Tular di media sosial baru-baru ini tindakan seorang usahawan dan pempengaruh media sosia terkenal, Hafiz Mahamad yang bikin gempar, membuat kejutan buat isterinya dengan menyewa satu panggung wayang serta menghadiahkan satu dokumentari khas untuk isteri tercinta.
Selain itu, Hafiz juga turut memberikan kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang jatuh pada tanggal 18 Jun lalu di mana Hafiz dan Aina bersama-sama kedua-dua ibubapa masing-masing akan berangkat menunaikan haji dan menjadi duyufurrahman bersempena musim haji 1444H.
Tindakan Hafiz Mahamad yang sememangnya tidak asing memberikan kejutan sama ada untuk ibu bapanya mahupun isteri tercinta menjadi perhatian dan pujian warga maya, termasuklah dari para isteri yang dikatakan sangat mengagumi cara bagaimana Hafiz melayani isteri tercinta dan ibu kepada anak-anaknya, termasuklah orang-orang disekelilingnya.
Ini sekaligus menyebabkan ramai wanita, khususnya para isteri yang acap kali berangan, mendambakan suami masing-masing menjadi persis Hafiz Mahamad. Dilayan dan dihargai dengan cukup istimewa sekali, sehinggakan ada yang membandingkan laki sendiri dengan personaliti popular tersebut.
Namun, hakikatnya tidak semua lelaki atau suami seperti Hafiz Mahamad. Tidak semua suami mampu dan mempunyai sumber kekayaan dan pendapatan bulanan yang stabil, apatah lagi mengikut jauh lagi menyaingi tindakan hebat suami kepada Aina Syafiqah itu. Ya rasanya semua tahu Hafiz juga terkenal dengan etika kerjanya, namun hujung pangkal semuanya berbalik kepada satu..rezeki.
NONA tertarik dengan hantaran seorang pengguna media sosial Twitter ini yang menyebut agar semua isteri diminta untuk menjadi lebih realistik serta ukur baju di badan sendiri, dan jangan meminta sesuatu di luar kemampuan sang suami, kerana suami seperti Hafiz Mahamad mungkin stoknnya terhad.
Namun ada juga isteri yang mengakui tidak berharap dilayan bak permaisuri seperti apa yang dilakukan oleh Hafiz namun cukuplah sekadar rasa disayangi, dibelai dan dilindungi. Kejutan itu satu bonus namun rasa kasih sayang dan komited dalam satu-satu rumahtangga, itu yang lebih penting.
“Aku sebagai wanita dan isteri tak pernah rasa idamkan seorang lelaki seperti Hafiz. Tidak pernah. Walaupun suami aku tipikal lelaki Melayu Kelantan yang tak romantik but he is sweet & romantic in his ways,” tulis seorang pengguna FB.
Jadi buat para isteri, berpijaklah pada bumi yang nyata. Jangan minta sesuatu yang keterlaluan walaupun tak dinyatakan secara jelas sehingga memberikan tekanan buat sang suami.
Ads
Jauh di sudut hati sang suami, NONA yakin sudah pastinya terselit impiannya untuk membahagiakan pasangan dengan sedikit kemewahan, namun apakan daya tidak semuanya mampu berikutan dengan masalah kewangan serta kos sara hidup yang sudah cukup memberikan tekanan pada masa kini.
Setiap rumahtangga ada ujiannya yang tersendiri. Berbahagialah dengan cara kita sendiri. Yang penting jangan dengar kata orang, kelak anda berdua akan berenggang.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Ads
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penghujung tahun 2020 telah membawa tuah buat pelakon cantik yang membintangi drama popular 7 Hari Mencintaimu ini. Siti Saleha telah berjaya mencipta sejarah peribadinya dengan mencipta nama di peringkat antarabangsa. Wanita yang berusia 30 tahun ini telah memenangi anugerah kategori Asian Model sempena penganjuran Asia Model Festival 2020.
Mendapat pengiktirafan antarabangsa bukan sesuatu yang mudah kerana terpaksa melalui sistem penghakiman yang efisyen. Kakak kepada vokalis kumpulan popular, Bunface ini telah menzahirkan rasa syukurnya di laman media sosialnya. “My first International Win,” tulis Siti Saleha dengan bangga.
Tambahnya lagi, “Rasa bangga apabila terpilih oleh Asia Model Festival Organizing Committe 2020 di Seoul, Korea. Ketika seluruh dunia resah dengan pandemik COVID-19, berita yang tidak disangka ini benar-benar menceriakan saya,” coret wanita kacukan Inggeris-Melayu ini yang berterima kasih kepada seluruh peminatnya yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan karier seninya.
