Nurfarahin Romli bukan seorang selebriti yang mencipta nama di persada seni tanah air. Namun, perkahwinannya bersama bekas suami yang merupakan personaliti TV lelaki, Ally Iskandar suatu ketika dahulu turut membuatkan dirinya turut dikenali khalayak. Hasil pernikahan tersebut, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah Lee dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Maream Esabel Ally Iskandar yang kini berusia tiga tahun.

IKLAN

Meskipun tiada lagi jodoh di antara Ally dan Farah dalam alam rumah tangga tetapi kedua-duanya masih berkawan baik. Aura positif yang hadir dalam diri Farah sejak episod tersebut membuatkan ramai yang tertarik dengan personaliti graduan Kejuruteraan Mekanikal dari Inha University, Incheon, Korea ini. Menyingkap tabir duka yang pernah melanda diri, Farah tanpa berselindung pernah meluahkan rasa hati di Iaman Instagram miliknya.

Bangkit Daripada Perceraian, Kini Farah Lee Cekal Harungi Hidup & Bergelar Usahawan Muslimah

Tulis Farah,

“Aku, awalnya aku paksa diri untuk move on. Sebab aku takut if still hoping, bila tak dapat apa yang aku nak tu, aku akan frust. Jadi aku paksa diri reda dan move on. Tapi tak boleh. Susah sangat. Aku tak reda pun. Jadi aku usaha lagi, still hoping, still doa. Sebab aku sedar, aku masih bertanggungjawab pada Allah untuk selamatkan perkahwinan aku terutama dalam tempoh iddah itu. Tapi tak berjaya.

Dan, magisnya kuasa usaha. Walaupun aku tak dapat apa yang aku nak, tapi aku happy sangat. Sebab takde regret dah. Sebab aku yakin aku dah usaha dari semua bucu. Semua. Jadi mudah untuk aku reda dan move on. Mudah sangat. Dan hikmah terbesar semua itu adalah ia akan dekatkan lagi diri kita dengan Allah. Syukur.

Jadi, ‘Jadi, maka jadilah’ (kun faya kun) yang mana Allah terjadikan pada kita? Tak penting untuk tahu. Sebab kita tiada kuasa untuk lawan kuasa Dia. Tapi kita berkuasa untuk bertaubat, untuk berusaha, untuk berdoa. Sungguh-sungguh. Yakin. Lalu Allah pasti bagi yang terbaik. Sebab Allah tak zalim. Allah takkan pernah zalim. Takkan.”

Benarlah, wanita itu luarannya nampak lembut namun hati mereka punya kekuatan yang sungguh luar biasa.

Enggan terus meratapi insiden tersebut, Farah bangkit meniti hari mendatang. Dan berkat kesungguhan dan reda dengan takdir Allah, dia kini mampu tersenyum puas apabila perniagaan yang dulu hanya sekadar suka-suka menjadi karier tetapnya. Sebagai pemilik kepada empayar Love, Farah Lee dan Omma & Esabel iaitu label fesyen muslimah dewasa dan busana kanak-kanak yang diasaskan sejak September 2016, Farah semakin bijak merintis kejayaan.

Bangkit Daripada Perceraian, Kini Farah Lee Cekal Harungi Hidup & Bergelar Usahawan Muslimah

Antara koleksi terbaru yang dihasilkan Omma & Esabel ialah OE Fairytail dan OE Silang. Selain itu, terdapat pelbagai rekaan corak hijab eksklusif yang dihasilkan jenama Love, Farah Lee.

IKLAN

Bukan sekadar berjaya dalam bidang perniagaan, Farah juga sebenarnya pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Dia pernah mendapat keputusan 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 9A1 ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lebih membanggakan, dia juga telah dipilih sebagai pemegang biasiswa JPA untuk melanjutkan pengajian di Korea.

Bangkit Daripada Perceraian, Kini Farah Lee Cekal Harungi Hidup & Bergelar Usahawan Muslimah

Moga terus melakar kejayaan dan memberi inspirasi kepada seluruh wanita di dunia!

IKLAN

Sumber: Instagram @farahlee_

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI