Menjelang Ramadan, pastinya contents resipi dan makanan membanjiri media sosial. Namun kata Ustazah Asma’ Harun, usahlah jadikan waktu ini dibazirkan untuk makan.

Sebagai pendakwah yang cukup disegani serta rajin berkongsi ilmu di kaca TV dan media sosial, Ustazah Asma’ Harun amat popular di kalangan wanita Malaysia. Beliau berasal dari Terengganu dan merupakan ibu kepada tujuh cahaya mata.

Bawa Keluarga Berbuka Di Masjid, Ustazah Asma’ Harun Kongsi Tip Wanita Kaya Pahala Puasa
Ustazah Asma’ Harun dan suami, Tengku Fazli bersama Datuk Rozzana Rahmat

 

 

“Sempena bulan Ramadan, saya tahu kita wanita ni akan menjadi golongan yang paling sibuk dan penat.

Kerana kita nak memikirkan hidangan untuk sahur dan berbuka, tapi dalam masa yang sama kita nak mendapatkan keberkatan Ramadan dengan menunaikan solat terawih dan sebagainya.

Jadi kepada para wanita sekalian, pastikan diri kita tidak terlepas daripada mendapat sebanyak mungkin ganjaran ibadah di bulan Ramadan.

Maka hal-hal urusan yang disebutkan tadi, sila bawa berbincang dan berpakatlah secara baik dengan suami.” Ustazah Asma’ Harun

 

Nak tahu apa cadangan Ustazah Asma’ Harun untuk wanita? Jom semak tip-tip bernas di bawah…

(1) Tempat dan juadah berbuka. Buat sistem giliran hari dengan suami (memasak di rumah), permudahkan dengan berbuka di masjid atau pun membeli daripada sumber-sumber yang diyakini halal dan sebagainya.

Maksud saya bulan Ramadan bukan bulan pesta makan. Bukan bila buka puasa je mesti makan yang sedap-sedap.

 

(2) Bersederhana sahaja dalam kita menyediakan hidangan. Subhanallah kerana kita tak mahu terlalu penat dengan urusan-urusan sedemikian (memasak).

Supaya kita ada masa berkualiti untuk membaca Quran, berzikir, melakukan amal-amal soleh seperti solat di bulan Ramadan seperti terawih dan rawatib.

 

(3) Kalau tiada pilihan kerana suami mesti nak makan air tangan isteri, jadi terus letak dalam mindset kita bahawa kita sedang melakukan ibadah dan besarnya pahala orang yang menyediakan makan bagi orang berbuka puasa.

Sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Barangsiapa yang menyediakan makan bagi orang berpuasa untuk berbuka, maka dia mendapat ganjaran pahala yang sama tanpa mengurangi sedikit pun.”

Maksudnya kalau lima orang makan hasil masakan kita, kita dapat pahala enam puasa termasuk puasa kita dan lima orang lagi.

Bawa Keluarga Berbuka Di Masjid, Ustazah Asma’ Harun Kongsi Tip Wanita Kaya Pahala Puasa
Bersepakat suami isteri agar sama-sama meraih ganjaran pahala berlipat ganda

 

Mengakhiri nasihat, Ustazah Asma’ Harun mendoakan para wanita agar tetap terus kuat dan tenang walau diuji dengan keuzuran kerana masih banyak ibadah lain yang boleh dibuat.

“Mudah-mudahan kita menjadi hamba-Nya yang dimuliakan Allah SWT dengan mendapat darjat takwa.” Ustazah Asma’ Harun

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI