Kesukaran hidup memaksa instafamous Indonesia, Inara Rusli membuka purdah yang dipakainya sejak lima tahun lalu. Walau berat hati ‘melepaskan’ purdah dengan niat kerana Allah Taala, dia mengaku terpaksa berbuat demikian demi menyara anak-anak yang masih kecil sebagai persediaan apabila dia dan penyanyi terkenal Indonesia, Virgoun kini dalam proses penceraian.

IKLAN

Keretakan rumah tangga selebriti Indonesia ini mendapat perhatian warga maya kebelakangan ini selepas kecurangan Virgoun sejak dua tahun lalu dihidu Inara dan mendedahkan sikap sebenar suaminya kepada umum.

Penyanyi lagu ‘Surat Cinta Untuk Starla’ itu juga dilaporkan memaksa Inara mengambil ubat kurus selain membuka purdah yang dipakainya selama ini.

Bangkit Lepas Suami Curang, Inara Rusli Buka Purdah Demi Sara Anak & Ramai Terpegun Kecantikannya!
Kredit Instagram @mommy_starla

Tindakan Inara dalam satu sidang media di Indonesia yang membuat keputusan untuk tidak lagi memakai purdah mengejutkan ramai pihak.

Menurut laporan Tribun News, keputusan itu dilakukan demi menyara anak-anak selepas kehidupannya hancur kerana sikap tidak bertanggungjawab Virgoun.

Tidak hanya dikhianati suami, Inara perlu menyara tiga orang anak sendirian selepas Virgoun nekad memfailkan cerai. Rentetan itu, ibu muda tersebut terdesak ‘melepaskan’ purdah supaya mudah mencari nafkah.

IKLAN
Bangkit Lepas Suami Curang, Inara Rusli Buka Purdah Demi Sara Anak & Ramai Terpegun Kecantikannya!
Kredit Instagram @mommy_starla
Bangkit Lepas Suami Curang, Inara Rusli Buka Purdah Demi Sara Anak & Ramai Terpegun Kecantikannya!
Kredit Instagram @mommy_starla
Bangkit Lepas Suami Curang, Inara Rusli Buka Purdah Demi Sara Anak & Ramai Terpegun Kecantikannya!
Kredit Instagram @mommy_starla

Dalam video yang bertebaran di media sosial, rata-rata mereka yang hadir sidang media tersebut terpegun dengan kejelitaan semula jadi Inara. Pada hari sama dia membuka purdah, Inara disunting sebagai duta bagi sebuah klinik kecantikan.

IKLAN

Kehadiran Inara di sidang media berkenaan turut ditemani seorang ustaz dikenali sebagai Ustaz Derry Sulaiman yang mengatakan tindakan Inara itu dibolehkan.

Dalam masa sama, Ustaz Derry mengingatkan agar tiada pihak mengambil kesempatan terhadap keputusan membuka purdah yang dibuat Inara.

Semoga ujian yang menimpa Inara membuatkan ibu tunggal ini menjadi lebih kuat dan sabar mendepani hidup di samping tiga cahaya mata comelnya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI