiliki rangkaian kosmetik sendiri! Hebat bukan? Lebih hebat apabila baru 2 tahun mengusahakan produk kecantikannya, gadis manis ini sudah berjaya memiliki kereta mewah hasil titik peluhnya sendiri. Sememangnya kejayaan gadis yang mempunyai nama sebenar Athirah Kamaruzzaman ini menyuntik inspirasi.
Foto: Instagram @tyrakmrzmn
Bercerita tentang reward diri sendiri ini, “Sebenarnya saya mula cari duit sendiri sejak umur 14 tahun lagi. Bermula daripada Instagram, ada yang bayar untuk product endorsement dan ada yang bayar untuk jadi model jenama mereka. Bila dah start dapat duit poket sendiri, saya jadi seronok sebab tak payah nak minta duit belanja daripada parents dah.
Bermula dari situ memang saya dah set target nak cari duit poket sendiri. Lepas umur dah meningkat, saya mula suka bersolek sebab suka tengok tutorial tentang solekan di Youtube. Masa tu mula dah nak pandai melawa,” tutur Tyra sambil tersenyum.
Tyra Kamaruzzaman bersama adik-beradik perempuannya. Foto: Instagram @tyrakmrzmn
Tambahnya lagi, “Bila terima first paycheck yang ‘besar’ itu, saya masuk Sephora dan beli my first makeup. Sebab sebelum tu saya suka pakai kakak-kakak punya saja. Lepas dah start beli sendiri punya, saya jadi suka tengok jenama mekap yang kreatif.
Daripada situ, saya dah set azam untuk ada jenama solekan sendiri. Alhamdulillah, rezeki itu datang bila usia saya 18 tahun. Saya mula merancang untuk jenama sendiri dan alhamdulillah Beautyra dilancarkan masa umur saya 19 tahun, masa tu tahun 2018,” bicara Tyra yang mempunyai latar belakang keluarga yang menceburi bidang perniagaan.
Tak sangka, gadis kecil-molek ini rupa-rupanya minat kereta. Patutlah reward diri dengan kereta. “Apa yang buat saya bersungguh-sungguh sampai boleh beli kereta mewah adalah kerana memang minat kereta. Selama ini saya menumpang atau guna kereta ayah.
Jadi saya nekad untuk beli kereta sendiri. Kalau pergi kerja boleh bawa kereta sendiri. Saya juga nak beli something big untuk reward diri sendiri sebab dah 2 tahun bekerja untuk Beautyra,” ulas Tyra yang mempunyai impian untuk membeli kereta Mercedes-AMG G 63.
Sebagaimana usahawan muda lain, keluarga adalah pembakar semangat gadis kecil molek ini. “Alhamdulillah, bila dah beli kereta sendiri, parents saya gembira sangat. My whole family was happy dan itu sebenarnya pembakar semangat saya. My family is my everything,” ujar Tyra.
Bercerita tentang prinsip hidupnya, “Prinsip yang saya selalu pegang ialah always to be yourself. Tidak kiralah apa yang orang cakap mengenai diri anda, paling penting jadilah diri sendiri dan bukan jadi diri atas kehendak orang lain. Jangan sesekali pedulikan apa orang cakap walaupun kadangkala anda rasakan perkara itu betul untuk dilakukan. Anda lebih tahu apa yang lebih terbaik untuk diri anda,” jelas gadis ini.
Foto: Instagram @tyrakmrzmn
Dalam masa 5 tahun akan datang apakah kejayaan yang dicapai? “Dalam masa 5 tahun akan datang, saya nak beli rumah untuk diri sendiri dan inshaaAllah nak join buat real estate pula. Ketika itu saya berharap mampu beli apa sahaja yang parents saya nak insyaaAllah,” kata Tyra. Patutlah rezeki gadis ini mencurah-curah rupanya sentiasa mahu membahagiakan kedua ibu dan bapanya. Sejuk perut ibunya mengandung.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.