Rupanya pelakon yang telah memenangi trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 baru-baru ini telah membuat penyelidikan tentang penganugerahan antarabangsa yang dicapainya seperti yang dilaporkan oleh BH Online.
“Saya membuat sedikit penyelidikan dan mendapati acara anugerah ini dianjurkan bertujuan untuk mengiktiraf mereka yang terbabit dalam pelbagai cabang seperti lakonan, peragaan dan sebagainya. Ia mendapat kerjasama Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan, Korea Selatan,” kata wanita yang mempunyai nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum ini.
Setiap tahun kaum wanita yang paling sibuk menyediakan persiapan menyambut kehadiran Syawal. Segala persediaan dirancang rapi mengikut keperluan dan bajet masing-masing. Baju raya dan tudung raya menduduki senarai teratas persediaan hari raya saban tahun.
Bagi yang masih tiada idea dan tercari-cari tema baju untuk dipakai pada 1 Syawal ini boleh cuci mata selepas Fesyen Show FloRaya Ariani Lebaran 2019 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) jam 2.00 petang nanti.
Majalah Nona pula secara eksklusif membawakan majlis ‘Red Carpet’ Fesyen Show FloRaya Ariani Lebaran 2019 secara live di Facebook Majalah Nona & Facebook Mingguan Wanita.
Bagi peminat-peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ayda Jebat, Mira Filzah dan Bella Dally jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penampilan istimewa mereka pada tahun ini. Busana yang mana bakal digayakan oleh personaliti tersohor ini dan tudung yang mana menjadi pilihan mereka pula pada tahun ini.
Ariani bakal menampilkan koleksi terindah mereka dengan tema FloRaya. Lebih 70 koleksi baju yang akan ditampilkan. Pastinya meriah! Ariani bakal menawarkan lebih dari 30 pilihan koleksi corak terkini yang merangkumi selendang, instant dan juga square. Tidak lupa juga, koleksi polos pilihan ramai yang juga akan ditawarkan pada jualan yang cukup berwarna-warni ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kos perubatan dijangka akan meningkat sebanyak 12.7%** dalam tempoh 5 tahun akan datang. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan millennial, menghadapi kesukaran melunaskan bil perubatan yang kian melambung sekiranya mereka perlu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan atau pembedahan.
Menyedari hakikat berkenaan dan bagi memastikan golongan millennial mempunyai perlindungan yang secukupnya ketika mereka baru mengorak langkah untuk berdikari, AXA AFFIN Life Insurance Berhad telah melancarkan Kad Perubatan dalam talian yang pertama di pasaran Malaysia. AXA eMedic dapat membantu golongan millennial yang terdiri dari kalangan profesional serta keluarga muda membuat persediaan untuk menghadapi situasi luar jangkaan.
AXA eMedic menawarkan Kad Perubatan dalam talian yang pantas, mudah dan berpatutan untuk rakyat Malaysia berusia dari umur 16 tahun ke 39 tahun serendah RM37*/sebulan untuk perlindungan sehingga RM100,000 setahun. Ini boleh diperbaharui sehingga usia 80 tahun.
AXA AFFIN turut menjalinkan kerjasama dengan BookDoc dan Naluri untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan pelanggannya. Yantrik (yan3k.com) menyokong AXA AFFIN sebagai konsultan pelaksanaan.
Dengan pelancaran eMedic, AXA AFFIN Life kini menawarkan insurans nyawa, kesihatan serta perlindungan kanser secara dalam talian dengan hanya beberapa klik sahaja dan ini menjadikan AXA AFFIN sebagai perintis digital disrupsi di Malaysia.
Bagi pelanggan yang sedang mengalami masalah kesihatan atau berusia lebih daripada 39 tahun, AXA AFFIN turut menawarkan pelbagai pilihan daripada rangkaian produk-produk sedia ada dan mereka akan dilayan oleh agen-agen profesional. Agen-agen berkenaan juga akan memberi khidmat kepada pelanggan eMedic sekiranya mereka menginginkan perlindungan yang lebih tinggi atau produk khusus yang memerlukan khidmat nasihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mulia sungguh hati Ainina Ahmad B yang memilih untuk keluar dari senarai penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) selepas pemergian anak syurganya, Allahyarham Nur...